GAMBAR hiasan, seorang doktor sedang melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit di sebuah hospital di Amman, Jordan, baru-baru ini. Agensi
AMMAN 14 Mei - Seorang doktor didakwa dengan tidak sengaja tertinggal telefon bimbit di dalam perut seorang wanita selepas membantu wanita itu melahirkan anaknya menerusi pembedahan.
Kejadian itu yang dilaporkan berlaku di sebuah hospital swasta di Amman, Jordan mengundang pelbagai reaksi apabila Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, terpaksa dikejarkan ke bilik pembedahahan sekali lagi selepas laporan X-ray menunjukan ada objek asing di dalam perutnya.
Daily Mail melaporkan Hanan Mahmoud dibenarkan pulang selepas melahirkan bayi perempuan seberat 4.8 kilogram, namun terpaksa dikejarkan semula ke hospital setelah mengalami kesakitan teruk selain perutnya bergegar.
Pakar bedah tersebut yang mengesan telefon bimbit di dalam perut wanita itu kemudian segera melakukan pembedahan untuk mengeluarkan alat komunikasi tersebut.
Kes itu mendapat liputan meluas hinggakan ia dibangkitkan di Parlimen Jordon apabila salah seorang anggota Parlimen, Salim Al Bataynah menggesa Menteri Kesihatan meletak jawatan susulan kecuaian yang memalukan dan mengejutkan itu.
Menteri berkenaan, Hatem Al Azrae dalam jawapannya sebaliknya menyifatkan kes itu sebagai satu rekaan dan tidak berasas.
No comments:
Post a Comment