JOHN JEMISON (kiri) dan Neil Richardson mempunyai wajah seiras. AGENSI
LONDON 1 April – Seorang paderi yang baru berpindah ke Braintree, Essex, pada mulanya hairan selepas penduduk di situ sering menegurnya seolah-olah dia begitu dikenali di kawasan berkenaan.
Kekeliruan Neil Richardson akhirnya terjawab selepas dia bertemu dengan ‘kembarnya’, John Jemison seorang pesara guru yang saling tidak tumpah mempunyai wajah seirasnya.
Ketika itu, Richardson, 69, dan Jemison, 74, menaiki bas yang sama untuk lawatan ke pameran Magna Carta di Muzium Friends of Braintree.
“Saya tidak perasan tentang kehadiran Richardson, namun dia terlebih dahulu menegur saya.
“Isteri saya memandang kami dua kali ketika itu dan kami terus mengatur pertemuan seterusnya,” ujar Jemison.
Lebih menarik, kedua-dua lelaki itu berkongsi kisah hidup yang hampir serupa.
Kedua-duanya pernah belajar di Kolej St Mark and St John di Chelsea pada tahun 60-an dan memilih kerjaya yang sama iaitu guru pendidikan agama.
Richardson berkata, selepas bertemu ‘kembarnya’ itu, dia mengakui wajah mereka hampir serupa sehingga mengelirukan banyak pihak.
“Patutlah orang ramai sering memanggil saya Jemison. Sekarang saya tahu sebabnya,” ujar lelaki itu.
No comments:
Post a Comment