Keith MacDonald bersama salah seorang bekas kekasihnya. Macdonald dipercayai telah menjadi suami kepada sekurang-kurangnya 10 orang wanita di Britain. AGENSI
LONDON 12 April - Lelaki yang disifatkan sebagai ‘bapa paling tidak berguna di Britain’ dilapor kembali mencari teman baharu selepas berpisah dengan teman wanitanya yang sedang hamil, meskipun telah mempunyai 15 orang anak ketika dia baru berusia 30 tahun.
Keith MacDonald, 30, seorang penganggur dari Sunderland dipercayai telah menjadi ‘suami’ kepada sekurang-kurangnya 10 orang wanita dan dijangka menjejaskan duit pembayar cukai di Britain berjumlah lebih 2 juta pound (RM10.7 juta) akibat perbuatannya itu.
Walaupun MacDonald bakal menjadi bapa sebanyak 16 kali, dalam satu wawancara dengan sebuah stesen televisyen swasta lelaki itu mendedahkan dia baharu berpisah dengan seorang wanita yang sedang hamil tetapi tidak mengakui kandungan itu adalah anaknya.
“Tidak ada bayi, anak itu bukan kepunyaan saya dan saya kini bujang,’’ kata MacDonald, sebagaimana lapor Mail Online.
MacDonald yang muncul dalam rancangan Jeremy Kyle berkata, kebanyakan wanita yang menjadi kekasihnya ditemuinya semasa dia menaiki bas dan selepas itu, dia akan mengajak mereka keluar dan dia menyifatkannya terlalu mudah untuk berbuat demikian.
“Itulah yang saya lakukan dan mereka tidak pernah berkata tidak. Sekiranya mereka menyukai anda, hanya perlu dapatkan nombor telefon dan hantar khidmat pesanan ringkas bagi satu temu janji,’’ kata lelaki yang mula menjadi bapa ketika dia berumur 15 tahun selepas berhenti sekolah.
Bulan lalu MacDonald mencetuskan kekecohan selepas dia tampil dalam dokumentari stesen Channel 5, ‘40 kanak-kanak daripada 20 wanita’ dengan memberitahu rancangan itu bahawa dia tidak mendapat pekerjaan kerana ‘tidak bagus dalam pendengarannya’ dan menghabiskan kebanyakan masanya bermain permainan video.
Macdonald berkata, dia agak sukar mendapat kekasih baharu selepas reputasinya di Sunderland didedahkan dalam rancangan itu bahawa dia sedang pergi ke Birmingham untuk menarik perhatian wanita di situ pula.
No comments:
Post a Comment