NEW YORK : Seorang pengumpul barangan seni membuat kejutan dalam wasiatnya apabila memberi USD$100,000 (RM350,000) kepada pemilik restoran stik kegemarannya di sini, yang dikongsi bersama saudara perempuannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51163#sthash.e8AoYnyw.dpuf
Maureen Donohue-Peters, 53, mendapat panggilan telefon daripada seorang peguam selepas seorang pengumpul bahan seni Asia, Robert Ellsworth, meninggal dunia, memberitahu ada sesuatu diwasiatkan kepadanya.
“Saya berkata ‘Oh Tuhan!’ dan tidak menjangka apa-apa. Dia memang pemurah dan baik dengan semua orang.” kata Maureen mengenai Ellsworth yang mengunjungi Donohue's Steak House sejak lebih 50 tahun.
Ellsworth mewasiatkan RM350,,000 itu untuk dibahagi antara Maureen dengan anak saudaranya,Maureen Barrie, 28.
Ellsworth pernah menyumbang lukisan dari Asia bernilai USD$22 juta (RM77 juta) kepada Metropolitan Museum of Art pada 1986 dan hartanya dianggar bernilai $200 juta (RM700 juta).
Dia menjadi pelanggan restoran stik itu sejak ia mula dibuka pada 1950 dan bersahabat baik dengan bapa Maureen. Dia kemudian rapat dengan wanita itu yang mengambil alih restoran berkenaan pada 2000.
“Saya sanggup memberi apa saja untuk mendapatnya kembali. Sebanyak mana pun wang tidak dapat menggantikannya,” kata Maureen. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 7:04 PM
No comments:
Post a Comment