Pages

Friday, August 5, 2011

Nenek 80 tahun saman untuk jadi guru semula




LILLIE LEON


BRIARWOOD, New York - Seorang nenek, Lillie Leon yang berusia 80 tahun memfailkan saman di sebuah mahkamah di Manhattan untuk mendapatkan semula pekerjaannya sebagai seorang guru awam di sebuah tadika, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lillie diberikan notis pada minggu lalu yang menyatakan dia diberhentikan di Sekolah Awam 117 di sini.
Dia yang telah bekerja sebagai seorang guru selama tiga dekad selepas berhenti bekerja dalam sektor perbankan diberhentikan atas alasan tidak mampu untuk membawa anak muridnya yang mahu pergi ke tandas.
Menurut peguam Lillie, Stewart Karlin, anak guamnya itu boleh mengajar dengan baik tetapi dia tidak boleh berjalan dengan cepat kerana mengalami masalah lutut.
Guru itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$100,049 (RM298,054) setahun dan tidak pernah menghadapi masalah disiplin sebelum ini.
Menurut guru itu, dia mahu kembali mengajar selama setahun lagi sebelum bersara. - Agensikosmo

Gaddafi sedia ada pilihan raya


MANAGUA - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersedia mengadakan pilihan raya untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di negaranya, kata Presiden Nicaragua, Daniel Ortega selepas mengadakan mesyuarat bersama delegasi Libya kelmarin.
Ortega berkata, delegasi Libya itu tiba di Managua pada Selasa lalu dengan membawa surat daripada Gaddafi.
Anggota-anggota rapat Gaddafi telah membuat cadangan supaya proses pilihan raya yang demokratik dilakukan sejak beberapa bulan lalu.
Namun, cadangan itu ditolak oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.
Libya kini dilanda pergolakan ekoran pertempuran yang berlaku sejak Februari lalu di antara para pemberontak yang menentang kepimpinan Gaddafi. - Agensikosmo

Jurutera mengaku tipu kajian Internet Explorer



VANCOUVER, Kanada - Satu kajian terbaharu yang menyatakan bahawa pengguna perisian komputer Internet Explorer (IE) memiliki kecerdasan intelektual (IQ) rendah sebenarnya satu penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian tersebut yang mendakwa bahawa pengguna IE adalah bodoh dijalankan oleh sebuah firma Kanada, AptiQuant.
IE merupakan perisian enjin carian Internet keluaran firma Microsoft yang diasaskan oleh orang kedua terkaya di dunia, Bill Gates.
Penipuan itu terbongkar selepas sebuah laman berita perniagaan, Computer Business Review (CBR)mendapati laman web AptiQuant mengandungi imej dan teks yang sama dengan sebuah firma penyelidikan dikenali sebagai Central Test.
Pembohongan itu jelas terbukti apabila CBR menerima kenyataan daripada Central Test menyatakan, ia tidak tahu tentang AptiQuant walaupun kedua-dua syarikat memiliki banyak persamaan.
Seorang jurutera web kemudian mengaku melakukan penipuan tersebut kerana dia berasa kecewa dengan IE.
"Saya amat kecewa dengan IE kerana cuma satu versi perisian tersebut boleh digunakan pada sesuatu masa untuk menguji laman web," kata lelaki tersebut.
"Saya kemudian menciptakan helah itu untuk meyakinkan orang lain supaya berhenti menggunakan IE," tambahnya. - Agensikosmo

Tajikistan haramkan remaja Islam berjemaah di masjid



DUSHANBE - Tindakan Presiden Tajikistan, Imomali Rakhmon mengharamkan remaja Islam daripada bersembahyang di masjid menyebabkan para pemimpin Islam di negara ini menyifatkan arahan itu sebagai 'hadiah kejam' untuk umat Islam di bulan Ramadan.
Rakhmon yang berkuasa sejak tahun 1992 menandatangani rang undang-undang 'tanggungjawab ibu bapa itu' pada Rabu lalu dan berkuat kuasa mulai semalam.
Beliau menyatakan tindakan itu perlu bagi mencegah penyebaran fahaman fundamental agama di negara yang memiliki seramai 7.5 juta orang penduduk dengan 98 peratus daripadanya beragama Islam.
Semua individu yang berusia 18 tahun ke bawah, kecuali mereka yang belajar di sekolah agama diharamkan daripada bersolat di masjid atau rumah ibadat lain.
Golongan gadis pula diharamkan daripada memakai barang kemas kecuali anting-anting.
Mereka yang berusia 20 tahun ke bawah juga dilarang mencacah tatu, pergi ke kelab malam, menonton filem atau membaca material yang menyebarkan unsur-unsur pornografi, keganasan dan ekstremisme. - Reuterskosmo

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan


[kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.
[kanan]PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan.


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.
"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.
Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.
Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.
Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.
Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.
Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensikosmo

Jutawan tawar wang demi anaknya




LAMAN Twitter yang mengandungi mesej tawaran Duncan Bannatyne.


GLASGOW - Seorang jutawan, Duncan Bannatyne mengejutkan para pengguna Twitter dengan menawarkan ganjaran £50,000 (RM243,888) kepada sesiapa yang dapat membongkar identiti dan mematahkan tangan seorang pengguna Twitter yang mengugut untuk mencederakan anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jutawan berusia 62 tahun itu membuat tawaran tersebut kelmarin terhadap seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Yuri Vasilyev.
Tawaran itu dikeluarkan selepas Bannatyne menerima beberapa mesej ugutan daripada Vasilyev menerusi laman jaringan sosial berkenaan.
"Nama saya Yuri Vasilyev dan saya mahu wang £35,000 (RM170,772) sebagai insentif untuk menghalang kami daripada mencederakan anak perempuan kesayangan kamu, Hollie Bannatyne," kata kandungan mesej itu.
Duncan kemudian menarik balik tawarannya.
"Saya mungkin dipenjarakan kerana mengeluarkan ganjaran yang menyalahi undang-undang tetapi saya rela dipenjarakan demi membalas dendam terhadap pengguna Twitter ini," katanya.
Bannatyne yang juga seorang pengacara televisyen kemudian membuat tawaran baharu berjumlah £30,000 (RM146,443) kepada sesiapa yang memiliki maklumat sehingga pemeras ugut tersebut ditangkap. - Agensikosmo

10 jam matikan 'rantai bom'


MADELEINE PULVER baring di atas sebuah pengusung beroda di sebuah hospital 
di Sydney kelmarin untuk diperiksa oleh doktor.


SYDNEY, Australia - Seorang lelaki bertopeng yang merantai bom palsu pada leher seorang gadis dan meninggalkan nota tebusan selepas dia menceroboh kediaman sebuah keluarga kaya di sini dipercayai cuba melakukan peras ugut, kata polis semalam.
Dalam senario mirip adegan filem cemas Hollywood, skuad pemusnah bom kelmarin mengambil masa 10 jam untuk mematikan bom yang dipasang pada leher gadis tersebut, Madeleine Pulver.
Madeleine, 18, tidak cedera manakala polis kemudian mendapati bom tersebut tidak mengandungi bahan letupan.
Seorang pegawai polis tempatan, Luke Moore berkata, satu nota peras ugut dilekatkan pada bom itu.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej ugutan tersebut.
"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai percubaan memeras ugut yang serius," kata Moore.
Drama itu bermula tengah hari kelmarin di kawasan penempatan elit Mosman di sini apabila keluarga Madeleine menghubungi polis dengan menyatakan, anak perempuan mereka diserang dan terdapat alat ganjil yang dilekatkan pada mangsa.
Polis yang dibantu skuad pemusnah bom, beberapa detektif dan perunding tebusan kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
Kediaman-kediaman sekitarnya dikosongkan, beberapa jalan berhampiran ditutup manakala petugas bomba dan perubatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Selepas Madeleine dibebaskan, dia memberitahu polis bahawa seorang lelaki bertopeng memecah masuk ke kediaman mereka dan menangkapnya semasa dia berada di dapur.
Remaja itu berkata, lelaki terbabit memaksa dia untuk tidak bergerak semasa memasang bom palsu itu pada lehernya.
Penyerang itu kemudian melarikan diri.
Madeleine kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk diperiksa.
Bapa Madeleine merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat.
- Agensikosmo

Thursday, August 4, 2011

Menteri Israel mahu serang Gaza



TEL AVIV - Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovitch menggesa negara itu melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Genting Gaza sebagai serangan balas terhadap bedilan roket dari Gaza.

Cadangan biadap itu dibuat Aharonovitch selepas menuduh pejuang Palestin melancarkan roket ke bandar Ashkelon sehingga menyebabkan seorang wanita cedera ringan akibat terkena serpihan roket, Isnin lalu.

“Perbezaan antara serangan yang menyebabkan kecederaan ringan dan serangan membunuh puluhan orang di tadika adalah kecil,” kata menteri rejim tidak berperikemanusiaan itu.

Israel melancarkan perang besar-besaran ke atas Gaza pada Disember 2008 hingga menyebabkan 1,500 penduduk Palestin terkorban dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.SH

Tentera Syria masih tembak penunjuk perasaan

AMMAN 3 Ogos - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berdepan masalah dalam rundingan menyelesaikan krisis Syria, ketika tentera terus melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan prodemokrasi selepas solat sunat tarawih di seluruh Syria malam tadi.
Semua 15 negara yang terlibat dalam rundingan masih bercanggah pendapat berhubung draf resolusi yang mengutuk kekejaman Presiden Bashar al-Assad terhadap penunjuk perasaan, sama ada ia perlu mengeluarkan satu resolusi rasmi atau satu kenyataan kurang penting.
Negara-negara Eropah yang bersetuju mengubah draf resolusi mereka ke atas Syria menyifatkan proses itu mencatat perkembangan positif.
Bagaimanapun Rusia berkata, versi baru draf resolusi itu masih belum seimbang.
Hari kedua rundingan yang panjang semalam berakhir dengan setiap negara menghantar teks draf ke negara masing-masing bagi rundingan baru hari ini.
Itali muncul negara Eropah pertama memanggil pulang dutanya ke Syria semalam sebagai tindakan membantah tindakan kekejaman Assad.
Di Syria, tentera negara memperkukuh kepungan mereka di bandar Hama, mengakibatkan penduduk lari menyelamatkan diri selain terus mendapat kecaman antarabangsa berhubung kekejaman yang dilakukan pentadbiran Presiden terhadap penunjuk perasaan.
Saksi berkata, berpuluh-puluh orang awam cedera dalam kejadian di pinggir bandar Muadhamiya, di timur laut negara serta bandar pelabuhan Latakia dalam satu serangan terbaru tentera malam tadi.
"Saya nampak 10 bas dipenuhi anggota tentera memasuki Muadhamiya. Saya juga melihat 10 remaja rebah semasa saya menyelamatkan diri dari ditembak.
"Beratus-ratus ibu bapa berada di jalan-jalan bagi mencari anak mereka," kata seorang saksi yang tinggal di pinggir bandar itu, kira-kira 30 kilometer dari Golan Heights. - AFP/Reutersutusan

Menara tertinggi dunia dijangka siap 5 tahun lagi



RIYADH: Pengerusi Syarikat Kingdom Holding (KHC), Putera Alwaleed bin Talal semalam mengesahkan syarikat bersekutunya, Syarikat Jeddah Economic (JEC) sudah menandatangani perjanjian SR4.6 bilion (RM3.7 bilion) dengan Kumpulan Binladen untuk membina menara paling tinggi di dunia di Jeddah.
Bangunan itu yang akan digelar ‘Menara Kingdom’ akan menjangkau lebih 1,000 meter dan pembinaan struktur mercu tanda itu yang boleh melihat Laut Merah dan Obhur Creek akan siap dalam masa lima tahun tiga bulan.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat KHC di Riyadh, Alwaleed berkata, projek itu menjadi simbol kepada keyakinan terhadap perkembangan perniagaan di bawah pucuk kepimpinan Raja Abdullah.

“Dasar jangka panjang Raja Abdullah dan kerajaannya menggalakkan masyarakat peniaga melaksanakan projek berjumlah berbilion-bilion riyal seumpama itu,” kata Alwaleed.

Beliau turut menolak sebarang kesan negatif terhadap ekonomi Saudi akibat daripada kekacauan serantau.

Alwaleed juga berkata, status ikon bangunan itu tidak akan bergantung semata-mata pada ketinggiannya.

Menara itu akan menjadi bangunan utama dan fasa pertama pembinaan Kingdom City, projek pembangunan bandar baru JEC yang meliputi kawasan seluas 5.3 juta meter persegi.Menurutnya, projek itu akan menyediakan keuntungan mapan kepada pemegang saham Kingdom Holding.Dengan kawasan pembinaan seluas lebih 500,000 meter persegi, Menara Kingdom akan turut mengandungi bangunan hotel dan apartmen Four Seasons, kondominium mewah dan dek meninjau yang lebih tinggi daripada dek meninjau paling tinggi di dunia ketika ini. Merujuk kepada projek itu, Talal Al-Maiman, anggota lembaga pengarah KHC dan JEC, yang ditubuhkan pada 2009 untuk pembangunan Bandar Raya Kingdom berkata: “Wawasan membina menara paling tinggi di dunia di Jeddah adalah milik Alwaleed.Ia dirancang dengan begitu pintar dan dengan menjadikannya bangunan paling cantik dibandingkan dengan bangunan lain di dunia,” katanya. - ANhmetro

Kapal tentera laut Itali hampir jadi sasaran peluru berpandu

ROME: Kementerian Pertahanan Itali semalam berkata, sebuah kapal tentera laut negara itu melaporkan satu misil jatuh berhampiran lokasi mereka tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia disengajakan atau tidak.
Menteri Pertahanan, Ignazio La Russa, berkata misil itu mungkin milik Libya atau ditembak senjata antipesawat yang terjatuh ke perairan berhampiran.

“Tiada alasan untuk bimbang,” katanya.

Kata La Russa, kapal Bersagliere itu berlayar ke lokasi lebih jauh dari pantai Libya atas faktor keselamatan.

Menurutnya, misil itu jatuh ke laut kira-kira dua kilometer dari kedudukan Bersagliere pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan).

Itali menjadi sebahagian daripada anggota Nato yang terbabit dalam kempen ketenteraan ke atas Libya bagi mendesak pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, berundur. - AFPhmetro

Peguam tuntut bekas menteri dikenakan hukuman mati


KAHERAH: Seorang peguam yang bertindak bagi pihak mangsa pembunuhan pasukan keselamatan Mesir, semalam meminta bekas menteri rejim Hosni Mubarak dikenakan hukuman mati.
Mendakwa bekas Menteri Dalam Negara, Habib al-Adly, diarahkan Hosni supaya membunuh penunjuk perasaan antikerajaan, peguam terbabit berkata, tertuduh perlu dikenakan hukuman paling berat.

“Habib mendapat arahan daripada bekas presiden supaya membunuh penunjuk perasaan.

“Justeru, kami memohon pelaksanaan hukuman paling berat ke atas Habib,” katanya.

Habib menghadapi tuduhan merancang pembunuhan bersama Hosni, dua anak lelaki bekas presiden itu serta beberapa defendan lain.

Seorang peguam lain pula menuntut Hosni dipindahkan dari hospital ke penjara Torah secara kekal bagi menyertai defendan lain. - Reuters

Ghaib 9 bulan

ALOR SETAR: “Sekarang dah Ramadan, tidak lama lagi Aidilfitri bakal menjelma, tetapi anak saya masih tidak pulang-pulang,” kata Sarimah Othman, 40, mengenai anak perempuan tunggalnya, Norsyakila Saad, 16, yang menghilangkan diri sejak November lalu.
Beliau bimbang kerana anaknya hanya keluar sehelai sepinggang dan langsung tidak boleh dihubungi kerana tidak memiliki telefon bimbit.

Menurutnya, Norsyakilla sepatutnya belajar di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum, Jitra, tetapi kini dia seperti tidak lagi mempedulikan persekolahannya disebabkan tidak pernah hadir ke sekolah.

Katanya, anaknya dipercayai meninggalkan rumah mereka di Kampung Alor Ganu, Kepala Batas, dekat sini, kira-kira jam 7 malam pada 12 November tahun lalu, sehingga kini gagal dikesan.

“Waktu itu, saya sedang bekerja di kedai makan berhampiran rumah dan Norsyakilla turut membantu. Dia kemudian memberitahu mahu pulang ke rumah, tetapi terus menghilangkan diri sehingga hari ini,” katanya.

Katanya, anaknya sebelum ini kerap menghilangkan diri dan Mei tahun lalu, lari dari rumah selama tiga minggu sebelum ditemui bapa saudaranya di Terminal Bas Shahab Perdana, dekat sini.


“Dia tidak ada masalah dengan kami, itu yang buat saya pelik. Namun setahu saya dia suka melepak di rumah kawan-kawan dan kadang-kadang sehingga tidak pulang,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas sebulan selepas kehilangan anaknya itu.

Ditanya mengapa lambat membuat laporan, Sarimah berkata, dia tidak menyangka anaknya tidak pulang kerana setiap kali keluar dari rumah, dia tetap pulang.

Sarimah meminta sesiapa yang mengenali anaknya diminta menghubungi adik iparnya, Ahmad Basir Che An di talian 017-5196319.

Pemuda parah ditetak kerana langgar wanita


PARAH...Sateesh dirawat di HKL.
PARAH...Sateesh dirawat di HKL.


KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham dalam sebuah pusat hiburan, seorang lelaki retak tempurung kepala selain ditetak puluhan kali di seluruh badan ketika makan di kawasan berdekatan dengan pusat hiburan di Jalan Sungai Besi itu di sini, awal pagi Isnin lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, S Sateesh, 22, pergi ke pusat hiburan itu bersama tiga lagi rakannya. Mereka menari sebelum seorang daripada rakannya terlanggar seorang wanita hingga terjatuh.Bapa mangsa, R Segaran, 50, berkata akibat kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara rakan anaknya itu dengan pengawal kelab malam berkenaan sebelum berlaku pergelutan.Seorang lagi lelaki yang sedang berhibur mengusir anak saya dan rakan-rakannya keluar. Mereka kemudian makan di sebuah restoran di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.Beliau berkata, ketika makan, tiba-tiba datang empat lelaki dipercayai pengawal keselamatan kelab malam berkenaan menyerang anaknya dan tiga rakan.Anak saya terjatuh sebelum kumpulan terbabit menetak kepala dan badan menggunakan parang manakala tiga rakan anak saya melarikan diri,” katanya.Katanya, anaknya ditetak lebih tiga kali di kepala yang menyebabkan tempurung kepalanya retak, telinga kirinya putus separuh selain kesan tetakan di beberapa bahagian badan termasuk leher dan tangan yang menyebabkan beberapa uratnya putus.Segaran berkata, akibat kecederaan serius itu, anaknya koma hingga Selasa lalu dan sehingga kini separuh sedar.Susulan itu, Segaran membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.
Difahamkan, polis sudah menahan tiga suspek dan berusaha untuk meminta mangsa mengecam gambar suspek untuk tindakan lanjut.hmetro

10 pencuri dibelasah, dibakar penduduk kampung


BANGALORE: Sepuluh lelaki disyaki pencuri dibakar dan dipukul oleh penduduk kampung di Karnataka, selatan India.
“Enam orang rentung selepas kenderaan mereka dibakar di Kampung Yerrakote, kelmarin. “Tiga lagi lelaki dipukul hingga mati,” kata Ketua Polis Karnataka, Malini Krishnamurthy, semalam.

Mangsa ke-10 mati pagi semalam sementara dua lagi masih dirawat di hospital.

Beliau menyifatkan kejadian sebagai bukti masalah pengadilan yang dilaksanakan sendiri oleh orang ramai kini semakin berleluasa.

Polis menahan 71 orang berhubung kejadian itu selepas melakukan siasatan awal.

Mereka yang terbunuh, semuanya berusia antara 20 hingga 30 tahun berasal dari negeri jiran, Andhra Pradesh. Menurut Krishnamurthy, mereka diserang selepas didakwa cuba merompak barang kemas daripada seorang wanita. - APhmetro

4 dipenjara 6,060 tahun

GUATEMALA CITY: Sebuah mahkamah Guatemala menjatuhi hukuman penjara sehingga 6,060 tahun kepada empat bekas anggota tentera yang bersalah membunuh lebih 200 orang awam ketika negara itu menghadapi perang saudara pada 1982.
Menurut hakim, semua tertuduh bersalah membunuh dan mereka dihukum penjara 30 tahun bagi setiap seorang mangsa yang dizalimi.

“Justeru, jumlah hukuman penjara perlu dilalui tertuduh berjumlah 6,030 tahun,” katanya.

Sebagai tambahan, mahkamah turut menghukum setiap seorang tertuduh tambahan penjara 30 tahun kerana melakukan “jenayah kemanusiaan oleh pasukan keselamatan negara.” Pembunuhan itu berlaku selama lima hari pada Disember 1982.

Guatemala dilanda perang saudara sejak 1960 sehingga 1996. - APhmetro

Jangan parkir sesuka hati


ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk  menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.
ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram


VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.

“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.

“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.

Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensihmetro

Biras buat onar

KAJANG: Hanya alasan mahu berbincang, seorang kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 19 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol birasnya di sebuah hotel di Bangi, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.

“Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang.

“Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.

Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.


Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek.
“Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya,” katanya.
Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu.

“Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang,” katanya.hmetro

Jangan beli sosej ayam diragui status halal

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan umat Islam khususnya di Kedah dan Perlis supaya tidak membeli sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual meluas di kedua-dua negeri itu.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.
Perkara itu selaras kesahihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengenai sosej ayam dicampur pulut, selain kepingan ayam tanpa jenama dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru; Perlis, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Katanya, JAKIM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memantau kemasukan berleluasa produk sejuk beku dari Thailand yang diragui status halalnya.

"Mengikut maklumat diterima daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk yang disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran agensi berwajib termasuk Bahagian Hab Halal JAKIM.

"Justeru, kita juga menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini, termasuk tidak mengetahui kandungan produk yang dibawa dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya, termasuk di bazar Ramadan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, JKN Perlis mengesahkan kedua-dua produk itu disahkan mengandungi DNA babi.
Dua produk itu yang turut menjadi bahan utama dalam menu Yong Tau Foo dan sosej bakar yang banyak dijual di gerai tepi jalan sekitar Sungai Bahru, turut dihantar untuk pasaran Perlis dan Kedah.

Pengesahan itu dibuat hasil keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan JKN Perlis di sekitar Sungai Bahru, yang mana dua daripadanya disahkan mengandungi bahan terbabit.bharian

'Buka puasa atas tapak hangus'

SEBAHAGIAN daripada 12 sekeluarga berbuka puasa di depan rumah mereka yang hangus terbakar pada hari pertama puasa di Kampung Chicha, Kubang Kerian, semalam.
SEBAHAGIAN daripada 12 sekeluarga berbuka puasa di depan rumah mereka yang hangus terbakar pada hari pertama puasa di Kampung Chicha, Kubang Kerian, semalam.

12 sekeluarga terpaksa harap ihsan saudara, jiran selepas rumah terbakar

KOTA BHARU: Walaupun rumah hangus terbakar pada hari pertama berpuasa, ia tidak menghalang 12 sekeluarga yang mendiami rumah itu untuk berbuka puasa bersama di tapak kediaman hampir musnah di Kampung Chicha, di sini, malam kelmarin.
Mereka nekad berbuat demikian selepas hasrat berbuka puasa bersama Isnin lalu, musnah selepas rumah terbakar beberapa jam sebelum umat Islam berbuka puasa.
Dengan membentangkan tikar di depan tapak kediaman yang musnah itu, sepuluh daripada mereka menikmati juadah berbuka puasa dalam keadaan sayu. Tiga daripada mereka tidur dalam khemah berdekatan tapak rumah berkenaan.

Siti Samsuriwati Mohamed, 26, berkata, musibah melanda keluarganya itu tidak mematahkan semangat mereka sekeluarga untuk bersama mengharungi dugaan itu.

“Walaupun dilanda musibah, adik saya tetap ke sekolah, terutama Suhana, 15, yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Suhana terpaksa ke sekolah berpakaian biasa sehingga guru menasihatinya membeli seragam sekolah kerana sedang menghadapi peperiksaan,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.
Isnin lalu, rumah didiami 12 orang termasuk 10 adik-beradik di Kampung Chicha di sini, musnah dalam kebakaran ketika sedang menyiapkan juadah berbuka puasa.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku.

Siti Samsuriwati berkata, adiknya kini menumpang di rumah sepupu berdekatan, manakala tiga daripada mereka, termasuk abang ipar pula tidur dalam khemah berdekatan tapak rumah mereka.

“Abang ipar, Mohd Nazir Abdullah, 34, Mohd Fitri Irwan, 19, dan Mohd Amirul, 17, memilih tidur dalam khemah selepas dinasihatkan penduduk untuk tidak meninggalkan tempat kejadian.

“Seorang penduduk juga bersetuju membenarkan kami tinggal di rumah kosong miliknya buat sementara waktu tanpa mengenakan bayaran sehingga keluarga pulih daripada trauma itu,” katanya.

Katanya, sejak kebakaran petang Isnin lalu, pelbagai bantuan diterima daripada pelbagai pihak, termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani.

“Muhammad juga bersetuju menyediakan 60 bungkus nasi atas permintaan kami kerana ingin mengadakan tahlil di perkarangan rumah yang terbakar bersama saudara-mara terdekat,” katanya. bharian