Pages

Saturday, August 1, 2015

Pengguna pelekat ‘zombi’ diancam tindakan

Shanghai: Pemandu yang menggunakan pelekat ‘zombi’ pada cermin belakang kenderaan untuk mengejutkan mereka yang menyuluhkan lampu tinggi boleh dikenakan tindakan jika pelekat 3D yang menyeramkan itu mengakibatkan kemalangan.
Menurut polis, penggunaan pelekat berkenaan boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan undang-undang jika menyebabkan kemalangan.
Pelekat memaparkan gambar zombi dan hantu lain termasuk puntianak serta tangan berlumuran darah kini popular dan boleh diperoleh di laman web taobao.com.
Malah, pelekat menunjukkan wajah wanita berlumuran darah saja dibeli 33 orang manakala satu lagi, iaitu wanita memegang stereng yang mampu mengelirukan pemandu di belakang dijual sebanyak 244 keping.
Ia tidak boleh dilihat dalam keadaan biasa, tetapi gambar itu menjelma bila terkena cahaya lampu tinggi.
Undang-undang jalan raya China melarang penggunaan lampu tinggi di belakang kereta lain atau apabila ada kenderaan dari arah bertentangan. Ia bagaimanapun sukar dilaksanakan.
“Pelekat 3D itu sepatutnya diharamkan kerana boleh membawa kesan negatif, terterutama kepada kanak-kanak,” kata seorang pemandu Qiu Zheng. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:08 AM


SEBUAH kereta yang dipasang dengan pelekat menyeramkan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67496#sthash.RO0i3VF9.dpuf

No comments: