KETIKA Pakistan dilanda gelombang panas mengorbankan lebih 750 penduduknya, ulama kanan di negara itu mengeluarkan fatwa yang membenarkan rakyatnya yang beragama Islam untuk berbuka lebih awal pada bulan Ramadan.
Ketua masjid terbesar di Karachi, Mufti Mohammad Naeem berkata, gelombang panas yang melanda bandar itu boleh mengancam nyawa dan penduduk dibenarkan berbuka puasa terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
“Jika doktor memberitahu bahawa nyawa anda terancam kerana panas, atau keadaan kesihatan akan menjadi lebih buruk jika terus berpuasa, maka anda dibenarkan untuk berbuka.
“Bagaimanapun, pelepasan ini bergantung kepada keadaan kesihatan dan bagaimana penduduk bertindak balas dengan haba. Ia bukannya diberi kepada semua orang,” katanya.
Naeem juga menolak bahawa idea itu akan menimbulkan kontroversi. Malah, mengukuhkan pendapatnya dengan mengatakan, Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya.
Sementara itu, seorang lagi ulama Tahir Ashrafi memberitahu, Islam telah menggariskan syarat untuk berpuasa dan di dalam al-Quran juga menekankan bahawa pesakit serta pelancong yang berisiko untuk jatuh sakit adalah diberi kelonggaran.
Difahamkan, Perdana Menteri Nawaz Sharif turut mengarahkan tentera menubuhkan pusat perubatan khas untuk merawat pesakit yang mengalami strok haba.
Perubahan cuaca membimbangkan
Cuaca panas melampau, kekurangan air dan kenaikan harga makanan menimbulkan masalah baharu untuk umat Islam ketika berpuasa.
Di seluruh negara Asia, Afrika dan Timur Tengah, jutaan umat Islam tetap terus berpuasa walaupun berdepan masalah seperti cuaca panas, kekurangan air atau pun harga makanan melambung tinggi berikutan kegagalan tanaman hidup subur.
Lima daripada 10 negara yang paling terdedah kepada perubahan iklim, menurut agensi penarafan kredit antarabangsa adalah negara yang mempunyai penduduk Islam besar seperti Bangladesh, Senegal, Nigeria, Filipina dan Indonesia.
Meskipun, cabaran adalah berbeza mengikut geografi setiap negara, kebanyakan yang paling terjejas adalah masyarakat luar bandar di negara membangun, di mana kerajaannya mempunyai sumber terhad untuk menangani perubahan pesat.

1 comment:
Pray for them. Sedihnya. Kita yang panas sikit ni pun dah tak tahan. Tak tau laa keadaan kat sana macam mana...
Post a Comment