HELAIAN Al-Quran tertua ditemui di sebuah universiti di Britain yang dipercayai adalah salinan asal daripada kitab suci umat Islam.
Ketua akademik Jamal bin Huwareib percaya helaian yang ditemui di Universiti Birmingham awal tahun ini merupakan salinan Al-Quran yang pertama oleh Abu Bakr, yang merupakan rakan rapat kepada Nabi Muhammad SAW.
Muka surat tersebut dipercayai berusia di antara 1,448 dan 1,371 tahun, ditemui berada di perpustakaan universiti tersebut terikat bersama helaian Al-Quran yang lain dari abad ketujuh.

Pengarah Urusan Yayasan Mohammed bin Rashid Al Makroum, Mr bin Huwareib yang tiba di Birmingham untuk pengesahan manuskrip ini berkata kepada BBC: "Ia merupakan penemuan terpenting bagi seluruh masyarakat Islam di dunia. Saya percaya ini adalah Al-Quran Abu Bakr.
"Versi, koleksi dan manuskrip ini adalah tunjang kepada ajaran Islam, Al-Quran adalah akarnya."Ia bakal menjadikan revolusi dalam kajian Islam".
No comments:
Post a Comment