SAINT HELENA, Lautan Atlantik – Seekor kura-kura jantan yang dipelihara di sebuah rumah ladang milik Gabenor Saint Helena, Spencer Davis di kepulauan Saint Helena di sini didakwa telah berusia 183 tahun.
Kura-kura bernama Jonathan itu berasal dari Kepulauan Seychelles, Victoria dan didakwa berada di pulau tersebut sejak akhir abad ke-19.
Menurut Davis, kura-kura itu diserahkan oleh gabenor kepulauan Seychelles bersama tiga ekor kura-kura lain kepada keluarganya sebelum beliau sendiri memelihara haiwan berkenaan.
Berikutan faktor usia, kesihatan haiwan gergasi itu bagaimanapun didapati semakin merosot kerana kehilangan deria penglihatan akibat penyakit katarak dan masalah deria bau.
Reptilia itu kini dijaga oleh seorang doktor haiwan, Joe Hollins yang memberikan diet berkhasiat seperti epal, timun, salad, lobak merah, pisang dan jambu.
“Saya terpaksa mengubah corak pemakanannya dengan memberikannya pelbagai buah dan sayur yang mengandungi kalori tinggi.
“Saya melihat berat badannya kini semakin bertambah selain mampu bergerak dengan baik sejak mengamalkan diet yang sihat,” katanya.
Dia berkata, lazimnya jangka hayat seekor kura-kura gergasi mampu mencecah 150 tahun.
- AGENSI
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wgzYWNK8
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment