Beijing: Sebanyak satu pertiga Tembok Besar China musnah yang berpunca bukan sahaja daripada elemen semula jadi tetapi akibat aktiviti manusia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61267#sthash.jQ7D47bv.dpuf
Kurangnya pengawasan di binaan era Dinasti Ming itu menyebabkan orang ramai mencuri batu bata pada tembok berkenaan untuk membina rumah.
Kesan cuaca turut menjadi penyebab lokasi pelancongan popular dan Tapak Warisan Dunia Unesco itu runtuh.
Tembok Besar China terdiri daripada beberapa bahagian dan mengunjur dari wilayah Shanhaiguan hingga ke hujung Gurun Gobi.
Walaupun pembinaan tembok itu bermula pada abad ketiga Sebelum Masihi tetapi bahagian sepanjang 6,437 kilometer termasuk yang terletak di utara Beijing dan sering dikunjungi pelancong dibina ketika Dinasti Ming.
Laporan terbaru oleh Beijing Times menganggarkan 1,931 kilometer daripada tembok itu musnah sejak beberapa kurun lalu.
Menurut kajian oleh Pertubuhan China Tembok Besar, sebahagian binaan itu mula runtuh dan tumbuhan yang tumbuh di tembok mempercepatkan proses berkenaan.
Penduduk kampung miskin di daerah Lelong di utara Hebei juga didapati memecahkan tembok itu bagi mendapatkan batu bata untuk membina rumah.
Batu bata yang mempunyai ukiran pula dijual oleh penduduk dengan harga 30 yuan (RM18.24). - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 7:15 AM
No comments:
Post a Comment