New Delhi: Dari jauh, Savjibhai Rathwa nampak seolah-olah membawa tali yang dililitkan pada badannya setiap hari.
Namun, apabila dilihat dengan lebih dekat, jelas lelaki berusia 60 tahun itu sebenarnya membawa rambutnya sepanjang 18.9 meter.
Rathwa menjaga rapi rambutnya dengan mengelak makanan tertentu selain membasuhnya setiap dua hari yang mengambil masa tiga jam.
Rakaman video menunjukkan dia berjalan di sekeliling kampung dengan rambut itu dillitkan pada lengannya.
Malah, rambutnya begitu panjang sehingga boleh dililit seperti serban di kepalanya, selain mampu diikat pada siling rumah.
Rathwa hanya makan sayur-sayuran yang dimasak di rumah serta mengelak makanan pedas.
“Apabila keluar bekerja, saya cuma makan buah-buahan. Saya langsung tidak makan di luar.
“Selepas membasuh rambut saya akan duduk di padang untuk mengeringkannya. Cucu saya akan mengiraikan rambut saya di bawah sinaran matahari manakala saya duduk di bawah pokok sambil menghisap paip,” katanya.
Kini Rathwa mungkin boleh diiktiraf sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness kerana memiliki rambut terpanjang dunia.
“Saya memang akan membuat permohonan, jika ada yang sanggup membantu,”katanya.
Sebuah pertubuhan sukarela tempatan dilaporkan bersetuju membantunya untuk proses dokumentasi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 5:04 AM
No comments:
Post a Comment