Kawasan laut antara Newfoundland dan Greenland yang digelar sebagai Iceberg Alley menjadi ‘laluan utama’ aisberg. |
KAWASAN laut antara Newfoundland dan Greenland yang digelar sebagai Iceberg Alley menjadi ‘laluan utama’ aisberg pada musim bunga dan musim panas sebelum ia mencair di Artik.
Jika dilihat sekali imbas, ia kelihatan seperti gambar yang menggunakan teknik superimpose kerana bongkah ais tersebut memberikan pemandangan yang menakjubkan ketika ia menuju ke arah Lautan Atlantik Utara.
Fenomena yang boleh dilihat di luar pantai timur Kanada itu juga digelar Arctic spring melt.
Ratusan bongkah ais tersebut adalah pecahan daripada glasier Greenland dan Artik Kanada sebelum ia terapung melalui Labrador lalu mencair sepenuhnya di Atlantik Utara.
Pada setiap tahun, hanya 400 hingga 800 daripada kira-kira 40,000 pecahan aisberg melalui Iceberg Alley dan kebanyakannya berusia kira-kira 10,000 tahun.
Ia bergerak pada kelajuan purata 0.7 kilometer sejam(km/j) sehingga 3.6 km/j, namun bergantung kepada tiupan angin. – The Mirror
Tahukah Anda
Saiz aisberg terbesar mampu mencapai berat lebih daripada 10 juta tan dan berukuran ratusan meter panjang.
• Aisberg paling kecil atau bergy bits berukuran seperti sebuah rumah kecil dan growlers adalah sebesar piano.
• Di Hemisfera Utara, aisberg terbesar pernah ditemui berhampiran Pulau Baffin di luar Kanada adalah seberat lebih 9 bilion tan dan berukuran 13 km panjang dan 6 km lebar serta 20 meter daripada permukaaan laut.

No comments:
Post a Comment