Mitani Hisao dan kura-kura gersasi yang diberi nama Ban-chan bersiar-siar di sekitar bandar raya Tokyo, baru-baru ini. AGENSI
TOKYO 14 Jun – Kemunculan seekor kura-kura gergasi yang ditemani tuannya di sekitar jalan raya di bandar raya ini baru-baru ini, menjadi viral di Internet selepas ramai yang mengambil peluang untuk melihat sendiri dari dekat reptilia gergasi itu.
Menurut laman web Oddity Central, aktiviti itu menjadi rutin mingguan kura-kura tersebut yang diberi nama Bon-chan.
Pemiliknya, Mitani Hisao berkata, dia menganggap binatang peliharaannya itu seperti anaknya sendiri.
“Setiap dua atau tiga kali seminggu, saya akan memperuntukkan masa selama sejam setengah untuk bersama Bon-chan bersiar-siar di sekitar bandar raya ini.
“Setiap kali kami bersiar-siar, Bon-chan tahu laluan yang kami akan tuju kerana haiwan itu mempunyai ingatan yang kuat.
“Dia (kura-kura itu) juga akan berjalan membelakangi saya menyebabkan ramai yang memerhati dan mengiringi kami,” ujarnya.
Setiap kali bersiar-siar, Mitani berkata, dia akan membawa beg berisi ‘bekalan’ termasuk lobak merah, kubis, dan plastik untuk mengutip najis kura-kura itu sepanjang mereka bersiar-siar.
Mitani yang juga pengarah sebuah rumah pengurusan mayat berkata, kura-kura dari Afrika itu berukuran lima sentimeter ketika mendiang isterinya membelinya dari sebuah kedai haiwan peliharaan kira-kira 19 tahun lalu.
“Tetapi kini, Bon-Chan semakin membesar sehingga 75 sentimeter dan seberat 70 kilogram,” ujarnya.
Menurutnya, Bon-Chan juga diibaratkan seperti manusia biasa dan dia sering berkongsi masalah bersama kura-kura gergasi itu.
No comments:
Post a Comment