LONDON 5 Mei – Seorang lelaki di negara ini mempunyai kebolehan yang jarang dimiliki oleh manusia iaitu mempunyai deria untuk menentukan rasa sesuatu bunyi.
Laman web Oddity Central melaporkan, kebolehan yang dimiliki oleh James Wannerton adalah sejenis penyakit dikenali sebagai synaesthesia, di mana deria rasa yang kebiasaannya berfungsi secara berasingan bergabung menjadi satu sistem lengkap.
Wannerton berkata, setiap kali mendengar bunyi yang terhasil dari persekitaran dia akan merasai pelbagai jenis rasa seperti rasa kentang goreng dan jem strawberi.
“Kebolehan ini sememangnya banyak membantu saya dalam pelajaran, begitu juga dalam menjalinkan hubungan percintaan.
“Deria ini memudahkan saya mengingati sesuatu pelajaran selain dapat menentukan perkara yang baik atau tidak dalam perhubungan,” jelas Wannerton.
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Edinburgh, penyakit synaesthesia boleh terjadi dalam pelbagai bentuk dan yang paling kerap berlaku adalah pesakit menyamakan nombor dan perkataan sebagai warna.
Kajian itu turut mendedahkan empat peratus penduduk Britain berdepan kemungkinan untuk menghidap penyakit berkenaan.
No comments:
Post a Comment