Yamini KARANAM dari Indiana, Amerika Syarikat tidak menyangka ketumbuhan di dalam otaknya (kanan) merupakan kembarnya yang gagal membesar. Agensi
LOS ANGELES 24 April – Seorang mahasiswa yang dimaklumkan mengalami ketumbuhan otak, terkejut apabila diberitahu bahawa tumor itu merupakan pasangan kembarnya yang gagal membesar dengan sempurna.
Laman web akhbar Mirror melaporkan, doktor mengesan jasad kembar tersebut lengkap dengan tulang, rambut, dan gigi di otak Yamini Karanam, 26, selepas melakukan pembedahan, keadaan dikenali sebagai teratoma.
Gadis dari Indiana itu pada September lalu, mendapatkan rawatan doktor selepas mengalami kesukaran untuk bercakap dan membaca.
“Jika ada beberapa orang bercakap, saya tidak akan memahami apa yang mereka bualkan.
“Saya tidak menyangka keadaan ini boleh berlaku,’’ katanya.
Doktor pada awalnya tidak dapat mengenal pasti penyakit yang dihidapi oleh gadis tersebut dan melakukan pembedahan untuk menentukannya.
Pembedahan tersebut menemukan teratoma berkenaan dan doktor berjaya mengeluarkan jasad kembarnya daripada otak gadis tersebut.
Pakar bedah Institut Sullbase di sini, Dr. Hrayr Shahinian berkata, penemuan teratoma tersebut merupakan yang kedua dibuatnya selepas melakukan lebih 8,000 pembedahan membuang ketumbuhan otak.
No comments:
Post a Comment