TOKYO - JEPUN. Ikan tuna sirip biru seberat 200kg dijual pada harga 14juta yen (RM513, 547) pada sesi bidaan awal tahun di Pasar Ikan Tsukiji di sini, lapor BBC.
Presiden restoran sushi, Koyoshi Kimura memenangi bidaan tersebut.
Koyoshi turut memenangi bidaan dengan harga 4.51juta yen (RM 166, 319) pada tahun lalu dan pernah memenangi sesi lelongan dengan harga 155 juta yen (RM5.7juta) pada tahun 2013.
Bidaan luar biasa tahun itu dikritik oleh orang ramai yang mengaggap ia harga yang tidak munasabah menyebabkan penurunan mendadak harga pada tahun berikutnya.
Lelongan tahun baru sering mendapat harga yang lebih tinggi daripada biasa di Jepun kerana acara tersebut dianggap bertuah untuk perniagaan.
Dalam pada itu, acara lelongan di Pasar Tsukiji adalah yang terakhir dilakukan di situ dan akan berpindah ke tapak baru di Teluk Tokyo pada bulan November.
Pasar tersebut akan digantikan dengan taman tepi laut, plaza membeli-belah dan terminal feri penumpang.
Sementara itu, kumpulan pencinta alam sekitar telah pun memberi amaran bahawa ikan ini semakin pupus dan ada yang mahu penjualan ini diharamkan sama sekali
.