- Gambar hiasan |
GIBRALTAR - BRITAIN . Seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan tindakan sekumpulan monyet merabanya bertindak membuat laporan polis untuk mendakwa haiwan berkenaan.
Mellissa Hart, 23, diserang secara seksual oleh sekumpulan monyet ketika sedang bercuti di sebuah tempat peranginan di Gibraltar.
Menurut Mellisa, dia sangat teruja untuk melihat sekumpulan haiwan itu sehinggalah dua ekor monyet berkenaan bertindak meraba dan salah seekor daripadanya menarik pakaian mandinya.
Pelancong yang menyaksikan kejadian berkenaan hanya melihat dan mentertawakannya.
Bercakap kepada Olive Press, Melissa berkata, saya berasa tidak berdaya untuk melawan dan hanya mampu menjerit ketika monyet - monyet terbabit menarik dan merabanya.
"Saya diserang secara seksual oleh haiwan berkenaan dan orang di sekeliling hanya fikir ini adalah jenaka," katanya.
Namun kerana berang dengan insiden tersebut, Mellisa mengambil keputusan untuk mendakwa monyet berkenaan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Walaubagaimanapun, pihak polis berkata, tiada tindakan yang boleh dilakukan untuk mendakwa haiwan liar tersebut.
No comments:
Post a Comment