Pages

Tuesday, January 6, 2015

Tuna biru dijual pada harga AS$37,500



KIMURA bersama ikan tuna biru yang berjaya dibeli selepas menjadi pembida tertinggi di pasar Tsukiji, Tokyo, Jepun. - AGENSI


TOKYO – Seekor ikan tuna biru dijual pada harga AS$37,500 (RM132,267) di sebuah pasar ikan terkenal di sini semasa acara jualan lelong akhir tahun baru baru ini.
Kiyoshi Kimura, seorang pemilik restoran sushi, berjaya membida ikan seberat 180 kilogram itu yang merupakan antara spesies ikan yang semakin mengalami kepupusan.
Kimura merupakan pembida tertinggi bagi ikan tuna biru terbesar untuk empat tahun berturut-turut di pasar Tsukiji itu.
“Beratus-ratus ikan tuna dijual tetapi ini adalah yang paling luar biasa dan menarik minat saya,” katanya.
Permintaan tinggi ikan tuna untuk penghasilan sushi menyebabkan spesies ikan itu menjadi tumpuan nelayan dan semakin sukar untuk diperoleh akhir-akhir ini.
Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) telah mengklasifikasikan ikan tuna biru sebagai spesies terancam yang perlu dipulihara. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3NzedYwU2 
Hakcipta terpelihara 

No comments: