SEBUAH kampung terpencil di Asola-Fatehpur Beri, berdekatan dengan New Delhi di India mempunyai keunikan tersendiri di mana boleh dikatakan semua lelaki di kampung itu mahu menjadi bouncer.
Kira-kira 90 peratus daripada penduduk berusia 18 dan 55 tahun berjaya mencapai pekerjaan impian mereka dan semua kanak-kanak lelaki di kampung itu digalakkan membina badan sejak masih kecil menurut Mirror.
Ketua jurulatih Vijay Pahelwan berkata, tiada seorang pun kanak-kanak lelaki di kampung berkenaan yang tidak pergi ke gimnasium dan tiada seorang pun yang mahu menjadi jurutera atau doktor kerana semuanya mahu menjadi bouncer.
“Semua lelaki di sini tidak mengambil alkohol, merokok dan kebanyakan mereka adalah vegetarian. "Terdapat juga beberapa orang mempunyai peluang cerah untuk ke Sukan Olimpik,”katanya.
Antara latihan di gimnasium itu adalah mengangkat motosikal dan traktor selain mengamalkan yoga tradisional.

No comments:
Post a Comment