20 OGOS 2015
TINDAKAN seorang pelayan restoran membayar bayaran harga hidangan ahli bomba yang kepenatan selepas 12 jam mengawal kebakaran sebuah gudang menjadi viral dan menyentuh hati pelayar laman sosial.
Perkara tersebut didedahkan dalam sebuah nota oleh pelayan, Liz Woodward, 24, kepada dua orang ahli bomba, Tim Young dan Paul Hullings yang menikmati sarapan di restoran 130 Diner di Delran, New Jersey akhir bulan lalu.
"(Perbelanjaan) sarapan pagi anda saya tanggung hari ini. Terima kasih ke atas apa yang anda lakukan, berkhidmat untuk masyarakat dan pergi ke tempat yang orang lain akan larikan diri," kata Woodward.
"Tidak kisah apa peranan anda, anda adalah berani, penuh semangat dan kuat. Terima kasih. Berehatlah sekarang," akhiri nota tersebut.
Ahli bomba tersebut menangis terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Woodward sebelum meninggalkan restoran tersebut.
Salah seorang ahli bomba berkenaan, Tim Young kemudian kongsi kejadian tersebut di laman Facebook dan mendapat perhatian lebih Young dan Hullings kemudian mendapat tahu Woodward sedang mengumpul dana untuk membantu ayahnya yang quadriplegik, dan mereka bertindak membantu Woodward pula.
Dalam sebuah kempen laman maya GoFundMe, Woodward akhirnya berjaya mengumpul USD67,000 (RM27,4150.60) walaupun sasaran sebenar gadis berkenaan adalah USD17,000 (RM69,560.60)
Berkata kepada Today.com, Woodward mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua ahli bomba tersebut yang membantunya tanpa disangka.
"Ini adalah salah satu contoh bahawa masih terdapat manusia di dunia yang baik hati dan akan berbuat baik kepada manusia lain yang juga berniat murni," ucap Woodward terharu.
No comments:
Post a Comment