Seperti yang terjadi di Somerset, England, lebih tiga tan bahan letupan dan ribuan peledak digunakan untuk mendedahkan gua bawah tanah menakjubkan dengan pembentukan batu yang jarang berlaku.
Pemilik tarikan Wookey Hole nyata terkejut dengan penemuan gua baharu itu yang secara rasmi dikenali sebagai Cavern 20 lapor Mail Online.
Menurut pengarah Wookey Hole, pelaburan untuk membangunkan gua itu adalah pembangunan paling menarik yang dilakukan terhadap kawasan tarikan tersebut sejak lebih 40 tahun lalu.
Gua yang kini boleh diakses oleh pengunjung untuk kali pertama itu adalah tarikan terbesar di West Country dan mempunyai tasik bawah tanah di mana ia sebelum ini hanya mampu dilihat oleh segelintir penyelam.
Pembentukan batu luar biasa itu juga menghairankan pakar kerana ia biasanya terbentuk oleh air yang mengalir. Bagaimanapun, adalah jarang untuk menemui gua yang mempunyai air mengalir di dalamnya seperti gua tersebut.
Difahamkan, kerja membangunkan gua itu mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan, dan menelan belanja antara AS$2 juta hingga AS$3 juta (RM8 juta hingga RM12 juta).
No comments:
Post a Comment