Makkah: Kira-kira lapan juta jemaah mengunjungi Masjidil Haram sepanjang 10 hari pertama Ramadan, peningkatan sebanyak 49 peratus berbanding bulan puasa tahun lalu,
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61261#sthash.X7pX8FxF.dpuf
Pengarah Pentadbiran Haji dan Umrah di Makkah Dr Salah Saqr berkata lebih 38 juta kenderaan digunakan untuk mengangkut jemaah itu ulang alik dari hotel mereka ke masjid berkenaan.
Menurutnya, ia menunjukkan peningkatan 25 peratus kenderaan yang digunakan pada tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Saudi memasang kira-kira 5,000 kamera berdefinisi tinggi di semua tingkat dan perkarangan Masjidil Haram untuk mengawal keselamatan jemaah.
Kamera itu dipantau oleh pegawai di pusat kawalan di Mina yang turut mengawasi jalan raya sekitar masjid itu.
Sementara itu, seramai 2,500 pekerja dengan 2,542 peralatan dan kelengkapan membersih membuang 143 tan sampah di sekitar masjid itu setiap hari.
Pengarah Jabatan Kebersihan Maher Al-Zahrani berkata, kerja membersih dijalankan tanpa menghalang jemaah tawaf atau sai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 6:46 AM
No comments:
Post a Comment