PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) berminat untuk bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas Norway bagi memanfaatkan kepakaran mereka dalam cari gali air dalam, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
“Baru-baru ini, Petronas mengambil alih enam blok cari gali baru di Greenland dari Cairn Energy plc UK dengan hasrat mengukuhkan lagi tapak dalam bidang cari gali.
“Adalah menjadi harapan saya agar kita mampu bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas Norway bagi mengambil peluang atas kepakaran mereka,” katanya dalam ucapan pada Seminar Perniagaan Norway di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, kerjasama dengan syarikat Norway, jika berjaya, boleh mengorak langkah untuk pakatan bersama yang sama dalam bidang lain cari gali.
“Saya yakin yang dengan peluang untuk berdialog dan bertukar pengetahuan, forum ini akan menyediakan forum lain yang sama seumpamanya pada masa akan datang dan kita akan terus menyaksikan pembabitan aktif syarikat Norway terutama dalam bidang cari gali dan pengeluaran,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment