AZERBAIJAN 
merupakan sebuah negara Republik, yang mana Baku merupakan ibu negara ini, terletak di persimpangan antara Eropah Timur bersempadan dengan laut Caspian di timur, Rusia di Utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di Selatan merupakan sebuah negara yang menyimpan seribu satu rahsia alam.
Mempunyai populasi penduduk kira-kira 9.6 juta, Azerbaijan merupakan negara kedua dengan penganut Syiah terbesar selepas Iran.
Negara ini merdeka pada 30 Ogos 1991 daripada Kesatuan Soviet.
Menggunakan mata wang Manat sebagai urusan kewangan harian mereka, negara ini menggunakan bahasa Azerbainaji sebagai bahasa rasmi negara.
Digelar negara api
Mungkin ramai yang tidak tahu,  negara ini digelar sebagai 'negara api' sejak zaman dahulu lagi.
Negara ini digelar negara api kerana berlakunya satu fenomena alam di mana sebuah bukit di negara berkenaan sentiasa terbakar.
Bagi pelancong yang ingin menyaksikan keajaiban itu bolehlah datang ke bukit Yanar Dag. Fenomena ini boleh disaksikan sehingga ke hari ini.
Dek kerana keanehan itu maka tidak hairanlah ribuan pelancong yang datang ke negara ini saban tahun bagi menyaksikan fenomena aneh ini.
Dalam pada itu, pelancong ke negara ini juga ingin menikmati suhu sejuk di kawasan pergunungan Bazarduzu, gunung tertinggi di Azerbaijan ini mempunyai tahap ketinggian 4466 meter daripada aras laut bersempadanan dengan Rusia.
Kaya hasil petroleum
Seperti juga negara sempadannya Rusia, Azerbaijan ini kaya dengan hasil minyak.
Hasil minyak di negara ini terletak di bahagian tengah negara tersebut.
Oleh itu selain pelancongan, minyak juga merupakan hasil pendapatan negara ini
.