SATU fosil ular berkaki empat dianggarkan berusia kira-kira 113 juta tahun ditemui di Brazil, baru-baru ini.
Media Britain melaporkan penemuan terbaharu mengenai spesis ular purba ini dipercayai merupakan leluhur nenek moyang kepada generasi ular zaman moden.
Menurut kajian yang diketuai para saintis dari Britain dan Jerman, spesis dikenali sebagai Tetrapodophis amplectus ini hidup ketika awal zaman batu kapur iaitu kira-kira 100 hingga 146 juta tahun lalu.
"Ini adalah fosil ular yang paling primitif dan nampak jelas ia tidak hidup di air," kata Dr Nick Longrich dari University of Bath kepada BBC.
Katanya lagi, spesis ini dikatakan mempunyai banyak persamaan ciri ular klasik seperti hidung pendek, tempurung kepala dan badan yang panjang, bersisik, gigi bertaring dan rahang mudah lentur untuk menelan mangsa besar.
Sebelum ini, beberapa fosil ular berkaki belakang turut dilaporkan pernah ditemui dan bukti itu kini dipamerkan kepada awam di muzium sejarah semula jadi di London.

No comments:
Post a Comment