Dua buah jambatan pejalan kaki dibina pada tingkat 22 bangunan untuk menghubungkan sebuah bangunan kediaman dan pusat beli-belah di bandar Chongqing, barat daya China. AGENSI
BEIJING 20 Okt. – Individu yang takutkan ketinggian pasti tidak akan menghuni sebuah pangsapuri di bandar Chongqing, barat daya negara ini, berikutan tindakan pemajunya membina dua buah jambatan pada tingkat 22 untuk menghubungkan bangunan berkenaan dengan sebuah pusat beli-belah.
Lebih menarik, jambatan yang ‘tergantung’ pada ketinggian 67.9 meter dan 65.8 meter dari atas tanah itu, dibina terbuka tanpa sebarang bumbung sekali gus boleh mengundang bahaya terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Mail Online yang memetik laporan People’s Daily Online melaporkan, setiap jambatan tersebut dibina sepanjang 22.8 meter dan 3.9 meter lebar sambil disokong sebanyak lapan buah kabel keluli.
Malah, pengguna juga boleh melihat bahagian bawah struktur berkenaan menerusi lubang yang terdapat pada bahagian sisi dua jambatan tersebut yang siap pada Disember tahun lalu dan Jun tahun ini.
Pembinaan dua infrastruktur itu memudahkan penduduk dan pejalan kaki untuk sampai ke Pusat Beli Belah Kuixing tanpa perlu melalui jalan raya yang sibuk di bawah bangunan.
Media tempatan China menyifatkan, struktur itu sebagai ‘jambatan paling menarik’ di negara ini.
No comments:
Post a Comment