Georgia terpaksa diusung menggunakan kren |
SOUTH WALES - BRITAIN. Seorang gadis yang pernah digelar remaja paling gemuk di Britain terpaksa diusung menggunakan kren dari rumahnya untuk ke hospital.
Georgia Davis, 22, mempunyai berat 382 kilogram terpaksa diusung keluar dari rumahnya di pangsapuri di Cwmaman, Aberdare, South Wales menggunakan kren ke dalam ambulans selepas perlu mendapatkan rawatan kerana beberapa jangkitan.
Menurut salah seorang rakannya, Georgia berada dalam keadaan baik, cuma memerlukan kren untuk mengangkatnya kerana dia tidak berupaya untuk berjalan walaupun jarak rumahnya tidak kurang dari 18 meter.
Dua kren, tujuh kereta polis, dua jentera bomba dan 11 paramedik telah dipanggil untuk mengangkat Gergia dari pangsapurinya dan kos dianggarkan RM 40,000.
Jalan utama di kediamannya juga terpaksa ditutup selama 7 jam ekoran anggota bomba terpaksa menghantar kren yang lebih kukuh untuk mengangkatnya.
Menurut rakan yang juga jirannya berkata, dia berada dalam keadaan baik dan berada di hospital untuk beberapa minggu.
"Kami sentiasa mengambil berat mengenai keadaan kesihatannya dan mahukan dia mengamalkan diet khas untuk mengatasi masalah kegemukannya itu.
"Walaupun sebelum ini dia pernah berdiet, namun ia tidak berkesan,".
Georgia mengalami masalah obesiti sejak berusia lima tahun dan merupakan penggemar makanan segera seperti piza, kebab dan burger dan diambil dalam kuantiti yang banyak
Kebiasaannya, dianggarkan 13,000 kalori diambilnya setiap hari.
Rumahnya yang terletak di tingkat bawah pangsapuri berkenaan telah di ubah suai untuk memudahkan dia dibawa keluar jika berlaku kecemasan.

No comments:
Post a Comment