Pages

Tuesday, March 31, 2015

Kembar lahir pada jarak 24 hari




ALEXANDRE (kiri) dilahirkan lebih awal berbanding adiknya, Ronaldo. - AGENSI


BOSTON, Britain – Sepasang kembar di sini mencipta rekod jarak kelahiran paling lama di Britain apabila dilahirkan selang 24 hari di Pusat Rawatan Tufts pada Mac tahun lalu.
Alexandre Antunes yang dilahirkan secara pramatang pada 2 Mac 2014 diikuti adiknya, Ronaldo pada 26 Mac menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka di pusat rawatan tersebut.
Bayi kembar seiras ini diraikan oleh doktor dan jururawat yang mengendalikan prosedur bersalin tahun lepas yang turut disertai oleh kedua ibu bapa mereka.
“Ia seperti baru semalam berlaku. Kami rasa amat gembira,” ujar ibu kepada pasangan kembar tersebut, Lindalva Pinheiro da Silva.
Jarak kelahiran yang lama ini berpunca apabila da Dilva terpaksa bersalin lebih awal pada usia kandungannya baru mencecah 24 minggu.
Bagaimanapun, doktor berjaya melakukan prosedur unik bagi menyelamatkan salah seorang kembar dengan meninggalkan seorang bayi bertahan di dalam rahim ibu mereka.
“Ini kali pertama saya melalui pengalaman sebegini sepanjang kerjaya dan ia berjaya,” kata Dr. Jonathan Davis yang menjalankan prosedur tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3VurhGmYH 
Hakcipta terpelihara 

No comments: