Pages

Saturday, September 27, 2014

Jemaah haji boleh solat di kawasan baharu Masjidil Haram


Jemaah haji musim ini dibenar menunaikan solat di kawasan Masjidil Haram yang telah diperluaskan. - AGENSI
MEKAH 26 Sept. - Lebih dua juta jemaah haji yang akan menunaikan haji pada tahun ini dibenar menggunakan kawasan yang baharu di bawah projek pembesaran Masjidil Haram untuk melakukan ibadah solat berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.
Menurut laman web arabnews.com, arahan yang dikeluarkan itu membolehkan jemaah menunaikan solat di dalam masjid yang telah diperbesarkan di bahagian utara, barat, selatan dan timur.
Sebanyak 67 peratus daripada projek itu hampir disiapkan. Raja Abdullah turut mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuka kawasan tawaf (mataf) di sekitar Kaabah.
Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, gembira dengan arahan yang dikeluarkan kerana masalah kesesakan jemaah di masjid dapat dikurangkan dan dalam masa sama dapat memberi keselesaan kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah dengan baik.
"Projek di bawah pembesaran Masjidilharam ini akan meningkatkan kapasiti untuk dua juta jemaah, manakala kawasan mataf dari 52,000 orang kepada 130,000 orang dalam masa satu jam," kata Sheikh Abdul Rahman.
Tambah beliau, projek yang diselenggara itu menggunakan standard kualiti terbaik yang dilakukan pada sistem elektrik, mekanikal, sistem keselamatan dan pemasangan penghawa dingin.
"Ini termasuk projek pembinaan lantai khas dekat mataf yang disediakan untuk orang kurang upaya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140927/lu_05/Jemaah-haji-boleh-solat-di-kawasan-baharu-Masjidil-Haram#ixzz3ESXcCZTV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: