Pages

Monday, October 31, 2016

Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia


31 OKTOBER 2016
Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia

Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia Foto yang viral sebelum ini.
SICHUAN - CHINA. Kecut perut apabila melihat gambar kanak-kanak berpaut pada tangga yang diperbuat dari akar pokok di tebing sebuah gunung semata-mata untuk ke sekolah.

Gambar berkenaan viral selepas media kerajaan, Beijing News mendedahkan perkara tersebut.

Menurut laporan CNN, tangga yang digunakan berukuran 800 meter panjang dan penduduk dan murid dari kampung atas gunung terpencil, Atule terpaksa melaluinya setiap hari.

Pada masa lampau, terdapat kes penduduk dan murid maut akibat terlepas pautan dari tangga berkenaan.

Walau bagaimanapun, penduduk kampung Atule sudah memulakan pembinaan tangga baru yang menggunakan 1,500 batang paip Ogos lepas.

Tangga baru dijangka siap awal November tahun ini.

Rai 14 pasangan poligami



MOHD Reza bersama Siti Zinnirah (kanan) dan Nurul Hana.



Rawang: Seramai 14 pasang pengantin poligami yang diraikan dalam satu majlis anjuran Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad (GISB) di sini, semalam mencuri perhatian tetamu.

Lebih menarik, isteri pertama turut diraikan dengan memakai busana pengantin sedondon dengan madunya dalam majlis berkenaan sempena sambutan ulang tahun ke-16 Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, di sini.

Kebanyakan pengantin lelaki berpoligami dirai itu berusia antara 20-an hingga 30-an, begitu juga dengan isteri mereka dan kakitangan GISB Holdings Sendirian Berhad.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan Mohd Reza Mahar, 31, berkata, beliau menikahi isteri keduanya Nurul Hana Burhanudin, 23, pada 21 Jun lalu dengan restu isteri pertamanya Siti Zinniriah Omar, 27, yang dinikahinya 10 tahun lalu.

“Isteri pertama (Siti Zinniriah) yang meminangkan Nurul Hana menjadi madunya dan beliau sendiri menyarungkan cincin pertunangan kami iaitu sebulan sebelum bernikah.

“Isteri pertama dan kedua saling mengenali sebagai rakan biasa dan mereka menjadi akrab ketika dalam tempoh kami (saya dan Nurul Hana) bertunang,” katanya kepada Metro Ahad.

Katanya, dia bersama kedua-dua isterinya tinggal di bawah satu bumbung termasuk empat anak berusia antara tiga bulan hingga tujuh tahun, hasil perkahwinan pertamanya.

“Kami tidak mempunyai sebarang masalah tinggal sebumbung dan sebaliknya dapat menikmati lebih banyak kemanisan berpoligami.

“Bercintalah kerana Allah, insya-Allah rumah tangga yang dibina aman dan bahagia,” katanya.

Sementara itu, Siti Zinniriah berkata, dibesarkan dalam persekitaran keluarga berpoligami iaitu bapanya yang berkahwin dua menjadikan dirinya sentiasa bersedia berkongsi suami.

“Hubungan saya dengan madu sangat akrab. Dia (madu) panggil saya kakak dan saya memanggil madu, adik.

“Anak saya rapat dengan madu dan mereka memanggil Nurul Hana, bonda,” katanya.

Sementara itu, penyelaras program Mohd Kamil Abdullah berkata, program berkenaan paling unik kerana meraikan 14 pasangan pengantin poligami berbanding 50 pasangan pengantin dirai pada Mei lalu.

“Kami mengetengahkan perkara ini (pengantin poligami) kerana menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan dengan lebih berkasih sayang melalui perkongsian suami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:27 AM

Saturday, October 29, 2016

Wanita tertua di dunia gemar makan telur

EMMA MORANO
EMMA MORANO

29 Oktober 2016 11:15 PM

VERBANIA, Itali 29 Okt. - Wanita tertua di dunia yang dijangka menyambut hari lahir ke-117 bulan depan dikenali sebagai seorang yang gemar memakan telur.


“Saya makan dua biji telur sehari, itu sahaja. Saya juga menjamah biskut tapi tidak banyak kerana saya tidak mempunyai gigi,” kata Emma Morano yang lahir pada tahun 1899 itu.

Morano dikatakan telah mengamalkan pemakanan itu sejak 90 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, wanita itu dipercayai telah memakan lebih daripada 100,000 telur. - AFP

Friday, October 28, 2016

Dulu dibuli kerana berkulit gelap kini jadi model


27 OKTOBER 2016
Dulu dibuli kerana berkulit gelap kini jadi model

Dulu dibuli kerana berkulit gelap kini jadi model Khoudia Diop.
PARIS - PERANCIS. Ketika kecil, model yang berasal dari Senegal, Khoudia Diop sering dibuli dek kerana kulitnya yang sangat gelap.

Namun kini, remaja dengan tona kulit yang unik ini menjadi model yang berjaya dan menggunakan popularitinya di media sosial untuk memberi inspirasi kepada wanita lain.

"Saya sering diejek ketika kanak-kanak kerana warna kulit saya," kata Khoudia yang kini berusia 19 tahun.

"Namun saya belajar untuk menyayangi diri sendiri setiap hari dan tidak memberi perhatian kepada orang yang mempunyai pemikiran negatif dan ia sangat membantu," katanya.

Menurut Khoudia, pada usia 15 tahun, dia berpindah dari Senegal ke Perancis dan mula menjadi model dua tahun kemudian iaitu pada usia 17 tahun.

Minggu lalu, beberapa foto remaja ini mula viral dikongsi di Twitter, Instagram dan Facebook.

Sejak gambarnya mula viral, jumlah pengikutnya mencecah 280,000 dan kini mengunakan kemasyurannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyukai wana kulit sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian dalam industri kecantikan.

"Kita perlukan kepelbagaian warna kulit dalam industri kecantikan dan saya mahu memberi inspirasi kepada wanita muda.

"Saya mahu mereka tahu bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka impikan dan tidak menjadikan warna kulit sebagai penghalang," ujarnya.

Khoudia kini bekerja sebagai model di New York dan Paris.

Tuesday, October 25, 2016

Pandai cakap Sepanyol lepas sedar dari koma


25 OKTOBER 2016

Rueben Nsemoh


Rueben Nsemoh Rueben Nsemoh
ATLANTA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja boleh bercakap bahasa Sepanyol dengan fasih dan lupa bahasa ibundanya iaitu bahasa Inggeris selepas sedar dari koma.

Menurut laporan CNN, Reuben Nsemoh, 16, sebelum ini koma akibat ditendang di kepala secara tidak sengaja ketika menjaga gol dalam sebuah perlawanan bola sepak bulan lepas.

Ibu bapa Reuben memberitahu, anak mereka 'tahu beberapa perkataan dalam bahasa Sepanyol, tetapi tidak fasih'.

Dari segi perubatan, gejala yang dialami oleh Reuben dikenali sebagai 'Foreign Accent Syndrome' di mana kecederaan otak telah mengubah corak percakapan pesakit.

"Ia adalah kegagalan kawalan otak," kata Dr. Karen Croot, salah seorang pakar dalam Foreign Accent Sydrome.

"Percakapan adalah perkara rumit yang kita buat, dan banyak bahagian otak terlibat dalam aktiviti tersebut.

"Jika salah sebuah bahagian tersebut rosak, ia akan memberi kesan kepada percakapan pesakit," jelas Dr Karen.

Monday, October 24, 2016

Wanita paling gemuk



IMAN hanya terlantar di atas katil sejak 25 tahun lalu. Gambar kiri, Iman ketika kanak-kanak.



Agensi
Kaherah: Seorang wanita Mesir yang seberat kira-kira 500 kilogram dipercayai perempuan paling gemuk di dunia ketika ini.

Iman Ahmad Abdulati, 36, tidak pernah keluar dari rumah keluarganya di Iskandariah sejak 25 tahun lalu kerana kegemukan melampaunya.

Lebih buruk lagi, dia tidak pernah turun dari katil atau berguling di atasnya sepanjang tempoh itu.

Dia bergantung kepada ibu dan adiknya, Chaymaa Abdulati untuk membantunya melakukan kehidupan seharian, termasuk makan, menukar pakaian dan mandi.

Menurut akhbar El Arabiya, Iman memang gemuk sejak kecil. Berat badannya mencecah lima kilogram apabila dia dilahirkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:35 AM

Wanita paling gemuk

Wanita paling gemuk | Harian Metro:



 

IMAN hanya terlantar di atas katil sejak 25 tahun lalu. Gambar kiri, Iman ketika kanak-kanak.





Agensi

Kaherah: Seorang wanita Mesir yang seberat kira-kira 500 kilogram dipercayai perempuan paling gemuk di dunia ketika ini.



Iman Ahmad Abdulati, 36, tidak pernah keluar dari rumah keluarganya di Iskandariah sejak 25 tahun lalu kerana kegemukan melampaunya.



Lebih buruk lagi, dia tidak pernah turun dari katil atau berguling di atasnya sepanjang tempoh itu.



Dia bergantung kepada ibu dan adiknya, Chaymaa Abdulati untuk membantunya melakukan kehidupan seharian, termasuk makan, menukar pakaian dan mandi.



Menurut akhbar El Arabiya, Iman memang gemuk sejak kecil. Berat badannya mencecah lima kilogram apabila dia dilahirkan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:35 AM

'via Blog this'

Monday, October 17, 2016

Batu jed gergasi bernilai RM715j ditemui di Myanmar


AHAD, 16 OKTOBER 2016 @ 7:01 PM  YANGON: Sebuah batu jed gergasi seberat 175 tan ditemui oleh pelombong di Myanmar. Objek sepanjang 5.8 meter dan setinggi 4.3 meter itu serta dianggarkan bernilai AS$170 juta (RM715.02 juta) ditemui di bahagian utara negara berkenaan. Myanmar menjadi sumber batu jed utama dunia dengan kualiti terbaik, iaitu batu hijau yang hampir ditembusi cahaya. Industri perlombongan batu ini menyumbang hampir separuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu. Salah sebuah pasaran terbesarnya adalah negara jiran China yang menganggap batu itu sebagai batu syurga. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202796

Tuesday, October 11, 2016

Rotan tak solat Jumaat




SITI Hindun sedang meronda di kawasan kampungnya bagi mencari lelaki yang tidak solat Jumaat. - Jawa Pos


Agensi
Puwakarta (Jawa Barat): Pada setiap Jumaat, kelibat seorang wanita berjubah hitam dan memegang rotan sambil berjalan dengan wajah garang sangat digeruni kaum lelaki di kampung Empangsari di Desa Plered di sini.

Apabila wanita itu muncul, kaum lelaki yang leka melepak di warung atau di tepi jalan raya segera bergegas ke masjid untuk solat Jumaat.

Sejak hampir 10 tahun lalu, itulah aktiviti Siti Hindun, 64, yang meronda di setiap ceruk kampungnya bagi memastikan tiada lelaki dewasa ponteng solat Jumaat.

Siti Hindun atau lebih dikenali sebagai Mak Gober oleh penduduk kampung berkata, dia membuat rondaan itu semata-mata kerana ibadah.

“Apa yang penting kaum lelaki wajib solat Jumaat dan tiada yang berkeliaran di jalan raya,” katanya ketika dipetik akhbar Radar Karawang.

Menurutnya, sejak 2007, dia dan beberapa rakannya meronda setiap ceruk kampung termasuk kedai, restoran dan lorong kecil bagi mencari lelaki yang ponteng solat Jumaat.

“Kalau ada yang saya jumpa berkeliaran ketika waktu solat Jumaat saya akan pukul mereka.

“Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam,” jelasnya.

Siti Hindun memberitahu, dia mengambil tindakan itu selepas ramai orang kampung mengadu sikap sebilangan lelaki yang tidak pergi ke masjid untuk solat Jumaat.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 7:30 AM

Monday, October 10, 2016

Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta


9 OKTOBER 2016
Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta


Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta Balwinder Sahani
DUBAI - UAE. Ahli perniagaan India di Dubai, Balwinder Sahani membeli nombor plat D5 yang menjadi rebutan dengan harga Dh33juta (RM37.2j) pada sesi bidaan oleh Lembaga Pengangkutan Jalan.

Sahani atau juga dikenali sebagai Abu Sabah adalah pemilik RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah dengan kepentingan di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat.

"Saya suka mengumpul nombor plat unik dan saya berbangga kerana telah mendapat nombor ini," katanya dipetik Gulfnews.com

Sahani berkata, pada tahun lepas dia membeli nombor plat O9 dengan harga Dh25juta (RM 28.2j)

"Saya telah mengumpul 10 nombor plat setakat ini dan saya tidak sabar untuk menambahkannya lagi.

"Ia adalah satu keinginan. Nombor plat ini adalah untuk salah sebuah kereta Rolly Royces," ujarnya.

Nombor ini menarik minat ramai orang dengan bidaan bermula Dh20juta (RM22.6j)

Lebih daripada 300 pembida mengambil bahagian dalam bidaan yang berlaku setiap dua bulan menyaksikan saingan sengit untuk beberapa nombor.

Sebanyak 80 nombor unik itu ditawarkan dalam sesi bidaan semalam di antara satu hingga lima digit.

"Ini adalah bidaan terbesar yang kita dapat lihat setakat ini," kata  Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pelesenan RTA, Ahmad Hashim Behroozian.

Saturday, October 8, 2016

Bola rambut dalam perut




BEBOLA rambut yang ditemui di dalam perut wanita berkenaan.



Agensi
London: Selepas pemeriksaan gagal untuk memastikan punca perut seorang wanita membesar, hilang selera makan dan sering muntah, doktor mengambil keputusan menjalankan pembedahan.

Dan mereka terkejut apabila menemui puncanya - segumpal bebola rambut sebesar buah tembikai di dalam perutnya.

Wanita berusia 38 tahun itu disahkan menghidap sindrom Rapunzel - keadaan yang amat jarang berlaku.

Ia dikaitkan dengan trichotillomania - membabitkan pesakit yang tidak dapat mengawal tabiat mencabut rambut, dan trichophagia, nafsu untuk memakannya.

Tabiatnya itu menyebabkan rambut itu terkumpul di dalam perutnya dan sebahagian lagi di dalam usus.

Kes itu didedahkan di dalam edisi terbaru Jurnal Perubatan Britain (BMJ).

Ia bagaimanapun tidak menyebut identiti pesakit atau tempat kejadian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:09 AM

Friday, October 7, 2016

Guna jengkaut angkut sawa


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 OKTOBER 2016
Ular Sawa

Ular Sawa Ular sawa sepanjang kira-kira enam meter dan berat lebih 100 kilogram yang ditemui di kebun Kampung Solok Itik, Legong Ulu, petang kelmarin.
KOTA - Seorang lelaki terpaksa menggunakan khidmat jentera berat (JCB) bagi mengangkat ular sawa seberat lebih 100 kilogram yang ditangkap di kawasan kebun Solok Itik, Legong Ulu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Amri Deraman, 51, atau lebih dikenali sebagai Awe sedang membersihkan kawasan kebun milik penduduk kampung.

Dia kemudiannya terkejut apabila pemandu JCB yang turut membersihkan kebun melaungkan “Allahuakbar” dan bertindak melarikan diri dari kawasan itu.

“Saya pun ingat nak larikan diri kerana sangka ada penyengat tapi pemandu JCB beritahu ada ular sawa yang terlalu besar dan panjang keluar dari semak. Saya sempat tengok ekornya sahaja.

“Saya terus hubungi rakan untuk minta bantuan dan cuba mencari ular sawa berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, di sini, semalam.

Amri berkata, dengan berbekalkan pengalaman lebih tujuh tahun menangkap ular, dia sudah bersedia dengan tali untuk menjerut kepala ular sawa berkenaan.

Menurutnya, ular sawa yang kelaparan lebih agresif berbanding ular sawa yang baru menelan makanan kerana tenaganya banyak digunakan untuk melemahkan lawannya sebelum ditelan.

“Namun, ular sawa yang ditemui ini tidak agresif kerana saiznya agak besar, jadi susah hendak bergerak.

“Kami berjaya menangkap ular ini selepas hampir setengah jam mencarinya,” katanya.

Kata Amri, dia cuba memasukkan ular berkenaan ke dalam guni tetapi tidak berjaya.

“Jadi terpaksalah saya guna khidmat JCB untuk bawanya ke rumah saya di sini (PPRT Legong Ulu) sejauh hampir dua kilometer.

“Bagaimanapun, ular sawa ini mati kerana cedera setelah bergelut untuk diletakkan di dalam jengkaut JCB," katanya.

Menurutnya, ini pengalaman pertamanya menangkap ular sawa paling besar iaitu kira-kira enam meter panjang dan berat lebih 100 kilogram.

“Kepala ular sawa ini sahaja sudah sebesar kepala lutut saya dan badannya juga sebesar dahan pokok,” katanya.

Thursday, October 6, 2016

Besarnya kucing




Jonathan Zurbel bersama Samson yang kini terkenal di Instagram dengan lebih 104,000 pengikut.

Daily Mail
New York: Seekor kucing bernama Samson kini menjadi selebriti kerana saiznya yang luar biasa, seberat 12.7 kilogram dengan sepanjang 1.2 meter menyebabkan ia kelihatan sebesar anjing.

Kucing baka Maine Coon berumur empat tahun itu kini mempunyai lebih 104,000 pengikut di Instagram.

Pemiliknya, Jonathan Zurbel, 42, berkata dia mendapat kucing itu daripada abangnya sebelum menjadikan haiwan itu selebriti di Instagram selepas menyedari pembesarannya yang luar biasa.

“Doktor haiwan menyatakan ia adalah kucing terbesar pernah ditemuinya,” katanya.

Samson ternyata berselera besar kerana makan enam tin makanan setiap hari menyebabkan Zurbel perlu membelanjakan sekitar RM500 setiap bulan untuk keperluan kucing itu.

“Walaupun besar Samson kucing yang lembut, tidak marah dan boleh berkawan dengan anjing.

“Samson juga mempengaruhi kehidupan cinta saya kerana menarik ramai wanita datang untuk bertemunya dan mereka kemudian menjadi teman wanita saya,” kata Zurbel yang bekerja sebagai deejay.

Menurutnya, ketika di jalanan ramai yang terkejut melihat Samson dan mereka biasanya mengeluarkan kata-kata “Ini kucing?”.

“Jika saya membawanya dalam kereta sorong mereka menyangka saya membawa bayi,” katanya sambil ketawa.

Bagi Zurbel, kucing itu tiada nilainya dan dia menganggap Samson seperti anak.

“Saya tiada anak dan kucing ini adalah ahli keluarga. Saya tidak akan melepaskannya,” katanya yang menunggu cabaran jika ada kucing yang lebih besar berbanding Samson.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 4:53 PM

Gates masih paling kaya



GATES



Agensi
New York: Bill Gates mengekalkan statusnya sebagai lelaki terkaya di Amerika Syarikat tahun ini dengan nilai bersih hartanya berjumlah AS$81 bilion (RM336 bilion), lapor majalah Forbes.

Majalah itu mengumumkan senarai tahunannya mengenai orang paling kaya di Amerika Syarikat, semalam, dengan ramai nama terkenal di tempat teratas.

Pengasas Microsoft itu sekali lagi menduduki tempat teratas pada 2016, mengekalkan kedudukan itu selama 23 tahun berturut-turut.

Tempat kedua melihat perubahan apabila pengasas Amazon, Jeff Bezos mengalahkan Ketua Pengarah Eksekutif Berkshire Hathaway, Warren Buffett dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$67 bilion (RM278 bilion).

Buffett menduduki tempat kedua selama 15 tahun berturut-turut tetapi senarai semalam meletakkannya di tempat ketiga dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$65 bilion (RM269 bilion).

Dua lagi tersenarai dalam lima tempat teratas ialah pengasas Facebook Mark Zuckerberg - AS$55.5 bilion (RM230 bilion) serta pengasas Oracle, Larry Ellison - AS$49.3 bilion (RM204 bilion).

Donald Trump jatuh ke tempat 156 dengan hartanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM15.3 bilion) - kurang AS$800 juta (RM3.3 bilion) berbanding tahun lalu disebabkan kelembapan dalam pasaran hartanah New York. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 8:00 AM

Wednesday, October 5, 2016

Jalan kaki dari Paris ke Makkah untuk tunai umrah




Ishaq


Agensi
Kuwait: Seorang warga Sepanyol yang berjalan kaki dari Paris ke Makkah untuk menunaikan umrah berlepas dari Kuwait dan memasuki sempadan Arab Saudi kelmarin.

Ishaq dilapor sudah berjalan sejauh 9,000 kilometer sejak meninggalkan Paris kira-kira lima bulan setengah lalu dan dipercayai mengambil masa kira-kitra 50 hari lagi, berdasarkan pengiraan saintifik sebelum untuk tiba di bandar suci itu, lapor akhbar Kuwait, Al Rai.

Ketika diwawancara akhbar berkenaan, Ishaq berkata, cabaran utama yang dihadapinya ialah menyeberang kawasan pergunungan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut negara yang dilaluinya.

Untuk pengembaraannya itu, Ishaq memperuntukkan perbelanjaan sebanyak 5,000 euro (RM24,000) dan dia dilapor enggan menerima sumbangan daripada orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanannya.

Ogos lalu, seorang warga China tiba di Makkah selepas mengayuh sejauh 8,500 kilometer dari kediamannya di Xinjiang, barat laut China, untuk menunaikan haji.

Pada 2014, sekumpulan rakyat Malaysia yang menunggang motosikal dari Kuala Lumpur tiba di Madinah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 7:51 AM

Bayi comel berambut kembang jadi perhatian


05 Oktober 2016 12:16 AM
Rambut lebat Junior sentiasa menjadi perhatian. AGENSI Rambut

Rambut lebat Junior sentiasa menjadi perhatian. AGENSI Rambut lebat Junior sentiasa menjadi perhatian.-AGENSI
LONDON 4 Okt. – Seorang bayi lelaki comel berusia dua bulan mendapat perhatian ramai sehingga digelar anak beruang kerana memiliki rambut yang luar biasa lebat, tegak dan lurus.
Menurut portal mirror.co.uk, Junior mudah membuat sesiapa sahaja terpegun dan ibunya, Chelsea Noon, 32, turut me­ngakui kerap dihujani pelbagai pertanyaan daripada orang ramai yang kagum dengan rambut anak bongsunya itu.
Noon berkata, rambut Junior sememangnya lebat dan tebal ketika dilahirkan, namun dia sendiri tidak menyangka ia te­rus tumbuh sebegitu.
Menurut ibu itu, dua lagi anak lelakinya, Preston, 6 dan Mit­chell, 4, juga amat suka bermain dengan rambut adik mereka.
“Kebiasannya saya menghabiskan masa selama 40 minit untuk membeli barang dapur tetapi jika membawa Junior bersama, saya terpaksa berada di kedai hampir dua jam memandangkan ramai yang akan mendekati dan menegur kami kerana terkejut melihat rambutnya,” jelas Noon.
Noon yang pernah bekerja sebagai pendandan rambut juga amat suka mendandan rambut anaknya itu dan tidak bercadang untuk memotongnya.
“Kadang kala saya sendiri terfikir dari mana datangnya genetik rambut yang tebal dan kembang seperti gula-gula kapas ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-comel-berambut-kembang-jadi-perhatian-1.390749#sthash.PuV7VbSX.dpuf

Tuesday, October 4, 2016

Wanita AS kecewa dapat tahu suami adalah datuknya

SELASA, 4 OKTOBER 2016 @ 1:20 PM



WASHINGTON: Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 24 tahun menerima 'kejutan dahsyat' apabila menyedari lelaki berusia 68 tahun yang baru dikahwininya ialah datuknya sendiri.

Pasangan itu, yang baru berkahwin tiga bulan lalu, menyedari hubungan itu ketika meneliti album lama milik lelaki berkenaan di rumah mereka di Golden Beach di Florida.

Dalam album berkenaan, ada gambar anak lelaki berkenaan hasil perkahwinan pertamanya, dan salah seorang daripada mereka ialah bapa kandung wanita terbabit, lapor Florida Sun Post.

Menurut lelaki itu, beliau berpisah dengan anaknya selepas ditinggalkan isteri pertamanya, yang membawa bersama anak mereka dan berpindah ke lokasi tidak diketahui.

"Selama bertahun-tahun saya gagal menemuinya," kata lelaki itu, mendakwa beliau mengupah penyiasat persendirian yang juga gagal mengesan bekas isteri dan anak-anaknya.

Beliau berkahwin semula dan memiliki beberapa anak dengan isteri kedua yang berakhir dengan perceraian dan memberikan kesan teruk kepada kewangannya. Lelaki itu menang hadiah loteri jutaan dolar dua tahun kemudian. Pada 2015, beliau memutuskan untuk beristeri lagi dan menyertai satu agensi temujanji bagi tujuan itu.

 "Mereka ada laman web dengan profil ramai wanita muda yang menarik. Saya rasa sesuatu yang pelik apabila melihat gambar isteri saya.

"Ia seolah-olah deja vu tetapi tidak tahu apa yang membuatkan saya rasa dia seperti pernah dilihat. Kami tertarik antara satu sama lain sebaik dia berjalan memasuki restoran," katanya. Pasangan itu membincangkan hal keluarga, dengan wanita terbabit dihalau oleh bapanya kerana hamil dan bersetuju berpindah ke rumah jutawan berkenaan.

 "Saya sudah mengalami dua kegagalan perkahwinan dan berazam tidak mahu bercerai kali ketiga," katanya. Sementara itu, isterinya berkata: "Apabila melihat bapa saya dalam album, saya amat kecewa.

 "Saya rasa hubungan antara kami amat kuat dan sesuatu seperti ini tidak cukup membuatkan kami berputus asa." Pasangan itu juga berikrar untuk terus bersama walaupun selepas menyedari hubungan darah antara mereka. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198764

Sunday, October 2, 2016

Nenek mengecut




SHANTI hanya mampu baring. - mirror.co.uk



Agensi
New Delhi: Seorang wanita berusia 60 tahun kini cuma setinggi 0.6 meter atau bersamaan kanak-kanak berusia dua tahun selepas mengalami penyakit pelik yang menyebabkannya mengecut dan mengecil sejak 25 tahun lalu.

Shanti Devi, 60, kini hanya mampu terbaring di atas katil kecilnya sambil mengomel atau menyanyi sendirian, tetapi keadaannya yang aneh itu menjadikannya tarikan pelancong di kampungnya di Kanpur, Uttar Pradesh.

Anggota badannya juga mengecil dan mengerekot serta mengeras menyebabkan Shanti langsung tidak dapat bergerak termasuk membuka tangan, mengalihkan kaki atau kepalanya bererti dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada keluarga.

Shanti yang sebelum ini mempunyai ketinggian 1.52 meter mula mengecil selepas kelahiran anaknya yang ketiga.

“Keadaan saya ini sangat menyakitkan dan membosankan, tetapi saya memang tidak boleh bergerak langsung tanpa bantuan keluarga.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 5:21 AM

Saturday, October 1, 2016

Tak tahu bayi dilahir tanpa mata


1 OKTOBER 2016

Tak tahu bayi dilahir tanpa mata


Tak tahu bayi dilahir tanpa mata Xiao Ming dilahirkan tanpa mata
GUANGDONG - CHINA. Pasangan suami isteri pada mulanya tidak menyangka bayi lelaki mereka yang tidak membuka mata walaupun selepas seminggu dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai mata.

Ibu muda, Liu Peihua dari Guangzhou City, wilayah Zengcheng, Selatan Guangdong berkata, dia terkejut kerana tidak mengalami sebarang isu kesihatan semasa proses kehamilan.

Kecacatan yang dialami bayi yang dinamakan sebagai Xiao Ming tidak disedari oleh doktor dan hanya akan diketahui selepas dilahirkan.m‎

Peihua berkata, bayinya menangis kuat dan menggerakkan anggota badannya ketika dilahirkan namun doktor dan keluarganya mendapati bayi itu menutup matanya.

Hasil pemeriksaan teliti yang dibuat doktor, bayi itu sebenarnya tidak mempunyai mata.

Pakar berkata, bayi berkenaan menghidap anophthalmia iaitu keadaan kesihatan di mana ketiadaan satu atau kedua-dua mata yang disebabkan oleh hilangnya tisu okular

Menurut doktor, anaphthalmia sukar dikesan melalui imbasan walaupun dilakukan secara berkala semasa proses perkembangan kanak-kanak di dalam rahim.

Sementara itu, Xiao Ming akan turut menjalani pemeriksaan lain bagi memastikan tiada kecatatan lain yang dialaminya.

Tapak kaki terbesar dinosaur ditemui


1 OKTOBER 2016

Tapak kaki terbesar dinosaur ditemui

Kesan tapak kaki yang ditemui.
GOBI DESERT - MONGOLIA. Kesan tapak kaki dinosaur terbesar yang pernah direkodkan ditemui di Gobi Desert yang memberi petunjuk baru tentang hidupan gergasi yang pernah hidup di bumi berjuta-juta tahun yang lalu.

Ekspedisi bersama penyelidik Mongolia dan Jepun menjumpai tapak kaki gergasi dengan ukuran 106 sentimeter (42 inci) panjang dan 77 sentimeter lebar.

Ia merupakan salah satu daripada penemuan kesan tapak kaki di pandang pasir Mongolia.

Bulan lalu, satu fosil ditemui di lapisan geologi yang terbentuk antara 70 juta dan 90 juta tahun yang lalu, kata penyelidik dipetik AFP.

Ia acuan  pasir semulajadi yang telah ditinggalkan dari kesan tapak kaki di kawasan berlumpur.

Kesan tapak kaki itu dipercayai adalah dari spesis dinasour Titanasaur, iaitu haiwan berleher panjang dan boleh membesar lebih 30 meter panjang dan 20 meter tinggi.

"Ini adalah penemuan yang sangat jarang berlaku kerana ia adalah satu jejak fosil terpelihara yang lebih dari satu meter panjang dengan kesan cengakaman kuku," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Okayama University of Science.

Universiti Jepun bekerjasama dengan Akademi Sains Mongolia dalam kajian ini.

Petani tanam labu seberat 869kg






LABU gergasi ini berukuran 1.2m tinggi dengan ukur lilit 5.4m dan dipercayai yang terbesar di Britain. - AGENSI

LONDON – Seorang petani di sini berjaya menghasilkan tanaman buah labu seberat 869 kilogram (kg) yang dipercayai terbesar di Britain.

Buah labu setinggi 1.2 meter (m) dengan ukur lilitnya 5.4m itu ditanam oleh pasangan kembar, Stuart dan Ian Paton, 55, di kawasan rumah mereka.

Menurut Stuart, setiap hari mereka akan menyiram air sebanyak 378 liter bagi memastikan buah labu itu membesar secara sempurna selain memperuntukkan masa selama tiga jam untuk memeriksa tanaman tersebut.

“Kami tidak pernah bosan menjaganya. Sangat menakjubkan apabila melihat membesar dengan baik,” kata Stuart.

Tambahnya, mereka yakin berpeluang untuk memenangi pertandingan tanaman terbesar tahunan yang akan diadakan tidak lama lagi. – Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4Lp2C6Lmg
Hakcipta terpelihara