Pages

Thursday, March 11, 2010

Perjalanan kereta api London-Beijing 2 hari




2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LONDON: Perjalanan kereta api antara London dan Beijing dalam masa dua hari mungkin menjadi kenyataan 10 tahun lagi menerusi projek yang dilaksanakan China.
Negara itu berhasrat membina landasan kereta api merentasi Eropah, Asia Barat, India dan Asia dengan membiayai keseluruhan perbelanjaan sebagai balasan kepada akses terhadap sumber asli negara yang terbabit.
Laluan utama akan menghubungkan London dengan Beijing menerusi Paris, Berlin, Warsaw, Kiev, St Petersburg, Moscow, Astana di Kazakhstan dan Khabarovsk di timur jauh Russia.

Melengkapkan perkhidmatan itu ialah laluan yang akan membawa penumpang ke Turkmenistan, Iran dan India atau Vietnam, Thailand, Kemboja, Malaysia dan Singapura.

Jururunding China, Wang Mengshu berkata, perjalanan sejauh 13,116 kilometer itu akan mengambil masa dua hari.

Perjalanan dengan pesawat dari Beijing ke London adalah kira-kira 10 jam.

“Ketiga-tiga rangkaian itu boleh disiapkan dalam masa 10 tahun,” kata Wang.

Menurut wang, rancangan itu bukan idea China. “Negara lain yang datang kepada kami kerana mereka tidak boleh melaksanakan pembinaan rangkaian kereta api laju dan berharap mendapatkan pengalaman dan teknologi kami,” katanya.

'China sudah mempunyai kereta api paling laju di dunia, 402 kilometer sejam, perkhidmatan yang menghubungkan Wuhan dan Guangzhou. - Agensi

No comments: