CHANGSHA, China – Sebuah syarikat pembinaan di sini mendakwa menjadi pemaju paling pantas di dunia selepas berjaya menyiapkan bangunan pencakar langit setinggi 57 tingkat dalam masa 19 hari bekerja.
Syarikat tersebut, Broad Sustainable Building Co. itu membina bangunan yang dinamakan Mini Sky City di Changsha, ibu kota wilayah Hunan pada kadar tiga tingkat sehari dengan menggunakan kaedah modular.
Timbalan Presiden syarikat itu, Xiao Changgeng berkata, pihaknya bercadang untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia setinggi 220 tingkat dalam hanya tiga bulan selepas berjaya menyiapkan bangunan Mini Sky City tersebut.
Rakaman video kepantasan bangunan itu dibina menjadi popular di laman perkongsian video China selepas dimuat naik ke laman YouTube.
Menurut Xiao, bangunan Mini Sky City yang mempunyai 19 atrium, 800 apartmen dan ruang pejabat untuk 4,000 pekerja itu akan mula dijual pada bulan ini.
Beliau memberi jaminan struktur pembinaan bangunan itu selamat dan mampu menahan daripada gempa bumi. –AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3Yq0neQ19
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment