Pages

Tuesday, January 6, 2015

Tukar lampu pada ketinggian 457 meter



Schmidt (dalam bulatan) kelihatan berada di puncak menara pemancar televisyen.


SALEM, Amerika Syarikat – Sebuah syarikat fotografi merakamkan keberanian seorang pekerja yang memanjat sebuah menara pemancar televisyen setinggi 457 meter di sini baru-baru ini.
Pekerja tersebut, Kevin Schmidt memanjat menara pemancar itu semata-mata mahu menukar mentol lampu keselamatan di puncak struktur itu.
Menara itu tinggi sedikit berbanding Menara Berkembar Petronas yang mempunyai ketinggian 452 meter.
Syarikat fotografi Prairie Aerial menggunakan sebuah dron yang dilengkapi dengan kamera canggih untuk merakamkan setiap aksi Schmidt memanjat menara berkenaan.
Selepas sampai di puncak menara setinggi 457 meter itu, Schmidt dilihat mengikat tali keselamatan yang dipakainya sebelum menukar mentol lampu di puncak binaan berkenaan.
Selepas selesai tugasnya itu, Schmidt berehat sebentar sambil menikmati pemandangan menakjubkan dan mengambil gambar selfie di puncak menara.
“Ini adalah hari yang indah untuk memanjat menara ini dan pemandangan dari puncak ini sangat menakjubkan,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Nzemwesi 
Hakcipta terpelihara 

No comments: