Muaamar Ridwan hanya mengambil masa setahun untuk menguasai 18 bahasa mengikut cara pembelajaran tersendiri. AGENSI
MEULABOH, Aceh - Seorang remaja mempunyai bakat luar biasa apabila mampu menguasai 18 bahasa dengan hanya membaca kamus dan buku tatabahasa.
Kompas.com melaporkan, Muaamar Ridwan, 18, berkata, dia hanya mengambil masa setahun untuk menguasai kesemua bahasa berkenaan mengikut cara
pembelajaran tersendiri.
Beliau memberitahu antara bahasa yang dikuasainya adalah bahasa Arab, Inggeris, Jepun, Mandarin, Korea, Jerman, Belanda,
Sweden, Denmark, Finland, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugal, Turki,
Bulgaria dan Rusia.
“Untuk menguasai 18 bahasa berkenaan, saya perlu bekerja keras selama setahun kerana saya tahu tiada kejayaan yang datang secara bergolek.
“Saya mula berminat untuk menguasai bahasa asing selepas membawa buku biografi
negarawan Indonesia seperti
Sukarno dan Agus Salim yang boleh bertutur dalam banyak bahasa. Inilah pendorong sebenar saya,” jelas Muaamar ketika
ditemui, baru-baru ini.
Muaamar berharap, kebolehan tersebut akan memudahkannya melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti terkemuka dunia seperti di Britain dan Jerman.
“Saya mahu belajar di luar negara dan pulang semula ke Aceh untuk membina pusat pengajian sendiri bagi membantu penduduk yang susah,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment