Pages

Monday, May 21, 2012

Haramkah anggur kerana arak diproses daripadanya?


Haramkah anggur kerana arak diproses daripadanya???

Seorang Kafir telah menjemput seorang muslim ke rumahnya.
Kafir itu memberikan muslim tersebut segugus anggur.
tanpa ragu-ragu muslim itu menjamahnya.
Kemudian, Kafir itu pula mempelawa & memberikan segelas arak. Dengan cara baik muslim menolak pelawaan tersebut.
Lalu, orang Kafir itu bertanya,

'' Bagaimana agama kamu melarang kamu minum arak tetapi membolehkan kamu makan anggur walaupon arak itu terhasil daripada anggur??

Orangg muslim menjawab persoalan dengan pertanyaan,

'' Adakah engkau mempunyai seorang anak perempuan?''
Kafir itu menjawab, '' Ya, ada''.
Muslim itu bertanya lagi, "Adakah engkau boleh mengahwini anak perempuan mu itu?."
Dengan tegas dan yakin orangg kafir itu menjawab, '' Tentu tidak boleh''.
Muslim itu berkata, ''Subhanallah..engkau boleh mengahwini ibu namun engkau tidak boleh mengahwini anaknya.Begitulah juga keadaan anggur dan arak.''


Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,
Sharing is Caring
~LB~

FADHILAT BULAN REJAB

::..FADHILAT BULAN REJAB..::

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. 

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: 

::..Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. 

::..Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 

::..Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 

::..Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 

::..Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. 

::..Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 

::..Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 

::..Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 

::..Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 

::..Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 

::..Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. 

::..Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

::..Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 

::..Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 

::..Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 

::..Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 

::..Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 

::..Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 

::..Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 

::..Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

::..Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 

::..Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

Kelebihan lain bulan Rejab: 

::..Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 

::..Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 

::..Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 

::..Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 

::..Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 

::..Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 

::..Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 

::..Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: 

::..Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 


::..Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 

::..Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 

::..Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 

::..Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: 

::..Israk dan Mikraj (27 Rejab) 

::..Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 

::..Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 

::..Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: 

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 

(Surah Al Israa': 1) 

DOA BULAN REJAB: 

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 


::..Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: 

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya." 

::..Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. 

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

‎14 YEAR OLD BOY WAS SHOT 6 TIMES BY HIS STEPFATHER

14 YEAR OLD BOY WAS SHOT 6 TIMES BY
HIS STEPFATHER . THIS BOY WAS
PROTECTING HIS LITTLE 6 YEAR OLD
SISTER WHO WAS ABOUT TO BE RAPED BY
THIS POOR ... EXCUSE OF A MAN . THE
LITTLE GIRL DID NOT GET HURT , THANKS TO HER BRAVE OLDER BROTHER . THEIR
MOM WAS AT WORK WHEN THIS
HAPPENED . NOW THIS BRAVE YOUNG
LITTLE BOY IS FIGHTING FOR HIS LIFE , BUT
DOCTORS SAY HE WILL NOT SURVIVE
UNLESS HE GETS AN OPERATION WHICH IS COSTLY AND HIS MOM CANNOT PAY . ALL
FACE BOOK COMPANIES HAVE AGREED TO
DONATE 45 CENTS FOR EVERY TIME
SOMEONE POSTS THIS TO THEIR WALL .
SO , PLEASE SHARE THIS ON
YOUR WALL . SO , THAT TOGETHER WE CAN HELP SAVE THIS BOYS LIFE . I PASSED
THIS MESSAGE DOWN. & "SHARE" FOR A LITTLE LIFE.
*HUMANITY COSTS NOTHING*

~Shared.

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita. ~(SHARE THIS)

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

) 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Anakku tolong pindahkan kuburku....


Anakku tolong pindahkan kuburku....

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.


Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun... namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.


Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,
Sharing is Caring
|7L|

Sunday, May 20, 2012

Hari ini dalam sejarah


Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012 anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
 

Warga kemboja dapat IC

Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus di Padang Kota Lama

"Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus di Padang Kota Lama,Pulau Pinang.Terbaik dari Pulau Pinang"

'via Blog this'

Batu misteri terbakar

myMetroBatu misteri terbakar:

CALIFORNIA: Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya.
Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.” 
Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.”

Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan.

Lyn, 43, meletakkan batu itu di dalam poket seluarnya apabila mereka meninggalkan pantai.

Sewaktu dia dan suaminya Rob Hiner, bersedia untuk keluar makan malam, tiba-tiba batu itu meletup dalam poket seluarnya.

Rob berkata, “Api terang. Kami tak tahu apa yang berlaku dan reaksi kami adalah memukul untuk mematikan api itu.”

Katanya, mereka tidak berjaya memadamkan api itu lalu terus menarik seluar Lyn.

Bomba tiba kerana penggera asap di rumah mereka berbunyi disebabkan api dari batu itu.

Ketua Bomba Orange County, Kapten Marc Stone berkata, “Suaminya berada di luar sambil memegang paip air cuba untuk menyejukkan kaki isterinya.”

Ahli Sains yang menyiasat letupan misteri berkata, ada tujuh ketul batu yang dikutip anak Lyn dari pantai itu dan ujian mendapatai ia mengandungi fosforus, bahan kimia berwarna jingga mudah terbakar yang digunakan untuk mancis, pada batu itu.- Agensi

'via Blog this'

Bapa 30 anak tak mampu bayar nafkah

myMetroBapa 30 anak tak mampu bayar nafkah:

TENNESSEE: Desmond Hatchett, 33, dari Knoxville, seorang bapa kepada 30 anak, meminta mahkamah mengecualikan dia daripada membayar nafkah anak.
Hatchett mendapat anak daripada perhubungannya dengan 11 wanita berbeza. 
Separuh daripada gajinya telah diambil oleh kerajaan untuk membayar nafkah anak tetapi jumlahnya terlalu sedikit kerana Hatchett menerima gaji minimum.

Sesetengah daripada ibu kepada anaknya hanya menerima AS$1.49 (RM 4.70) sebulan. Anaknya yang paling tua berusia 14 tahun.

Hatchett menerangkan bagaimana dia berada di dalam keadaan kritikal itu: Dia mempunyai empat anak pada masa tahun yang sama, dan ini berlaku dua kali.

Pada 2009, Hatchett diseret ke mahkamah atas pertuduhan tidak memberi nafkah kepada 21 anaknya waktu itu, dan ketika itu dia berkata dia tidak akan menjadi bapa lagi tetapi akhirnya sejak tiga tahun lepas, dia menjadi bapa kepada sembilan orang anak lagi.

Kerajaan tidak boleh memerintahkan Hatchett untuk berhenti menjadi bapa lagi kerana tidak melanggar undang-undang.

Pembantu Penyelia Mahkamah Daerah Knox, Melissa Gibson, berkata Hatchett mungkin pemegang rekod bapa kepada anak teramai di daerah itu.

Ketika ditemubual dalam satu ramcangan televisyen, sama ada dia mengenali setiap anaknya, Hatchett berkata, dia ingat semua nama, umur dan tarikh lahir anaknya. - Agensi. 

'via Blog this'

Harta karun Pulau Bidong

SEBAHAGIAN artifak yang ditemui kira-kira 11 kilometer dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong.
SEBAHAGIAN artifak yang ditemui kira-kira 11 kilometer
dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong.
Berita Harian Online | Harta karun Pulau Bidong:
Penyelam tempatan temui artifak berusia lebih 100 tahun di perairan Terengganu 

KUALA LUMPUR: Sepasukan penyelam tempatan menemui ‘harta karun’ - artifak dipercayai berusia lebih 100 tahun termasuk bahan tembikar seperti tempayan, takar dan pasu, di perairan Pulau Bidong, Terengganu.
Artifak itu dikesan sejak pertengahan Mac lalu dan sudah dimaklumkan kepada Muzium Negeri Terengganu yang kini sedang mengumpul maklumat mengenainya.
'via Blog this'

Aishwarya Rai dikritik kerana gemuk

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR menunjukkan aktres Bollywood, Aishwarya Rai pada Mac lalu.


MUMBAI, India - Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.
Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.
Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.
"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.
Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.
Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.
Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.
- Agensi

'via Blog this'

Wanita Jepun 73 tahun takluk puncak Everest


GAMBAR fail 9 Mei 2002 menunjukkan Tamae Watanabe (kanan) bersama jurugambar Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest di Nepal.


KATHMANDU, Nepal - Seorang pendaki berusia 73 tahun dari Jepun yang merupakan wanita tertua menakluki Gunung Everest sedekad lalu, memecahkan rekodnya sendiri semalam, kata pihak penganjur.
Tamae Watanabe bertolak dari ibu kota Nepal, di sini pada awal April lalu dan memulakan pendakian dari kawasan pergunungan di sebelah Tibet.
Dia diiringi empat ahli pasukan termasuk pendaki gunung dan jurugambar, Noriyuki Muraguchi.
"Pada pukul 7 pagi ini (waktu Nepal) dia sampai ke puncak Everest," kata pemandu arah tempatan, Ang Tshering Sherpa daripada agensi Asian Trekking yang beribu pejabat di sini.
"Dia kini memulakan perjalanan turun," tambahnya.
Watanabe melakar sejarah pada 16 Mei 2002 apabila dia menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada usia 65 tahun sekali gus memecahkan rekod yang dipegang pendaki Poland, Anna Czerwinska.
Sementara itu, lelaki tertua yang berjaya menawan puncak Everest ialah warga Nepal, Min Bahadur Sherchan.
Dia tiba di puncak gunung berkenaan pada 2008 ketika berusia 76 tahun dan 340 hari.
Sekitar 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest yang merintangi negara China dan Nepal sejak puncak tertinggi itu pertama kali ditawan oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 1953. - AFP

SALAT FAJR AT GUANTANAMO SUBHAN'ALLAHi WA BiHAMDiHi

Ucaplah tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah..

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA...


KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA...


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )
 

SYURGA DAN NERAKA BAGI WANITA

   
SYURGA DAN NERAKA BAGI WANITA

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah SWT dan suaminya.

2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).



Kemudian Rasulullah SAW bersabda bahawa empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya).

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa-apa yang di luar kemampuannya.

3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah.
.
KIRIMAN TIGOSOTIGO'

Fadhilat Membaca surah Al-Baqarah


Fadhilat Membaca surah Al-Baqarah

1) Syaitan, Jin tidak boleh masuk dalam rumah yang penghuninya menghidupkan surah ini.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;


2) Ular tidak akan masuk ke dalam rumah.

3) Rumah akan dilindungi dari pencuri masuk, kalau pencuri berjaya masuk rumah untuk mencuri, dia tidak akan jumpa pintu untuk keluar.

"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

4) Rumah akan menjadi sejuk dan nyaman.

Kalau sapa-sapa yang baru masuk rumah baru, boleh amalkan surah baqarah ini ^_^

Jom, sama-sama kita amalkan.

Saturday, May 19, 2012

Facebook: Harga pasaran cecah RM126 sesaham

Facebook: Harga pasaran cecah RM126 sesaham - Global - Sinar Harian:

facebook
Saham Facebook diperdagangan di bursa Madsaq.
NEW YORK - Harga saham laman sosial Facebook, yang diapungkan semalam, melonjat lebih 10 peratus nilainya dalam tempoh beberapa minit selepas diperdagangkan di bursa saham Nasdaq.
Nilai pasaran meningkat sehingga AS$42 (RM126) sesaham selepas diapungkan pada paras AS$38 (RM114) sebelum ia mengalami sedikit penurunan.
Laporan media menyebut, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas, Mark Zuckerberg, 28, yang memulakan Facebook ketika mengikuti pengajian universiti lapan tahun lalu, merasmikan perdagangan di bursa Nasdaq, secara 'remote'. Zuckerberg muncul menerusi rangkaian video dari ibu pejabat syarikat itu di California.
Harga awal saham Facebook ditetapkan AS$38 kelmarin.

'via Blog this'

Lelaki kudung rentasi lautan

Lelaki kudung rentasi lautan - Global - Sinar Harian:

Lelaki kudung rentasi lautan
Croizon tetap bersemangat untuk melaksanakan misinya dengan menggunakan anggota tangan dan kaki palsu serta sirip getah.
PASAR SKOW - Kecacatan anggota badan yang dialaminya tidak menghalang lelaki warga Perancis ini untuk menunjukkan kemampuannya untuk menamatkan misi pertama berenang merentasi lima benua.

Philippe Croizon, 43, yang kudung kedua-dua tangan dan kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan elektrik pada 1994 berjaya menyahut cabaran untuk berenang merentasi lautan dari kampung Wutung, Papua New Guinea menuju ke Pasar Skow, Indonesia, kelmarin.

Walaupun angin kencang dan arus deras seakan menyukarkan lelaki cekal ini untuk menamatkan cabaran Oceania-Asia itu, dia tetap gigih berenang sejauh 20 kilometer selama kira-kira lapan jam.

“Ia adalah cabaran paling sukar kerana saya terpaksa berenang melawan arus,” menurutnya yang turut diiringi perenang tempatan.

Jurucakapnya yang turut merakam ekspedisi tersebut untuk dokumentari, Robert Iseni berkata, masih ada tiga lagi cabaran perlu Croizon tempuh untuk menamatkan misinya.

Pada bulan hadapan, Croizon merancang untuk berenang dari Teluk Aqaba di Jordan menuju ke pantai Mesir pada jarak 25 kilometer.

'via Blog this'