Pages

Tuesday, November 8, 2011

Lindsay Lohan dipenjarakan hanya lima jam



LINDSAY LOHAN


LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan mendaftar masuk ke sebuah penjara untuk menjalani hukuman penjara 30 hari.

Pelakon filem Mean Girls itu mendaftar masuk ke sebuah penjara di Lynwood malam kelmarin.

Dia mempunyai tempoh sehingga 9 November depan untuk melaporkan diri.

Seorang hakim memutuskan Lohan dipenjarakan selepas dia didapati melanggar tempoh pemerhatian kerana menamatkan tugasan di sebuah pusat perkhidmatan komuniti di sebuah pusat perlindungan wanita.

Dia diarah menjalani tugasan itu sebagai salah satu hukuman kerana mencuri seutas rantai.

Namun, dia dipenjarakan hanya beberapa jam berbanding hukuman sepatutnya iaitu 30 hari kerana penjara yang sesak.

Dia dikatakan berada di dalam penjara itu selama lima jam dan dibebaskan awal semalam. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Gerakan akrobatik burung perling



SEJUMLAH besar burung perling terbang di Gretna, Scotland kelmarin.- Reuters


GRETNA, Scotland - Sekawan burung perling membuat pelbagai bentuk semasa ia terbang pada waktu senja di sini kelmarin.

Burung-burung itu menunjukkan beberapa pergerakan akrobatik yang amat cantik semasa ia terbang bersama-sama bagi mengelirukan burung helang. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Sut robot antiradiasi dicipta



SEORANG lelaki memakai sut robot antiradiasi di bandar Tsukuba, Jepun semalam. - AFP


TSUKUBA, Jepun - Sebuah sut robot yang seberat 60 kilogram (kg) untuk pekerja nuklear dicipta bagi menyekat radiasi terkena pada tubuh si pemakai.

Sut itu dicipta oleh syarikat Cyberdyne yang beribu pejabat di timur laut Tokyo. Ia merupakan sut versi hibrid membantu tangan dan kaki yang dipertingkatkan.

Ia diperbuat daripada tungsten yang boleh menyekat radiasi.

"Adalah diharapkan ia akan mengurangkan risiko bekerja dalam persekitaran yang sukar dan menyumbang kepada operasi awal pemulihan oleh manusia semasa bencana," kata satu kenyataan daripada syarikat Cyberdyne.

Sut itu memberikan kuasa kepada pemakainya yang menyokong pergerakan badan manusia dengan menggunakan isyarat pemantau sensor yang dihantar dari otak kepada otot. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Bas jadi sekolah bergerak di India



SEBUAH bas yang menjadi sekolah bergerak diletakkan di sebuah kawasan setinggan di Hyderabad pada 1 November lalu.Reuters


HYDERABAD - Sebuah bas menjadi sekolah bergerak di bandar Hyderabad, selatan India untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan.

Keluarga kanak-kanak itu merupakan buruh di tapak pembinaan, pembantu rumah dan pengutip akhbar, pakaian serta barang lama yang boleh dijual manakala ibu mereka menjadi pembantu rumah.

"Kanak-kanak ini tidak mempunyai masa untuk pergi ke sekolah melainkan sekolah datang kepada mereka," kata Pengasas Yayasan CLAP, T. L. Reddy yang mengendalikan perkhidmatan bas yang menjadi sekolah itu.

Keluarga kanak-kanak itu tidak pernah pergi ke sekolah menyebabkan mereka bekerja keras untuk membayar hutang.

Menurut Reddy yang bertugas sebagai guru sejak 25 tahun lalu, dia mengumpulkan sumbangan dan mendirikan khemah untuk dijadikan kelas sebelum menggunakan bas tiga tahun lalu.

Dinding di dalam bas itu dihiasi dengan huruf, nombor dan gambar buah-buahan serta haiwan. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Monday, November 7, 2011

Rayu isteri, anak pulang

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga isteri seorang operator kilang dirayu pulang selepas melarikan diri dari rumah bersama anak mereka sejak 27 Oktober lalu.

Kehilangan Norlizawati Mat Saad, 28, disedari suaminya, Affendi Dol, 33, selepas pulang dari kerja jam 8.30 malam.


Menurut Affendi, berlaku sedikit pergaduhan dengan Norlizawati sehari sebelum itu apabila isterinya keluar rumah tanpa izin untuk bersama rakan-rakannya sempena Deepavali.

“Saya menghubungi dia pada pagi 27 Oktober itu namun tidak berjawab, kemudian apabila pulang dari kerja, saya dapati dia dan anak tiada serta motosikal milik saya lesap,” katanya ketika datang ke Balai Berita, kelmarin.


Affendi percaya isterinya melarikan diri ke Melaka atau Pahang berikutan hasil penemuan motosikal miliknya di Stesen Bas Metro USJ 8.


“Dia tiada saudara atau kenalan di Melaka dan saya sudah menghubungi keluarga mentua di Pahang namun tiada siapa tahu di mana mereka.

“Saya tidak sangka dia melarikan diri dari rumah dan saya sangat risau keselamatannya kerana bimbang dia ditipu,” katanya.


Affendi berkata, jika Norlizawati tidak mahu pulang ke rumah mereka di Kuala Lumpur, dia berharap isterinya pulang ke rumah ibunya di Jengka, Pahang.

Kehilangan isterinya itu sudah dilaporkan di Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 013- 2211727 atau 013-2511417.

myMetro | Rayu isteri, anak pulang:

'via Blog this'

‘Abangku setan’

KUALA LUMPUR: Abang setan. Itu gelaran kepada seorang pemuda berusia 20-an yang mencabul adik perempuannya berusia 17 tahun dan memukul mangsa serta ibunya dengan papan menggosok pakaian apabila kejadian itu diceritakan kepada ibunya.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, pada jam 8.30 pagi kelmarin ketika mangsa yang juga pelajar tingkatan lima berada di biliknya berseorangan manakala ibu dan kakaknya tiada di rumah.


Sumber berkata, suspek masuk ke dalam bilik dan menolak mangsa ke atas katil sebelum mencabulnya.

“Mangsa merayu serta cuba melawan, tetapi suspek bertindak lebih ganas apabila cuba merogolnya, namun ketika bergelut, mangsa dan suspek terjatuh daripada katil dan berlaku pertengkaran.


“Sebelum meninggalkan adiknya, suspek memberi amaran supaya mangsa tidak memaklumkan kejadian ibu mereka,” katanya.


Menurutnya, mangsa mengadu kepada ibunya dan dihantar ke rumah kakaknya buat sementara.

“Bagaimanapun, apabila mangsa pulang ke rumah pada sebelah malam dia terkejut melihat biliknya bersepah dan pakaiannya dibuang suspek yang tidak puas hati kerana mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibu mereka.


“Suspek bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa dan ibunya dengan papan menggosok pakaian menyebabkan mereka cedera di kaki dan badan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Bandar.

myMetro | ‘Abangku setan’:

'via Blog this'

Kematian akibat bah di Thai meningkat

myMetro | Kematian akibat bah di Thai meningkat: "BANGKOK: Jumlah kematian ekoran bencana banjir terburuk di negara ini meningkat lebih 500 orang, semalam, sementara air terus menenggelamkan jalan utama dan mengancam pusat bandar raya Bangkok.

Kerajaan berkata, bencana itu sudah meragut 506 nyawa di seluruh negara, meningkat seramai 60 orang berbanding angka yang dilaporkan sehari sebelum itu. Setakat ini, tiada kematian dilaporkan di Bangkok dalam jumlah rasmi dikeluarkan itu.


Sekurang-kurangnya 20 peratus bandar raya Bangkok ditenggelami air yang dicemari sampah, bangkai haiwan dan sisa industri meningkatkan kebimbangan jangkitan penyakit di bandar raya metropolis yang dihuni 12 juta penduduk itu. - AF"

'via Blog this'

Tragedi hari raya korban

JAKARTA: Ungkapan senjata makan tuan bertepatan dengan kejadian yang dialami seorang lelaki, Llehan Ajisalam, 55, penduduk Pondok Kelapa, Duren Sawit, Jakarta Timur di sini, semalam.

Datuk dua cucu itu tertusuk pisaunya sendiri ketika hendak menyembelih seekor lembu di kawasan penempatan penduduk dekat kediamannya.


Pisau yang baru diasah itu menusuk perut sebelah kanannya. Akibat insiden itu, Llehan dikejarkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Harum, Duren Sawit. “Pisau itu diselipkan di pinggangnya dan mata pisau yang disarung dengan plastik menghadap ke atas. Belum sempat menyembelih, pisau itu menusuk perutnya,” kata anak mangsa, Ida Saidah.

Ida berkata, bapanya ingin membantu menyembelih haiwan korban dekat kawasan penempatan penduduk di situ. Dia membawa pisau yang diselipkan di pinggang dengan mata pisau menghadap ke atas. Llehan bersama beberapa penduduk lain memegang kaki seekor lembu yang hendak disembelih untuk dibaringkan. Penduduk menghadapi kesukaran membaringkan lembu itu yang memiliki berat kira-kira 650 kilogram.


Tanpa disedari, mata pisau yang diselipkan di pinggang Llehan mengenai perutnya ketika dia membongkok. Mangsa terus terjatuh berlumuran darah.


Llehan kemudian dibantu penduduk untuk dikejarkan ke hospital.myMetro | Tragedi hari raya korban:

'via Blog this'

40,000 mati di jalan raya Brazil

myMetro | 40,000 mati di jalan raya Brazil:

RIO DE JANEIRO: Kemalangan jalan raya di Brazil menyebabkan 40,000 orang terbunuh tahun lalu, kata kementerian kesihatan negara itu, semalam.

Laporan rasmi dikeluarkan kerajaan itu menjadikan Brazil sebagai satu daripada negara paling berbahaya untuk pengguna jalan raya di Amerika Selatan.


Data itu menunjukkan, kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sama banyaknya dengan kes pembunuhan di negara yang terkenal dengan keganasan jalanan.

Kadar kematian itu meningkat 24 peratus berbanding tempoh sama 2009.


Kes kematian akibat kemalangan jalan raya di Brazil menjadikan negara itu berada di kedudukan kelima selepas China, India, Amerika Syarikat dan Russia. - AFP

'via Blog this'

Bayi, Bieber ada persamaan fizikal

myMetro | Bayi, Bieber ada persamaan fizikal: PERTAHAN TUDUHAN...Mariah menunjukkan wajah Tristyn yang dilahirkannya empat bulan lalu.
PERTAHAN TUDUHAN...Mariah menunjukkan wajah Tristyn yang dilahirkannya empat bulan lalu.
BIEBER...diarah menjalani ujian darah Disember ini.
BIEBER...diarah menjalani ujian darah Disember ini.
LOS ANGELES: Gambar bayi yang didakwa lahir hasil hubungan seks Justin Bieber dengan peminat yang lebih dewasa daripadanya dipaparkan di media, semalam.
Dikenali sebagai Tristyn Anthony Markhouse Yeater, bayi berusia empat bulan itu dikendong ibunya, Mariah Yeater, di sebuah taman awam di Los Angeles.

Bayi terbabit dipakaikan baju putih.
Mariah, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan Bieber di belakang pentas selepas penyanyi remaja terbabit menamatkan satu daripada konsertnya tahun lalu.

Mariah menuntut mahkamah mengarahkan Bieber, 17, membayar �170,000 (RM848,781) untuk menyara bayi lelaki itu.

Bieber menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu media, Bieber diarah Mahkamah Tinggi Los Angeles untuk menjalani ujian darah 10 hari sebelum Krismas ini.

Ujian itu dijalankan bagi mengetahui status sebenar hubungan Bieber dengan Tristyn.
Sementara itu, Mariah berkata, antara bukti Tristyn adalah anak Bieber ialah bibir bayi berkenaan.

“Persamaan di antara bayi saya dengan Bieber sangat aneh.

“Lihatlah pada mulutnya,” katanya.

Menurut Mariah, dia berharap Bieber akan melihat gambar Tristyn dan sedar bahawa bayi berkenaan adalah anak kandungnya.

“Ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada kita semua jika Bieber terus menafikannya,” katanya.

Mariah berkata, dia hanya mahukan hak anaknya dan sangat kecewa apabila tidak diendahkan penyanyi kelahiran Kanada itu.

Katanya, tiada satu pun panggilan telefon dibuatnya dijawab Bieber.

Di sebalik dakwaan itu, media di Amerika Syarikat kelmarin melaporkan, Mariah pernah membuat tuntutan sama ke atas dua lelaki lain sebelum ini.

Seorang daripadanya ialah bekas teman lelaki Mariah ketika di sekolah tinggi, John Terranova, sebelum dia mengaitkan kekasih sulitnya, yang hanya dikenali sebagai Steve.

Ditanya media, Terranova berkata, dia yakin bayi berkenaan bukan zuriatnya atau Bieber.

“Apa yang dimahukan Mariah hanya wang,” katanya. - DM

'via Blog this'

7,000 bukan kroni Gaddafi tunai haji




2011/11/07


  • Foto

    JEMAAH haji beramai-ramai bergerak menuju jamrah untuk melontar.

  • Foto

    JEMAAH tiba di Mina untuk ibadat seterusnya.

Jemaah Libya hilang ahli keluarga ditaja kerajaan baru

MAKKAH: Seramai 7,000 warga Libya terpilih mengerjakan haji tahun ini dengan ditaja sepenuhnya oleh pemerintah baru, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Mereka bersyukur dapat mengambil bahagian selepas sekian lama dinafikan peluang kerana selalunya tempat diberikan kepada kroni bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.
Saya berdoa negara kami ditadbir oleh orang yang baik. - Abdul-Hamid Kashlaf, Pemeriksa bangunan
Permaidani merah menghiasi khemah jemaah haji Libya dan mereka yang diberi kesempatan mengisi kuota negara Afrika Timur itu adalah saudara mara pejuang yang maut ketika cuba menumbangkan Gaddafi.

Ramai mendoakan keamanan di tanah tumpah darah mereka ketika Asia Barat berdepan dengan arus bantahan antikerajaan yang menumbangkan pemerintahan kuku besi di Tunisia, Mesir dan Libya dan kini menggoyangkan rejim di Yaman, Bahrain dan Syria.

Keseronokan dapat dirasakan di khemah Libya lebih dua minggu selepas pembunuhan Gaddafi pada 20 Oktober lalu. Tiga belon menghiasi bendera revolusi berwarna merah, hijau dan hitam. Permaidani merah diletakkan berbanding permaidani hijau yang digunakan oleh rejim Gaddafi.

Antara mereka termasuk Abdul-Hamid Kashlaf, pemeriksa bangunan berusia 45 tahun dari Tripoli, dan isterinya terpilih di kalangan 7,000 rakyat Libya lain yang kehilangan orang tersayang untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini.
Anak lelakinya, Abdul-Bari, 17, antara yang membantu tentera revolusi menawan Tripoli lewat Ogos lalu dan terbunuh apabila askar yang setia kepada Gaddafi menembaknya dan pejuang lain di masjid.

“Saya berdoa Allah memberikan kami keselamatan dan negara kami ditadbir oleh orang yang baik,” katanya. – AP
Berita Harian Online | 7,000 bukan kroni Gaddafi tunai haji:

'via Blog this'

Majlis perkahwinan di dalam gelanggang tinju



MANUEL ANTELMO CASTRO dan isterinya, Vicky Rodriguez berdiri di tepi gelanggang tinju di Cancun, Mexico kelmarin.


CANCUN, Mexico - Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju di sini kelmarin.

Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland.

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Diberi pampasan serendah RM22.20


SEBAHAGIAN daripada 22 pekerja Terengganu Agrotech mengadakan demonstrasi aman di Gong Badak, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban, 22 daripada 70 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) tidak menyangka mereka turut menjadi 'korban' apabila diberhentikan kerja berkuat kuasa esok.

Alasan yang diberi pihak syarikat untuk membuang seorang pengurus, enam eksekutif dan selebihnya kakitangan kontrak itu ialah kerana syarikat mengalami kerugian dan melakukan penstrukturan semula.

Lebih malang, apabila ada di antara kakitangan yang mula berkhidmat sejak tahun 2006 itu diberikan faedah pemberhentian tidak setimpal apabila salah seorang daripada mereka diberi pampasan berjumlah RM22.20.

Bekas Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran syarikat berkenaan, Mohd. Razak Salih berkata, surat pemberhentian kerja bertarikh 1 November itu diserahkan kepada mereka Khamis lalu (3 November).

"Pemberhentian kami pula berkuat kuasa pada 8 November ini iaitu pada tarikh sepatutnya kami masuk kerja selepas cuti umum Hari Raya Aidiladha," katanya ketika ditemui bersama rakan-rakannya di Gong Badak dekat sini, kelmarin.

Menurut Mohd. Razak, penamatan perkhidmatan mereka oleh syarikat tidak dilakukan secara adil menyebabkan mereka kini hilang tempat bergantung dan mereka berharap campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi membela nasib mereka.

Jelasnya, sebelum ini dia cuba berjumpa dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus TADC namun pada tarikh surat itu diserahkan kepada mereka dua individu berkenaan tidak kelihatan di pejabat mereka di Bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di sini.

"Saya juga cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi panggilan kami tidak dijawab," katanya yang turut menjelaskan mereka tidak tahu alasan sebenar mereka dipilih di antara lebih 70 kakitangan syarikat berkenaan untuk diberhentikan.

Katanya, dia cuba merujuk masalah mereka ke Jabatan Perusahaan dan dia diberitahu pemberhentian kerja seperti yang dilakukan ke atas mereka hanya boleh dilakukan jika mereka merupakan pekerja bermasalah.

Tambahnya, beliau berharap agar campur tangan Ahmad dapat menyelesaikan masalah tersebut memandangkan mereka mempunyai tanggungan tambahan dua bulan lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Mangsa ribut sambut Aidiladha ala kadar



MD. RIDZA SAID (kiri) mengambil kesempatan cuti Hari Raya Aidiladha untuk membersih serpihan bumbung rumahnya yang pecah akibat dipukul ribut di Taman Bersatu, Kuala Kedah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Ketika kebanyakan umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah mereka dengan selesa dan gembira, berbeza dengan nasib lebih 150 keluarga di Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini menyambut perayaan itu secara ala kadar berikutan kediaman mereka rosak dipukul ribut Khamis lalu.

Mereka tidak membuat sebarang persiapan termasuk menyediakan kuih sebaliknya menerima juadah yang dibawa saudara-mara yang berkunjung ke rumah mereka yang masih belum dibaiki sepenuhnya.

Tinjauan di taman itu semalam mendapati, kebanyakan mangsa mengambil kesempatan cuti Aidiladha untuk membaiki dan mengemas rumah mereka yang rosak akibat kejadian tersebut.

Namun, suasana kemeriahan sambutan perayaan itu tetap dirasai apabila mereka tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat Aidiladha.

Seorang mangsa, Noraini Don, 48, memberitahu, akibat kejadian itu, keluarganya tidak membuat sebarang persiapan menyambut Aidiladha kerana keadaan rumah yang rosak teruk dan perlu beri perhatian untuk membaikinya.

"Tahun sebelum ini biasanya saya membuat ketupat dan menerima kunjungan kenalan serta jiran tetapi kali ini duduk di rumah sahaja dan tiada hidangan disediakan," katanya.

Seorang lagi mangsa, Rokiah Mat, 50, pula memberitahu, biarpun keluarganya tidak membuat persiapan, suasana sambutan itu tetap dirasai apabila ada saudara dan kenalan yang berkunjung dengan membawa juadah seperti lemang.

Katanya, persiapan hanyalah menyediakan juadah untuk dimakan bersama keluarganya yang disediakan secara sederhana.

"Rumah pun sudah jadi macam tongkang pecah tidak sempat nak buat persiapan raya. Sempena cuti ini kami ambil kesempatan cuci dan baiki rumah yang rosak," katanya.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan kerosakan sebanyak 173 buah rumah di Taman Bersatu, Kuala Kedah, akibat ribut Khamis lalu merupakan yang terburuk dalam tempoh 20 tahun.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Dr. Rozmey bantu Balagi capai impian



DR. ROZMEY (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Balagi di Ayer Itam, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Hasrat lelaki obes, M. Balagi, 44, untuk menurunkan lagi berat badannya mendapat perhatian pengasas produk Jusmate 5, Datuk Dr. Rozmey Che Din.

Kelmarin, Dr. Rozmey melawat Balagi di rumahnya di Bandar Baru Air Itam dekat sini bagi melihat sendiri keadaan lelaki tersebut.

Beliau memuji kesungguhan Balagi apabila berjaya menurunkan berat badannya daripada 300 kilogram (kg) kepada 200kg selepas 10 bulan mengikut diet pemakanan yang ketat.

"Balagi telah berjaya mengawal diet pemakanannya, justeru saya tidak melihat sebarang masalah untuk beliau turunkan lagi 100kg beratnya," ujar Dr. Rozmey.

Beliau yang mencadangkan Balagi mengamalkan minuman Jusmate 5 bagi membantu mengurangkan lagi berat badan bersama amalan diet serta senaman ringan yang dilakukannya.

Dr. Rozmey memberitahu, beliau akan menyumbangkan Jusmate 5 kepada Balagi secara percuma setiap bulan kerana percaya lelaki itu mempunyai keazaman kuat untuk mendapatkan berat badan impiannya.

Beliau juga bersetuju untuk menghadiahkan mesin senaman bagi kegunaan Balagi di rumah setelah kecederaan di bahagian paha lelaki itu pulih nanti.

Balagi yang gembira menerima sumbangan tersebut berterima kasih kepada Dr. Rozmey dan memberitahu dia semakin bersemangat untuk menurunkan lagi berat badannya itu.

Kisah lelaki obes ini mendapat perhatian umum setelah dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tahun lalu sehingga memaksa 10 anggota penyelamat mengerah kudrat mengangkatnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bagaimanapun selepas 10 bulan dirawat di sana, berat badan Balagi turun kepada 200kg hasil mengamalkan diet yang ketat dengan hanya memakan oat dan epal hijau serta mengikuti senaman ringan.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Hajat buat ibadah korban berkecai



ANGGOTA polis memeriksa Toyota Innova yang mengorbankan tiga beranak dalam kemalangan di Kilometer 244.9, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Jabor kelmarin.


KUANTAN - "Harapan saya untuk menjalankan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini musnah ekoran kemalangan yang meragut nyawa tiga ahli keluarga saya."

Demikian luahan Abdullah Muda, 66, bapa kepada Maliki Abdullah, 47, seorang juruteknik kilang yang maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova dipandunya terlibat dalam kemalangan pada pukul 3.15 petang di Kilometer 244.9, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Jabor di sini kelmarin.

Turut kehilangan nyawa dalam tragedi itu ialah anak Maliki, Nur Izzati, 21, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Muhammad Hafiz, 6.

Isteri Maliki, Norehan Abu Bakar, 43, dan seorang lagi anak pasangan itu, Mohd. Sufian, 15, cedera parah dan mereka masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Seorang lagi anak pasangan itu, Mohd. Afzan, 18, hanya cedera ringan. Enam sekeluarga itu menetap di Shah Alam, Selangor.

Abdullah memberitahu, berikutan tragedi yang berlaku itu, dia terpaksa membatalkan ibadah korban lembu yang dirancang pada hari semalam.

"Pak cik sudah menyediakan seekor lembu untuk dijadikan korban yang dikongsi bersama dalam kalangan ahli keluarga pada hari raya ini.

"Hendak buat macam mana ia terpaksa dibatalkan kerana kemalangan ini. Bagi pak cik, ini hanyalah satu ujian dalam hidup dan kami perlu reda dengan ketentuan-Nya," kata Abdullah ketika ditemui di rumah mayat HTAA di sini kelmarin.

Mencerita lanjut, Abdullah berkata, sebelum kejadian, anak sulungnya itu juga bagaikan memberi petanda aneh apabila dia tidak menelefon memberitahu ingin pulang ke kampung seperti lazimnya.

"Biasanya Maliki akan menghubungi pak cik di kampung beberapa hari sebelum dia mahu pulang beraya. Tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian.

"Saya juga tidak menghubungi Maliki kerana menganggap dia tidak pulang. Adik-beradiknya semua pulang ke kampung kerana pak cik mahu mengadakan ibadah korban tahun ini," katanya yang bertemu Maliki kali terakhir pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Menurut Abdullah, dia mengetahui Maliki sekeluarga terlibat dalam kemalangan apabila dihubungi oleh salah seorang anak Allahyarham yang tidak mengikutnya pulang ke kampung.

"Dalam pukul 3.30 petang, pak cik amat terkejut apabila mendapat panggilan memberitahu Maliki sekeluarga kemalangan dan kami bergegas dari Terengganu ke HTAA untuk melihat keadaannya," katanya.

Difahamkan, jenazah tiga mangsa tersebut telah dibawa pulang ke Kampung Tasik, Bukit Payung di Terengganu malam kelmarin untuk dikebumikan.

Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Pentadbiran Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, ketika kemalangan, Toyota Innova yang dinaiki enam beranak itu dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke kampung mereka di Bukit Payung, Terengganu.

"Sampai di tempat kejadian, Toyota Innova dipandu Maliki terbabas sebelum melanggar besi penghadang lebuh raya itu.

"Semua mangsa dalam kenderaan tercampak keluar. Maliki bersama dua anaknya iaitu Nur Izzati dan Muhammad Hafiz maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, tiga lagi mangsa iaitu Norehan dan seorang anaknya cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Zainalabidin memberitahu, tragedi menjelang Aidiladha itu dipercayai berlaku akibat tayar Toyota Innova terbabit pecah sebelum terbabas lalu melanggar besi penghadang lebuh raya.

Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Buih akibat aktiviti gunung berapi dasar laut



GAMBAR yang dikeluarkan kerajaan Kepulauan Canary kelmarin menunjukkan buih-buih yang terbentuk akibat aktiviti gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro, Sepanyol.


MADRID - Aktiviti gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro, Kepulauan Canary boleh dilihat di permukaan laut dengan kewujudan gelembung buih.

Gas, asap dan objek panas terapung dari gunung berapi dasar laut itu.

Aktiviti di gunung berapi dasar laut itu bermula sejak 17 Julai lalu dan lebih 10,000 gegaran telah direkodkan. - AP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Jemaah haji melontar jamrah



AFP
BENTUK struktur batu yang menjadi sasaran lontaran batu para jemaah haji di Mina, dekat Mekah semalam.


MINA, Arab Saudi - Berjuta-juta jemaah haji semalam melontar jamrah pada hari kedua ibadat haji di sini semalam.

Melontar jamrah akan dilakukan selama dua hari lagi dengan setiap jemaah perlu melontar batu di tiga buah jamrah.

Setiap jemaah perlu melontar 21 butir batu di tiga struktur batu setinggi 25 meter.


AP
SEJUMLAH besar jemaah melalui laluan untuk melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.


Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan yang muncul tiga kali untuk mempengaruhinya.

"Ia memberi kekuatan moral. Kini saya berasa seperti sudah menewaskan syaitan," kata seorang jemaah yang melontar jamrah, Mohktar Khan berusia 29 tahun.

Dia tiba di lokasi melontar jamrah itu bersama puluhan jemaah dari Bangladesh yang melaungkan Allahuakbar.


AP
SEORANG jemaah wanita dibantu oleh seorang anggota polis unit khas selepas dia melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.


Seorang lagi jemaah haji, Mohammed Husseinnin yang berusia 25 tahun berkata, dia akan berasa menang jika dapat melontar batu ke arah syaitan yang merupakan musuh utamanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyediakan laluan pejalan kaki bertingkat sebagai usaha untuk mengelak kejadian rempuhan yang menyebabkan 364 orang mati pada 2006, 251 jemaah pada 2004 dan 1,426 lagi pada 1990.

Seorang lagi jemaah, Dina Mohammed Ramadhan berusia 27 tahun dari Mesir menyatakan perasaan bersyukurnya kerana dapat mengerjakan ibadat haji.

Suaminya menolak kereta sorong bayi yang membawa dua anak mereka dalam kumpulan jemaah.

Musim haji itu berlangsung selama lima hari. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'