Pages

Friday, March 12, 2010

98. HANCURKAN KEJAHATAN DAJJAL YAHUDI



Rate This
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat  52 surah al-Maidah :
فترى الذين فى قلوبهم مرض يســرعون فيهم يقولون نخشى أن تصيبنا دائرة  فعسى الله أن يأتى بالفتح أو أمر من عنده فيصبحوا على ما أسروا فى أنفسهم نــدمين
Maksudnya : Maka engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya daripaada kalangan munafik bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Kristian) lalu berkata : “ Kami takut akan ditimpa bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan kepada rasulNya atau sesuatu keputusan dari sisiNya. Oleh kerana itu mereka dari kalangan munafik menjadi sesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka.
            Kita kini mula memasuki awal bulan Sofar dengan meninggalkan bulan Muharram yang banyak mencatat sejarah penting kepada umat Islam antaranya peristiwa penghalauan yahudi di Khaibar yang telah berlaku pada penghujung bulan Muharram tahun 7 Hijrah.  Rasulullah s.a.w telah bertindak tegas kepada kaum yahudi Khaibar yang merupakan kubu terakhir yahudi di Semenanjung Arab setelah diambil kira beberapa alasan yang munasabah antaranya kerana pengkhianatan yahudi dalam usaha menjatuhkan Daulah Islamiah Madinah walau pun telah diberikan layanan yang baik oleh umat Islam serta penglibatan mereka dalam peperangan Ahzab menentang Islam. Sebelum memasuki kubu musuh di Khaibar lalu Rasulullah s.a.w yang datang bersama dengan 1600 tentera Islam bagi berhadapan dengan 10 ribu yahudi Khaibar setelah menolak golongan munafik daripada turut serta dalam serangan ini telah berdoa :
اللّهُمَّ  رَبَّ السَّمـَـوَاتِ السَّبـْعِ وَمَـا أَظْلَلْنَ  وَرَبَّ الأرْضِيْن وَمَـا أَقْلَلْنَ  وَرَبَّ الشَّيـَاطِيْن  وَمَـا أَضْلَلْنَ فَإِنَّا نَسْْأَلُكَ خَيْرَ  هذِهِ القَرْيَة وَ خَيْرَ أَهْلِهَا وَ خَيْرَ مَـا فِيْهَا وَنـَـعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ هذِهِ القَرْيَة وَ شَرِّ أَهْلِهَا وَ شَرِّ مَـا فِيْهَا
Maksudnya : Wahai Tuhanku yang memiliki langit dan apa yang berada di bawah naungannya, Tuhan yang memiliki bumi dan apa-apa yang berada di atasnya, Tuhan yang memiliki syaitan dan apa yang menyesatkan. Sesungguhnya kami bermohon kepadamu kebaikan negeri ini, kebaikan penduduknya dan kebaikan apa-apa yang ada padanya. Kami juga berlindung denganMu daripada kejahatan negeri ini, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa-apa yang ada padanya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Teruskan perjalanan kamu Bismillah!”
            Akhirnya tentera Islam berjaya menawan semua kubu yahudi Khaibar setelah ada dikalangan yahudi yang terbunuh dan kebanyakan mereka keluar meninggalkan Khaibar. Peperangan ini menyaksikan 15 tentera Islam gugur syahid dan 93 yahudi terbunuh.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Peristiwa ini telah membongkarkan lagi bagaimana kedegilan dan kejahatan yahudi walau pun telah diberi layanan yang istimewa oleh Daulah Islam namun mereka terus memusuhi Islam yang telah meranapkan sistem riba yahudi yang sebelum ini berjaya menguasai ekonomi Madinah dengan berpecahnya bangsa arab. Dunia Islam dan dunia barat tidak pernah lupa tentang kejahatan Yahudi yang telah menghancurkan negara-negara umat Islam dan Eropah akibat tamakkan takhta dan harta. Banyak negara di Eropah pernah bertindak menghalau yahudi keluar daripada negara mereka bermula daripada kerajaan Inggeris malah yahudi begitu berdendam kepada Jerman yang didakwa bukan sahaja menghalau yahudi keluar dari negara itu malah pemimpin Jerman pada masa itu bertindak membakar kebanyakan mereka. Namun begitu yahudi dengan tindakan yang licik telah berjaya kembali ke negara Eropah setelah berlakunya pemberontakan dan peperangan yang didalangi oleh yahudi. Yahudi bertanggungjawab dalam meletuskan Revolusi Inggeris, Perancis, Amerika, Russia dan peperangan saudara di Sepanyol. Yahudi telah bertindak cepat dengan menawarkan pinjaman kepada pihak yang terbabit dengan pemberontakan dan peperangan di mana bukan sahaja pihak yang menang terpaksa menanggung hutang malah pihak yang kalah dan digulingkan turut dibebankan dengan hutang. Apabila berjaya menguasai hampir keseluruhan negara Eropah yang pernah bertindak menghalau yahudi sebelum ini maka yahudi mula mengatur langkah dalam memastikan semua negara yang berhutang dengannya sentiasa mengikuti arahan mereka serta menjaga kepentingan yahudi. Contohnya Britain sendiri terpaksa berusaha dalam menyerahkan bumi Palestin kepada yahudi sebagai penempatan yang diidam-idamkan selama ini setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki juga akibat perancangan jahat yahudi.       

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
             Serangan terhadap Iraq yang kini memasuki hari yang ke-16 turut menyaksikan bagaimana yahudi sebagai dajjal pembunuh yang dahagakan darah manusia berjaya menghasut Syaitan Amerika dan Britain serta beberapa sekutu penceroboh untuk melakukan serangan yang bacul dan tidak bertamadun itu. Dunia hanya mampu menjadi pemerhati kepada pembunuhan yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berjaya dimandulkan peranannya. Lebih 10 ribu peluru berpandu termasuk bom berangkai menghujani bumi Iraq sehingga hari ini di mana pihak penceroboh sentiasa mempertahankan tindakan mereka yang dikatakan sentiasa tepat. Mungkin hanya ratusan peluru berpandu yang tepat ke sasaran sedangkan ribuan bom yang lain terus meratah dan membaham rakyat Iraq yang tidak bersalah sehingga ada kanak-kanak yang terburai otaknya, ada perempuan yang penggal kepalanya, ada orang tua yang  berkecai tubuhnya dibaham bom penceroboh. Jumlah orang awam yang terbunuh terus meningkat melebihi 600 orang dan yang tercedera melebihi 6000 orang. Kini masjid turut dijadikan sasaran atas alasan menjadi tempat tersimpan senjata Iraq dan persembunyian tentera Iraq. Kita buat sekian kalinya terus mendesak agar tentera penceroboh ini segera keluar dari bumi Iraq. Jangan cuba tunjuk baik dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan sebelah tangan sedangkan sebelah tangan lagi bersiap untuk menyembelih rakyat Iraq. Kita tahu bahawa Amerika dan tentera penceroboh yang lain tidak akan berundur walau pun terpaksa menambah anggota tambahan dan sumber kewangan kerana peperangan di Iraq yang diletuskan hasil hasutan dajjal yahudi tidak akan terhenti sehingga Iraq benar-benar kalah dan ranap. Peperangan d Iraq dari segi hakikatnya akan melihat dua keadaan yang berbeza daripada keputusan perang nanti terhadap umat Islam dan yahudi khususnya. Jika Islam menang di Iraq insya Allah maka yahudi akan lebih cepat dapat dikuburkan di Israel. Jika Islam tewas di Iraq maka bukan sahaja satu lagi negara umat Islam akan dijajah dengan penjajahan baru kuffar malah penempatan yahudi akan berkembang bukan setakat di Israel malah yahudi akan meluaskan negara Israel Raya sebagaimana dicita-citakan iaitu memanjang dari Syria hingga ke Iraq dan Mesir. Inilah dia antara dendam yahudi yang tidak pernah padam dalam memerangi Islam dan umatnya sehingga hari qiamat.
Ingatlah firman Allah dalam sebahagian ayat 64 surah al-Maidah :
….. وألقينا بينهم العدوة والبغضاء إلى يوم القيـــمة  كلما أوقدوا نارا للحرب أطفأها الله ويسعون فى الأرض فسادا والله  لايحب  المفسدين
Maksudnya : ……. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga hari qiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan di mana Allah telah memadamkannya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
            Peperangan di Iraq bukanlah bermatlamat utama untuk mengaut minyak yang ada di sana tetapi keuntungan hasil minyak merupakan hanya janji dajjal yahudi kepada Syaitan Amerika dan Britain serta penceroboh yang lain sedangkan matlamat yang utama ialah menghancurkan kekuatan Islam yang terus menjadi penghalang kepada yahudi untuk membina negara Israel Raya bagi menjamin kuasa yahudi dalam memerintah dunia. Yahudi tidak mahu bangsanya lebih ramai yang mati lalu menjadikan tentera penceroboh yang kebanyakannya beragama Kristian sebagai benteng dalam menjayakan cita-cita mereka. Kuasa Kristian bukan sahaja telah dibeli malah pemimpin yang ingin kekal memimpin terutama di Amerika mestilah mendapat sokongan daripada yahudi. Yahudi sebelum ini terlalu bimbang apabila kejahatan mereka di Palestin sentiasa diberi perhatian utama oleh masyarakat dunia disebabkan dunia mula bencikan peperangan dan berusaha mencari kedamaian. Jika dunia tidak mempunyai peperangan maka yahudi tidak mampu lagi meneruskan keganasan untuk menguasai dunia maka yahudi dengan perancangan yang rapi telah melakukan serangan 11 September terhadap 2 bangunan utama di Amerika yang dijadikan alasan kepada dunia untuk menghalalkan keganasan dan pembunuhan terutama terhadap umat Islam. Serangan itu juga berjaya melahirkan manusia yang gila kepada pembunuhan lalu ditambah dengan janji manis yahudi untuk memberi mereka kemewahan dan kuasa yang menyebabkan manusia ganas yang dihasut ini tanpa segan silu melakukan apa sahaja mengikut perancangan yahudi. Jika Iraq diserang semata-mata mahu mewujudkan kestabilan negara di Asia Barat maka negara pertama yang sepatutnya diserang ialah Israel yang terus melakukan pembunuhan di Palestin bukannya Iraq.
            Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar memberi pertolongan kepada umat Islam dan mujahidin di Iraq. Semoga Allah menetapkan mereka dalam iman dan perjuangan suci untuk mempertahankan agama Islam dan tanahair tercinta. Semoga Allah mengalahkan tentera penceroboh bermula di Iraq sehingga cita-cita umat Islam untuk menguburkan yahudi di Palestin semakin hampir dan nyata.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Thursday, March 11, 2010

Biar anak ‘mati katak'


Oleh Suney Leo Ertza Neo Sulaiman
am@hmetro.com.my
2010/03/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SELAYANG: Bayaran tambang lebih murah berbanding bas sekolah, menyebabkan segelintir ibu bapa sanggup memperjudikan nyawa anak mereka apabila menggunakan khidmat van atau kereta tidak berlesen untuk menghantar dan menjemput anak di sekolah.
BERANI...pemandu kenderaan persendirian mengambil risiko angkut murid sekolah.
BERANI...pemandu kenderaan persendirian mengambil risiko angkut murid sekolah.
Pemandu kenderaan persendirian berkenaan pula hanya memikirkan keuntungan semata-mata apabila menawarkan khidmat mereka kepada murid beberapa sekolah sekitar kawasan ini tanpa memikirkan risiko ‘mati katak’ yang bakal ditanggung jika berlaku kejadian tidak diingini.
Difahamkan, pemandu kenderaan persendirian itu menawarkan ‘yuran’ sekitar RM40 hingga RM45 sebulan dan harga ini jauh lebih murah berbanding kadar tambang bas sekolah iaitu RM60 untuk tempoh sama.

Pemandu van sekolah, Helmi Basri, 43, berkata agak sukar mengenali individu yang melakukan aktiviti terbabit kerana kadangkala mereka mengambil hanya dua atau tiga penumpang dan mereka mendakwa pelajar terbabit sebagai anak atau saudara-mara mereka.

“Pendapatan yang diperoleh pengusaha van sekolah berlesen seperti saya terjejas sedikit kerana individu ini menetapkan harga yang murah berbanding yuran bas atau van sekolah yang menawarkan harga sekitar RM60,” katanya.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sal berkata, kadangkala pemandu berkenaan mengisi murid sekolah itu ke dalam van sehingga melebihi had dibenarkan menyebabkan keadaan kelihatan begitu sesak.

“Siapa yang tidak mahu apabila yuran yang dikenakan lebih murah, selain itu perkhidmatan bas sekolah semakin kurang di sini,” katanya.

Wartawan Metroplus menyamar sebagai pelanggan dan akhirnya berjaya ‘merisik’ maklumat daripada seorang pemandu van sekolah terbabit mengenai aktiviti mereka. Dia mendedahkan kebanyakan ibu bapa gemar menggunakan khidmatnya berikutan kadar bayaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan lebih murah dan cepat.

Selain itu, dia mendakwa hidup berjiran menjadi antara faktor mengapa ibu bapa lebih gemar menggunakan khidmat mereka dan pemandu itu juga berkata, jika ditahan pihak berkuasa, dia akan memberitahu kanak-kanak yang dibawa itu anak atau anak saudara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata menjadi kesalahan jika kereta persendirian mengambil dan mengenakan bayaran kepada penumpang kerana mereka tiada permit untuk berbuat sedemikian.

“Pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik boleh mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman kepada pemandu kereta haram terbabit.

“Jika berlaku kemalangan sudah pasti penumpang tidak boleh membuat tuntutan insurans serta kos rawatan dan ibu bapa harus sedar mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi.

Yusof berkata, ketiadaan atau kekurangan pengangkutan awam di kawasan terbabit mungkin menjadi punca kepada aktiviti itu dan jika sistem pengangkutan awam lebih baik disediakan, pasti ramai ibu bapa akan menggunakannya kerana ia lebih selamat dan selesa.

Justeru, beliau menasihati ibu bapa lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan.

Kerjasama Petronas, syarikat minyak Norway



2010/03/10

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) berminat untuk bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas Norway bagi memanfaatkan kepakaran mereka dalam cari gali air dalam, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
“Baru-baru ini, Petronas mengambil alih enam blok cari gali baru di Greenland dari Cairn Energy plc UK dengan hasrat mengukuhkan lagi tapak dalam bidang cari gali.
“Adalah menjadi harapan saya agar kita mampu bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas Norway bagi mengambil peluang atas kepakaran mereka,” katanya dalam ucapan pada Seminar Perniagaan Norway di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, kerjasama dengan syarikat Norway, jika berjaya, boleh mengorak langkah untuk pakatan bersama yang sama dalam bidang lain cari gali.

“Saya yakin yang dengan peluang untuk berdialog dan bertukar pengetahuan, forum ini akan menyediakan forum lain yang sama seumpamanya pada masa akan datang dan kita akan terus menyaksikan pembabitan aktif syarikat Norway terutama dalam bidang cari gali dan pengeluaran,” katanya. - Bernama

5 kampung musnah,turki




2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
OKCULAR (Turki): Ribuan penduduk yang kesejukan terpaksa berkumpul di sekeliling unggun api selepas gegaran gempa bumi memusnahkan hampir seluruh kediaman di lima kampung di timur Turki, kelmarin.
Gempa bumi berukuran 6 pada skala Richter itu dilapor membunuh 51 orang dan kerosakan paling teruk dialami kampung masyarakat Kurdish di Okcular.
Gabenor Elazig berkata, 15 daripada 900 penduduk kampung itu terbunuh dan seluruh rumah di kampung itu rosak atau musnah.

Pusat Kajian Gempa Bumi di Kandilli melaporkan, gempa bumi itu berlaku jam 4.32 pagi dengan pusatnya berhampiran kampung-kampung di Basyurt, Elazig. Wilayah itu terletak 550 kilometer di timur Ankara.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Pengarah Kandilli, Mustafa Erdik menggesa supaya penduduk tidak kembali ke rumah mereka.

“Rumah mungkin runtuh akibat gegaran selepas gempa yang mungkin berterusan beberapa hari lagi,” kata Mustafa.

Hingga kini, lebih 100 gegaran selepas gempa, termasuk sekuat 5.5 pada skala Richter dicatat semalam.

Pusat Krisis Bencana Turki melaporkan, selain mangsa yang terbunuh, 34 penduduk dirawat kerana cedera dalam bencana itu.

Selain pusat perlindungan sementara yang diurus Pertubuhan Palang Merah Turki, penduduk menggunakan plastik untuk dijadikan tempat perlindungan sementara bagi melindungi mereka daripada cuaca sejuk dan habuk.

Kerajaan mengejarkan helikopter ambulans, rumah pasang siap dan dapur bergerak untuk membantu meringankan beban ditanggung penduduk.

Erdogan menyalahkan penggunaan batu daripada lumpur untuk membina bangunan di kawasan itu dan berkata, kerajaan akan membantu membina rumah kalis gempa bumi di kawasan itu.

Operasi mencari mayat dan mangsa yang tertimbus diteruskan dengan penduduk dan pihak berkuasa menggali kawasan dengan menggunakan peralatan ringan yang mereka miliki. - AFP

Perjalanan kereta api London-Beijing 2 hari




2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LONDON: Perjalanan kereta api antara London dan Beijing dalam masa dua hari mungkin menjadi kenyataan 10 tahun lagi menerusi projek yang dilaksanakan China.
Negara itu berhasrat membina landasan kereta api merentasi Eropah, Asia Barat, India dan Asia dengan membiayai keseluruhan perbelanjaan sebagai balasan kepada akses terhadap sumber asli negara yang terbabit.
Laluan utama akan menghubungkan London dengan Beijing menerusi Paris, Berlin, Warsaw, Kiev, St Petersburg, Moscow, Astana di Kazakhstan dan Khabarovsk di timur jauh Russia.

Melengkapkan perkhidmatan itu ialah laluan yang akan membawa penumpang ke Turkmenistan, Iran dan India atau Vietnam, Thailand, Kemboja, Malaysia dan Singapura.

Jururunding China, Wang Mengshu berkata, perjalanan sejauh 13,116 kilometer itu akan mengambil masa dua hari.

Perjalanan dengan pesawat dari Beijing ke London adalah kira-kira 10 jam.

“Ketiga-tiga rangkaian itu boleh disiapkan dalam masa 10 tahun,” kata Wang.

Menurut wang, rancangan itu bukan idea China. “Negara lain yang datang kepada kami kerana mereka tidak boleh melaksanakan pembinaan rangkaian kereta api laju dan berharap mendapatkan pengalaman dan teknologi kami,” katanya.

'China sudah mempunyai kereta api paling laju di dunia, 402 kilometer sejam, perkhidmatan yang menghubungkan Wuhan dan Guangzhou. - Agensi

Nenek bertanduk

Nenek bertanduk



2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
HENAN (China): Seorang wanita tua mengejutkan rakan dan anggota keluarganya apabila ketumbuhan menyerupai tanduk tumbuh di dahinya.
KEADAAN tanduk yang tumbuh pada dahi Zhang.
KEADAAN tanduk yang tumbuh pada dahi Zhang.
pix_topright
Tanduk itu mula tumbuh di dahi Zhang Ruifang, 101, tahun lalu.
Ketumbuhan itu kini sudah enam sentimeter panjang dan pada masa sama, satu lagi ketumbuhan serupa kelihatan di sebelah kanan dahinya.

Keadaan nenek itu menyebabkan keluarganya di Kampung Linlou, wilayah Henan, bimbang dan hairan.

Anak bongsunya, Zhang Guohzheng, 60 berkata, keluarganya tidak memberi tumpuan apabila setompok kulit kasar muncul pada dahi ibunya tahun lalu.

Menurut Zhang yang abang sulungnya berusia 82 tahun, tanduk berkenaan semakin panjang dari semasa ke semasa. “Ia sudah enam sentimeter. Dan kini, ketumbuhan yang sama muncul pada sebelah kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk.” Walaupun tidak diketahui ketumbuhan itu, ia menyerupai tanduk.

Biasanya, ketumbuhan seumpama itu hanya tumbuh pada manusia sepanjang beberapa milimeter tetapi ada yang boleh tumbuh hingga beberapa sentimeter.

Ketumbuhan itu biasanya dialami oleh golongan tua berusia antara 60 hingga 70 tahun. - Agensi

Jika pilihan raya diadakan sekarang PKR akan kalah teruk – Zulkifli Noordin


KUALA LUMPUR 10 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu muhasabah diri dan mengelak daripada menyalahkan pihak lain sebagai dalang dalam setiap krisis dalaman yang dihadapinya.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, pimpinan parti itu tidak perlu terlalu cepat melatah dengan menuduh UMNO kononnya telah menawarkan sejumlah ganjaran kepada ahli-ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti.
“Adalah lebih baik PKR dan pakatan pembangkang melihat muka masing-masing di cermin, bermuhasabahlah daripada menyalahkan orang lain di atas kekurangan dan kelemahan sendiri,” katanya dalam program NST Live Chat secara maya selama kira-kira dua jam hari ini.
Zulkifli berkata, masalah kronik yang melanda PKR segalanya berpunca daripada peranan firaun kecil yang disifatkan sebagai anai-anai yang merosakkan keteguhan parti secara perlahan-lahan.
Beliau berkata, sekiranya tiada langkah drastik dilakukan dan ‘firaun kecil’ dibiarkan terus menguasai parti, PKR tidak perlu menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 untuk hancur.
“Malah jika diadakan PRU sekarang, saya pasti PKR akan kalah teruk, mereka sedang menggali kubur sendiri dengan cita-cita besar menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti bakal beralih arah ke Penjara Sungai Buloh!” katanya.
Mengulas mengenai tindakan beliau menarik diri daripada mewakili Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan qazaf, Zulkifli berkata, ia merupakan tindakan profesional yang langsung tiada kaitan dengan kepentingan peribadi.
“Seorang peguam perlu memiliki hubungan baik penuh profesional dan kepercayaan dengan pelanggan bagi membolehkan pembelaan dilakukan secara penuh jujur,” katanya.

Anwar gelar ahli lompat parti 'katak'


SEREMBAN 10 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mereka yang keluar daripada parti itu sebagai 'katak' dan bukan manusia.
Sambil menegaskan tindakan parti itu adalah benar dan tepat dalam isu pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, beliau menegaskan tidak akan tunduk kepada mereka.
"Sebab itu apabila ditanya mengapa kita pilih untuk memecat ahli-ahli Parlimen walaupun jumlah kita semakin menurun, kita (katakan) masih pecat sebab kita mesti berani mengambil keputusan yang tepat dan benar dan tidak tunduk kepada mereka.
''Orang kena tahu, kita masuk (PKR) berjuang kerana prinsip, bukan kerana dapat projek dan wang atau jawatan. Jadi bila tak dapat (projek), lompat parti, itu kerja katak bukan kerja manusia," katanya.
Anwar berkata demikian dalam ceramahnya di kawasan Perindustrian Oakland dekat sini malam tadi.
Terdahulu Ketua Pembangkang itu sekali lagi menggunakan pentas ceramah untuk melemparkan tuduhan kepada pemimpin negara.
Beliau menggunakan tempoh sejam itu mengkritik dasar kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan perkataan kesat seperti 'bahlul', 'poodah', 'kepala bxxxx kau' dan 'kepala oxxx kau'.
Anwar turut mengulangi keputusan pakatan pembangkang yang mahu beliau terus kekal sebagai Ketua Pembangkang sungguhpun PKR bukan lagi pemegang kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Gegaran kecil mungkin dirasai sekitar Tasik Kenyir


11/03/2010 4:05am

KUALA LUMPUR 11 Mac — Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 malam tadi.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.
"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

Misteri ratusan burung jatuh dari langit



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam menunjukkan sejumlah burung perling mati di halaman rumah Julie di Bath pada Ahad lalu.


BATH, England - Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock's The Birds berlaku di sini.
Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.
Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.
Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.
Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.
"Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar." kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.- Agensi

Sheikh Al-Azhar meninggal dunia



KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.
Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.
Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.
Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.
Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.
Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.
"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.
Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.
Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.
"Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.
Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.
Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir.
Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.
Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.
Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.
"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.
Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.
Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.
Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.
Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.
Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."
Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.
Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.
Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.
Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.
Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.
Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.
Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP

Wednesday, March 10, 2010

MENGUSIR JIN DI DALAM RUMAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"



MENGUSIR JIN DI DALAM RUMAH


Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu'. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan. Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu', lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.
Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.
Untuk mengusir atau membunuh jin, anda boleh membaca Ayat-Ayat Ruqyah. Cara-caranya boleh anda dapati di ruangan Proses Pengubatan. ( Cara pengubatan yang lengkap dengan pagar diri dan peringatan )

Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,
( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, "Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo'akan kehancurannya. )
atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.
Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.
Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.
Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.

SEBAHAGIAN TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
-   Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )

  • Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai



  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam



  • Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah



  • Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.




  • CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )










    Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

    Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :- 1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :










    1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.


    "Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."
    2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
    1. AL-Fatehah
    2. Ayat Kursi
    3. At-Takathur
    4. Az-Zalzalah
    5. Al-Ikhlas
    6. Al-Falaq
    7. An-Naas
    Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.








    3.) Atau membacakan doa dan ayat ini ke dalam air.













    Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua
    nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

    Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
    Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
    Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

    SEPULUH PENJAGAAN DARI KEJAHATAN PENGARUH IBLIS, JIN DAN SYETAN

    1. Membaca ta’awudz ( ( أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم )
    Allah berfirman :
    وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ إِنَّه


    هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ * سورة فصلت 36
    “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


    Imam Bukhari meriwayatkan ada dua orang bertengkar di dekat Nabi sampai merah mukanya dan membesar urat-urat lehernya, maka Nabi bersabda : Sesungguhnya aku mengerti satu kalimat kalau dia mengucapkannya maka hilang marahnya, jika dia mau mengucapkan اعوذ بالله من الشيطان niscaya hilang apa-apa yang ia temui ( marahnya ). (HR. Bukhari juz III hal. 1195)


    2. Membaca surah mu’awwidzatain.


    عَنْ أَبِى سَعِيدٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ


    وَسَلَّمَ


    يَتَعَوَّذُ مِنَ الْجَانِ وَعَيْنِ اْلإِنْسَانِ حَتَّى نَزَلَت


    الْمُعَوِّذَتَانِ فَلَمَّا نَزَلَتَا أَخَذَ بِهِمَا وَتَرَكَ مَاسِوَا هُمَا


    * رواه[/ الترمذى


    “Dari Abu Said dia berkata adalah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam itu memohon perlindungan kepada Allah dari jin dan sawanan mata manusia hingga turun surah Al- Falaq ( سورة الفلق ) dan surah An-Nas (سورة الناس), ketika keduanya telah turun maka beliau mengambil dua surah tersebut dan meninggalkan yang lainnya.”


    3. Membaca ayat kursi


    Imam Bukhari meriwayatkan : berkata Abu Hurairah : dia (syaitan) berkata
    kepadaku :


    إِذَا أَوَيْتَ إِلىَ فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ أيَةَ اْلكُرْسِىِّ مِنْ أَوَّلِهَ


    حَتَّى تَخْتِمَ : اللهُ لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَقَالَ


    لىِ : لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللهِ حَافِظٌ وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ


    حَتَّى تُصْبِحَ وَكَانُوْا أَحْرَصَ شَيْئٍ عَلىَ الْخَيْرِ فَقَالَ


    النَّبِيٌّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ


    وَهُوَ كَذُوبٌ. تَعْلَمُ مَنْ تُخَاطِبُ مُنْذُ ثَلاَثَ لَيَالٍ يَا أَبَا


    هُرَيْرَةَ قَالَ لاَ قَالَ ذاَكَ شَيْطَانٌ رواه البخاري
    “Jika engkau mengungsi ke tempat tidurmu maka bacalah ayat kursi dari awal
    sampai selesai yaitu :الله لاَ إِلهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ,dia (syaitan) berkata kepadaku : tidak henti-hentinya engkau mendapat penjagaan dari Allah dan syaitan tidak berani mendekat kepadamu sampai
    subuh.


    Adalah para sahabat itu paling berkeinginan kepada (mempelajari) kebaikan aka Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya dia telah benar kepadamu walaupun dia pendusta. Wahai Abu Hurairah tahukah kamu
    orang yang kamu ajak bicara sejak tiga malam? Abu Hurairah berkata : tidak. aka beliau bersabda : dia itu syaitan.”


    4. Membaca surah Al-Baqarah.


    Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


    لاَ تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ


    اْلبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ * رواه مسلم
    “Jangan kalian jadikan rumah kalian menjadi kuburan (tidak pernah dibacakan
    Qur`an di dalamnya), sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan
    di dalamnya surat Al-Baqarah.”


    5. Membaca akhir surah Al-Baqarah.


    Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


    إِنَّ الله كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ الْخَلْقَ بِأَلْفَيْ عَامٍ


    أَنْزَلَ مِنْهُ أيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُوْرَةَ الْبَقَرَةِ فَلاَ


    يُقْرَءاَنِ فىِ دَارٍ ثَلاَثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ * رواه الترمذى


    “Sesungguhnya Allah menulis kitab dua tahun sebelum Allah menciptakan
    makhluk, Allah menurunkan dari padanya dua ayat yang Allah menutup dengan
    kedua ayat tersebut pada surat Al-Baqarah, maka tidak dibaca dua ayat itu
    dalam rumah selama tiga hari kecuali syaitan tidak berani mendekatnya.”


    6. Membaca awalnya surah Al-mu`min sampai dengan ayat ( إِلَيْهِ
    الْمَصِيرِ) bersama ayat kursi.


    Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


    مَنْ قَرَأَ حمٍ اْلمُؤْمِنَ إِلىَ قَوْلِهِ ( إِلَيْهِ اْلمَصِيْرُ ) وَأيَةَ


    الْكُرْسِىِّ حِيْنَ يُصْبِحُ حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُمْسِيَ وَمَنْ


    قَرَأَهُمَا حِيْنَ يُمْسِى حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُصْبِحَ * رواه الترمذى


    “Barang siapa membaca حم المؤمن sampai firman Allah إِلَيْهِ
    الْمَصِ يْرَdan ayat kursi di waktu


    subuh maka dia dijaga sebab membaca dua surah tersebut hingga petang, dan
    barang siapa membaca keduanya di waktu petang maka dijaga sebab membaca
    keduanya hingga subuh.”


    7. Membaca seratus kali :


    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ


    لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ
    Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


    مَنْ قَالَ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ


    وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ فِى يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ


    كَانَتْ لَهُ عِدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ


    وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ


    يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ


    بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ * رواه البخاري
    “Barang siapa yang membaca:


    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ


    لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ


    seratus kali dalam sehari, maka membandingi memerdekakan sepuluh orang hamba dan
    ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapus dari padanya seratus kesalahan
    dan bacaan itu baginya sebagai penjagaan dari syaitan hari itu sampaipetang
    dan tidak datang seorang pun dengan yang lebih utama dari apa yang dia
    datang dengannya kecuali seorang yang mengamalkan lebih banyak dari itu.”


    8. Memperbanyak zikir kepada Allah ‘Azza wajalla.


    Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda menceritakan perintah Allah
    kepada Nabi Yahya bin Zakaria yang antara lain beliau menyuruh umatnya
    dengan sabdanya :


    وَأمُرُكُمْ أَنْ تَذْكُرُوْا اللهَ تَعَالىَ وَإِنَّ مِثْلَ ذَلِكَ كَمِثْلِ


    رَجُلٍ خَرَجَ الْعَدُوُّ فىِ أَثَرِهِ سِرَاعًا حَتَّى أَتَى عَلَى حِصْنٍ


    حَصِيْنٍ فَأَحْرَصَ نَفْسَهُ مِنْهُمْ ، كَذَالِكَ الْعَبْدُ لاَيَحْرُزُ


    نَفْسَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ إِلاَّ بِذِكْرِ اللهِ تَعَالىَ * رواه الترمذى فى


    أكام المرجان


    “Dan aku ( Yahya bin Zakaria) menyuruh kalian (kaumku) untuk berzikir
    kepada Allah Ta’ala kerana perumpamaannya ialah seperti seorang laki-laki
    yang keluar diikuti oleh musuh secara cepat sehingga dia datang di sebuah
    benteng yang membentenginya (dari musuh) maka dia boleh menjaga dirinya dari
    (kejaran) mereka, begitu pula seorang hamba Allah dia tidak boleh menjaga
    dirinya dari syaitan kecuali dengan zikir kepada Allah Ta’ala.”


    9. Wuduk dan solat.


    Ini adalah sebesar-besar amalan untuk menjaga diri dari syaitan. Rasulullah
    Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


    إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ مِنَ النَّارِ


    وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ


    فَلْيَتَوَضَّأْ * رواه ابو داود فى كتاب الأدب
    “Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu dari api dan api itu
    dipadamkan dengan air maka ketika salah satu dari kamu marah maka hendaklah
    berwuduk.”


    10. Menahan diri dari kelebihan pandangan, kelebihan ucapan dan makan serta
    pergaulan dengan manusia, kerana syaitan menguasai manusia itu melalui empat
    hal ini.


    Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


    َالنَّظْرَةُ سَهْمٌ مَسْمُوْمٌ مِنْ سِهَاِم إِبْلِيسَ فَمَنْ غَضَّ بَصَرَهُ


    للهِ عَزَّ وَجَلَّ أَوْرَثَهُ اللهُ حَلاَوَةً يَجِدُهَا فىِ قَلْبِهِ إِلىَ


    يَوْمٍ يَلْقَاهُ * رواه أحمد


    “Pandangan mata itu adalah anak panah beracun dari beberapa anak panah
    Iblis, maka barang siapa menundukkan matanya kerana Allah ‘Azza wajalla
    Allah memberikan kepadanya manisnya iman yang dia temui dalam hatinya sampai
    hari yang dia bertemu Allah.”


    Mudah-mudahan dengan mengamalkan sepuluh penjagaan ini Allah melindungi kita dari pengaruh Iblis, jin dan syaitan.

    Kejahatan Zionis Israel Terhadap Tawanan Palestin




    195 tawanan Palestina di tahun-tahun terakhir syahid di penjara-penjara Zionis Israel
    Abdul Nasser Farwana, Pejabat Palestin Urusan Tawanan Palestin mengkonfirmasikan eskalasi kejahatan rezim Zionis Israel terhadap para tawanan Palestin. Seraya menyinggung tindakan Zionis Israel yang melakukan uji cuba ubat berbahaya kepada para tahanan Palestin, Farwana juga menegaskan, masalah ini menyebabkan banyak tawanan Palestin yang terjangkit penyakit yang sulit disembuhkan.
    Abdul Nasser Farwana sendiri adalah bekas tawanan Palestin di penjara Zionis Israel selama beberapa waktu. Farwana mengatakan, Zionis Israel setiap tahunnya melakukan lebih dari 5000 kali uji coba obat berbahaya kepada tawanan Palestin yang sangat membahayakan kehidupan mereka. Beberapa waktu lalu, Lembaga Antarabangsa Solidaritas Hak Asasi Manusia memperingatkan rezim Zionis Israel yang memanfaatkan para tawanan Palestin sebagai haiwan percubaan terhadap ubat-ubat baru mereka.

    Lembaga ini dalam laporannya menyebut sejumlah lembaga kedoktoran, perubatan dan HAM telah berkali-kali meminta kepada rezim Zionis Israel agar mencegah upaya memanfaatkan para tawanan Palestin untuk dijadikan kelinci percubaan bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan baru. Semua lembaga antarabangsa ini menilai langkah Zionis Israel bertentangan dengan prinsip moral dan kod etika kedoktoran.

    Lembaga Antarabangsa Solidaritas Hak Asasi Manusia juga mempublikasikan sebuah laporan rahsia yang ditulis olehDalia Itzik, Ketua Komisi Sains Parlimen Zionis kepada Parlimen Zionis Israel (Knesset). Berdasarkan laporan rahsia itu, setiap tahunnya ribuan kes percubaan berbahaya terkait ubat-ubat baru dengan alasan uji cuba kedoktoran kepada para tawanan Palestin di penjara-penjara rezim Zionis Israel.
    Di tahun-tahun terakhir, terjadi peningkatan tawanan Palestin yang syahid di penjara-penjara Zionis Israel, terjangkit penyakit yang sulit disembuhkan atau cacat seumur hidup. Berdasarkan data yang dipublikasikan, 195 tawanan Palestin di tahun-tahun terakhir syahid di penjara-penjara Zionis Israel dan ratusan lainnya dijangkiti penyakit yang sulit disembuhkan atau cacat seumur hidup. Saat ini lebih dari 12 ribu tawanan Palestin berada dalam keadaan sangat berbahaya, khususnya nasib wanita dan anak-anak.
    Rezim Zionis Israel dalam aksi-aksinya semakin pongah di balik dukungan negara-negara Barat yang mengklaim dirinya sebagai pembela hak asasi manusia dan lembaga-lembaga antarabangsa yang bungkam di balik kejahatan ini.

    Dalam keadaan yang demikian, sangat diharapkan pendapat awam antarabangsa sedar dan segera mengambil langkah-langkah segera dan serius guna menghentikan kejahatan rezim Zionis Israel terhadap warga Palestina, termasuk para tawanan Palestin yang berada di penjara-penjara rezim penjajah Israel.(Irb/sbl)

    Inilah Bukti Kejahatan Zionis Israel


    Inilah Bukti Kejahatan Zionis Israel Yerusalem (SuaraMedia) – Zionis Israel mempercepatkan langkah pelaksanaan projeknya di Al Quds untuk melakukan pemalsuan wajah sejarah, agama Islam dan Arab di Al Quds terjajah. Aksi ini fokus pada Kota Tua dan sekitarnya dan yang berdekatan dengan masjid Al Aqsa, serta perkampungan Al Quds yang ada di dalam dalam tembok.Sejak kedatangan mereka ke bumi Palestin, tepatnya pada tahun 1948, dan pendeklarasian negaranya, Israel telah membangun semua infrastruktur paling lengkap di seluruh dunia. Mulai dari hospital, resort atau tempat peranginan, bangunan pendidikan, taman kota, daerah industri sampai pangkalan ketenteraan paling canggih di seantero Timur Tengah. Kota-kota mereka dibangun dengan mencontohi berbagai kota terkenal di dunia.
    Di Israel, tidak sulit menemukan suasana kota New York yang penuh dengan bangunan tinggi mewah. Tidak sulit pula melihat kota mirip Florida yang dipenuhi pantai. Atau pula pegunungan hijau seperti layaknya daerah di Edinburgh. Yahudi telah menjadikan Israel sebagai negara akuan dengan pendapatan per kapita yang sedikit lebih rendah dari England. Kehidupan mereka sangat mapan, dan di Israel tidak mengenal kemiskinan, kekurangan makanan dan sebagainya. Dan semua itu, jangan pernah lupa, dirampas dari tangan rakyat Palestin. Dengan darah orang Muslim Palestin. Bahkan dengan nyawa Muslim Palestin.
    Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Al Aqsha,  mengungkap bahagian dari proses ini. Laporan ini menyebut “aksi perubahan terbesar” yang sedang terjadi di kota Al Quds terjajah.
    Pasukan penjajah Zionis Israel berupaya memuluskan aksi-aksi yahudisasi yang belum pernah terjadi sebelumnya. Aksi ini dilakukan melalui projek-projek yang menggunakan banyak
    nama. Seperti pengembangan dan pengubahsuaian. Padahal yang sebenarnya adalah projek yahudisasi projek dan menghancurkan fitur-fitur Islam dan Arab yang bersejarah di Kota Tua Al Quds.
    Yayasan Al Aqsha mengingatkan adanya upaya penjajah Zionis Israel untuk melakukan aksi mengubah sifat karakter agama di Al Quds melalui projek-projek pariwisata dan rekreasi yang kontradiksi dengan karakter agama Islam di Al Quds. Mereka juga menyelenggarakan konsert menari dan mendorong pembukaan bar-bar di di malam hari. Dan fokus pada Tembok Barat atau tembok ratapan sebagaimana yang mereka klaim.
    Beginilah awalnya. Israel datang dengan traktor dan buldozer setelah tentaranya membantai rakyat Palestin terlebih dahulu
    Al Aqsha menekankan  penjajah Zionis Israel memberikan tugas untuk melaksanakan projek-projek ini, yang akan terus berlangsung selama beberapa tahun, kepada sejumlah lembaga, organisasi dan perusahaan zionis Israel; seperti “Yerusalem Development Authority” dan “Otoritas Purbakala” Israel. Untuk pelaksanaan projek ini penjajah Israel telah menyediakan dana 600 juta shekel (sekitar 150 juta dolar AS).

    Mengubah sisi budaya dan sejarah
    Pemandangan ini bukan hanya sekali terjadi. Kanak-kanak Palestin turun ke jalan melempari buldozer, mempertahankan kehormatan dan harga diri, walaupun nyawa yang jadi tebusannya.
    Dan begitulah, buldozer, tank, dan traktor itu menggerus rumah-rumah milik rakyat Palestin
    Menurut laporan Al Aqsha, pasukan penjajah Israel memulai projeknya yang menyeluruh untuk mengubah fitur dan sisi budaya dan sejarah Arab dan Islam, dengan aksi-aksi mencurigakan dan tidak dikenali konten sebenarnya. Dengan memakai istilah pengubahsuaian dan perbaikan tembok di kawasan Kota Tua. Kebelakangan ini penjajah Zionis Israel telah menyelesaikan aksi-aksi yahudisasi menyeluruh di ujung sisi barat laut dari tembok Kota Tua. Mereka mendirikan kebun dan taman public yang bersebelahan dengan tembok.
    Yayasan Al Aqsha menegaskan bahwa otoritas penjajah baru-baru ini menyelesaikan aktiviti serupa sudut di timur laut tembok bersejarah Al Quds. Mereka melakukan pemasangan ubin baru di daerah pintu Al Sahira yang tidak berhubungan sama sekali dengan bangunan bersejarah Al Quds. Pada saat yang sama, terjadi aksi penghancuran di beberapa bagian cukup panjang dari tembok utara. Pada kesempatan tersebut institusi Zionis melakukan perubahan di wilayah cukup luas di pagar Barat dan ujung barat daya dari dinding Kota Tua.
    Mengubah papantanda-papantanda Gerbang Al Quds
    Di sisi lain, Yayasan Al Aqsha mengatakan, baru-baru ini penjajah Israel telah menyelesaikan aksi perubahan papantanda-papantanda dan fitur pintu Nabi Daud. Peluncuran projek ini dilakukan dengan upacara yang dihadiri anggota tentera penjajah, yang menyerang kampung Asy Syarif pada tahun 1948 dan belum bisa menduduki
    jejak Palestin di muka bumi, yang lainnya berjaga-jaga dari tindakan rakyat Palestin. Dunia antarabangsa? Tenang, itu telah ditangani AS, bapak moyang Israel.
    Yayasan Al Aqsha mensyaratkan niat penjajah melakukan apa yang mereka kaliam sebagai pekerjaan pembangunan pada pintu Al Khalil dan Sahira serta mengubah jalur jalan dan sekitar yang bersebelahan dengan pintu-pintu Kota Tua di Al Quds.
    Sumber : http://suaramedia.com/berita-foto/18-berita-foto/5392-inilah-bukti-kejahatan-zionis-israel-.html

    Tuesday, March 9, 2010

    Siapakah Iblis Itu?


    By majelisaljabbar
    Siapakah Iblis Itu?*
    Oleh Zainurrahman

    Sudah menjadi rahasia umum bahwa iblis adalah makhluk yang diciptakan dari “api” (al-A’raaf:12) yang sudah barang tentu panas dan membakar. Terlepas dari keyakinan kita terhadap al-Qur’an, tokoh iblis ini sudah menjadi alasan empuk atas segala tindak-tanduk kejahatan manusia; kita selalu beralasan bahwa setiap perbuatan jahat manusia merupakan realisasi bisikan iblis. Apakah itu benar? Jika benar, maka mengapa manusia harus mempertanggungjawabkan perbuatannya secara individu?
    Kelihatannya manusia melakukan perbuatan jahat karena memang mengikuti ajakan iblis. Bagaimana bisa, sedangkan manusia kebanyakan tidak mengenal iblis dengan baik. Maka kadangkala kita harus menerima bahwa perbuatan jahat kita berasal dari kekufuran kita, yang juga dimuluskan oleh iblis. Dalam berbuat jahat, manusia berkolaborasi dengan iblis. Ini dia, karena tidak mengetahui, manusia yang berbuat jahat tidak sadar jika tengah berteman dengan iblis. Iblis telah menyerupai berbagai rupa, yang rupawan dan menawan hingga pada rupa yang menakutkan.
    Iblis adalah salah satu kaum dari golongan jin (al-Kahfi:50), sehingga dapat dikatakan bahwa iblis sudah tentu jin, sedangkan jin belum tentu iblis. Iblis juga dinyatakan kafir oleh Allah (Shaad:74), dengan demikian, Iblis sebenarnya adalah jin yang kafir kepada Allah SWT.
    Menurut beberapa sejarah lisan, dahulunya iblis merupakan golongan penyembah Allah SWT yang sangat taat dan sangat berbakti. Konon pemimpin golongan iblis adalah bernama Azazil, salah satu dari lima malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. Namun keterangan ini belum diketahui kebenarannya, namun satu hal yang pasti, Iblis merupakan golongan Jin di satu ayat namun juga malaikat penyembah Allah di ayat lain (al-Baqarah:34). Kita sama-sama tahu bahwa baik jin maupun malaikat merupakan entitas yang berbeda, lalu bagaimanakah Iblis tergolong Jin sekaligus Malaikat? Ini mungkin pertanyaan yang penting untuk diajukan. Pertanyaan ini membuat saya berkesimpulan bahwa iblis mengalami degradasi dari malaikat, kemudian masuk pada golongan jin dan dideklarasi sebagai kafir.
    Sejenak kita melihat malaikat. Malaikat adalah hamba-hamba yang Allah muliakan (al-Anbiya:26). Mereka dimuliakan karena ketaatan, kebaktian dan kepatuhan mereka. Wajar saja, karena Allah tidak menciptakan nafsu untuk mereka. Melihat iblis mengalami degradasi dari golongan malaikat jatuh pada golongan jin kafir, menimbulkan pertanyaan, jika malaikat tidak memiliki nafsu lalu mengapa Iblis (yang juga malaikat) bisa bersikap angkuh? Dengan mengatakan bahwa dia tercipta dari api dan Adam tercipta dari tanah lalu mengapa dia harus bersujud kepada Adam (al-A’raaf:12)? Lalu jika memang kritikan seperti ini dianggap “sombong” bagi Allah dan hukumannya adalah dikategorikan kafir, lalu mengapa tidak ada hukuman bagi mereka (malaikat) yang mengkritik Allah dengan mengatakan bahwa menciptakan manusia (lagi) itu tidak perlu karena hanya membuat pertumpahan darah dan kekacauan di muka bumi (al-Baqarah:30)? Ini sebenarnya bukan hanya sombong, tetapi juga menganggap Allah SWT kurang teliti dalam menciptakan makhlukNya dan bisa dikategorikan sebagai dosa besar.
    Betapa kasihan iblis, karena dengan demikian dia lalu “dicap” sebagai kafir dan terusir dari surga. Menurut saya, iblis merasakan sakit hati yang amat sangat terhadap Allah SWT dan sakit hati inilah yang menimbulkan dendam kesumat terhadap turunan Adam, hingga kita sekarang ini. Sakit hatinya ini tergambar dalam al-Qur’an (al-A’raaf:16), bahwa “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus.” Ini adalah sumpah serapah iblis karena sakit hatinya, karena ada isu “pilih kasih” di kampung surga. Bukannya tidak beralasan, iblis tentu saja kecewa dengan kebijakan Allah SWT untuk mendegradasi, mengusir, mencap dan menghukum sebagai “yang tersesat” hanya karena “rasa penasaran” mengapa Allah SWT memerintahkan mereka semua (para malaikat) untuk bersujud kepada Adam. Rasa penasaran ini kemudian diterjemahkan sebagai kesombongan dan terlahirlah hukum bahwa kesombongan adalah dosa favorit iblis.
    Apakah iblis memang diciptakan sebagai “penggoda manusia”? dan kasus tidak-maunya iblis menyembah Adam merupakan salah satu “trik” Allah SWT supaya ada alasan untuk mengusir mereka dar surga? Allah selalu punya rahasia. Ada kejadian aneh di surga, jika iblis adalah pembesar-pembesar setan, sudah terusir dari surga firdaus, lalu bagaimana mungkin ada setan yang masih bertengger di surga dan menggoda Adam untuk mengunyah buah khuldi (Thaha:120)? Ini seolah-olah menunjukkan adanya kebocoran sistem sekuriti di surga. Ataukah kehadiran atau kelolosan salah satu anak buah iblis ini adalah atas izin Allah? Jika memang benar, maka peristiwa Adam, hawa dan khuldi juga telah “diset” sedemikian rupa, agar Allah memiliki alasan mengusir Adam dan Hawa dari Surga. Tentu saja, karena Adam diciptakan bukan sebagai khalifah di surga, namun khalifah di muka bumi (al-Baqarah:30).
    Jatuhlah Adam dan Hawa menyusuli jatuhnya iblis di muka bumi, kedua-duanya, Manusia dan Iblis sama-sama korban trik Tuhan, sama-sama terusir dan mengapa harus saling memusuhi satu dan lain (al-Baqarah:36). Dengan demikian, manusia dan iblis sebenarnya senasib, seperjuangan, namun berbeda dalam tujuan. Perang antara manusia dan iblis kemudian dideklarasi oleh Allah SWT (al-Baqarah:168). Drama kehidupan manusia dan iblis seolah-olah sebuah pertarungan dalam arena untuk merebut status beriman.
    Celakanya, sebagai manusia, kita sadar bahwa kita terlempar begitu saja, dan tidak mengetahui siapa yang telah lebih dulu mengalami keterlemparan ini. Sesungguhnya kita, dengan sangat terpaksa harus memusuhi iblis. Dan sebagaimana telah saya jelaskan, bahwa iblis memiliki dua cara untuk memerangi manusia, dan hanya cara kedua yang akan saya paparkan disini.
    Demikianlah sejarah singkat drama keterlemparan iblis dimuka bumi ini, dan kemudian menjadi musuh kita. Tentu saja ini hanyalah perkenalan awal bagi anda, kedepan nanti saya akan menunjukkan kepada anda betapa kokoh pertahanan iblis dan betapa dendamnya dia kepada kita, atas kasus yang tidak kita ketahui. Bisa jadi kita adalah korban yang harus survive menghadapi segala takdir ini, segala yang telah direncanakan oleh Allah SWT, dan terpaksa tanpa belas kasih, kita harus saling bunuh dengan iblis, yang sesungguhnya juga korban dari rencana Allah SWT.
    * Ini adalah penggalan Bagian I dari buku yang sementara ditulis oleh Zainurrahman (buku ke-5) yang insya Allah berjudul Strategi dan Ritual menghadapi teror iblis