Pages

Wednesday, September 28, 2016

Jambatan kaca terpanjang di China dibuka semula


28 SEPTEMBER 2016
Jambatan kaca terpanjang di China dibuka semula

Jambatan kaca terpanjang di China dibuka semula Jumlah kehadiran pengunjung yang menggalakkan menyebabkan jambatan berkenaan terpaksa ditutup buat sementara waktu.
HUNAN – CHINA . Jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia yang terletak di Zhangjiajie kini dibuka semula buat orang ramai selepas ditutup buat sementara sebelum ini.

Difahamkan, selepas jambatan berkenaan dibuka semula, sambutan yang diterima daripada orang ramai adalah sangat menggalakkan.

Selain daripada itu, tiket bagi mengunjungi jambatan terbabit juga sudah mula terjual pada Selasa lalu bermula jam 10 pagi.

Sebelum ini, pihak pengurusan memaklumkan bahawa jambatan terbabit terpaksa ditutup selepas dibuka selama 13 hari dan ia adalah merupakan sesuatu yang normal.

Penutupan sementara jambatan  itu adalah berikutan daripada sambutan menggalakkan daripada para pengunjung serta kekurangan pengalaman pengurusan di kalangan kakitangan.

Jambatan kaca sepanjang 430 meter itu mula di buka kepada orang ramai pada 20 Ogos lalu.

Selain itu, ia turut diturap dengan tiga lapisan 99 panel kaca telus yang tergantung antara dua tebing curam setinggi 300 meter dari permukaan tanah.

Malah, jambatan kaca ini turut memecahkan 10 rekod dunia sebelum ini.- travel.asiaone.com

No comments: