Xio Jigua.
GUANGZHOU - CHINA. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia, siapa yang tahu, begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang mempunyai rupa seiras dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama.
Kesamaan wajahnya itu menjadikan lelaki berusia 29 tahun itu menjadi perhatian malah dia kini bergelar selebriti di China.
Xio Jigua mendapat perhatian sejak 2012 selepas rakannya memuat naik video dia sedang menyanyi.
Beberapa netizen menyedari mengenai kesamaan rupanya itu dan sejak itu, dia ingin menggunakan kelebihan itu untuk meraih pendapatan.
Sejak empat tahun kebelakangan ini, populariti Jigua semakin meningkat dan kini dia sering dijemput untuk membuat persembahan pentas, sitkom dan rancangan televisyen.
"Selain merapikan kening, saya hanya memerlukan baju kemeja, tali leher dan kod hitam untuk meniru gaya pemimpin itu," katanya.
Untuk masuk ke dalam karakter Obama, dia kini sedang belajar bahasa Inggeris dan cara percakapan Obama.
Memetik laporan, The Global Time, lelaki berkenaan dikatakan akan membuat pembedahan plastik untuk menjadikan wajahnya mirip Obama.
No comments:
Post a Comment