Pages

Tuesday, August 4, 2015

Rahang rosak bahana tabiat kunyah gula-gula getah Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72221

SELASA, 4 OGOS 2015 @ 11:03 AM

 Rahang rosak bahana tabiat kunyah gula-gula getah TABIAT Claire Embleton yang suka mengunyah itu memusnahkan sendi sebahagian rahangnya, menyebabkan beliau tidak boleh membuka mulut lebih daripada satu sentimeter.

LONDON: Seorang ibu kepada empat anak yang gemar mengunyah gula-gula getah hingga tujuh jam sehari kini terpaksa melalui pembedahan bagi membaiki rahangnya yang tidak lagi berfungsi. Tabiat Claire Embleton yang suka mengunyah itu memusnahkan sendi sebahagian rahangnya, menyebabkan beliau tidak boleh membuka mulut lebih daripada satu sentimeter. Difahamkan, wanita berusia 38 tahun itu mungkin mempunyai parut selepas pembedahan. Doktor akan memotong sebelah mukanya untuk menggantikan sendi salah satu bahagian rahangnya dengan kepingan besi. Claire, seorang pengurus teknologi maklumat berkata: "Ketika doktor memaklumkan mengunyah mengakibatkan rahang saya rosak, saya terkejut. Saya selalu mempercayai mengunyah gula-gula getah adalah perbuatan sihat." "Saya akan mengunyah selepas makan atau minum dan hanya memastikan gula-gula getah pilihan saya tiada gula. Saya tidak dapat membayangkan sesuatu yang langsung tidak berbahaya dan tabiat sihat menyebabkan kerosakan." Claire yang berkahwin dengan Daniel, 40, mengunyah gula-gula getah sejak lima tahun lalu dan sejak dua tahun kebelakangan ini dia terasa bunyi letupan pada sendi rahang apabila mengunyah. Katanya, sebelum ini dia tidak ketagih tetapi ia sudah menjadi tabiat kerana lama melakukannya. Dia mengunyah selama lima jam pada hari biasa dan ada kala sehingga tujuh jam setiap hujung minggu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72221

No comments: