Pages

Saturday, September 27, 2014

Cincang mayat anak


Zhang Li, 46, bertindak demikian kerana mendakwa anaknya, Sutain, 12, memalukan keluarga mereka selepas tidak mencapai keputusan baik di sekolah.
Dia membuang mayat anaknya yang sudah dicincang itu di tandas awam tidak jauh dari rumah mereka di Bandar Wengzhou, wilayah Zhejiang, timur China.

Seorang jurucakap polis berkata, Zhang, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya selepas didesak oleh isterinya.
Foto
Tempat kejadian Sutain dibunuh dan dicincang bapanya. Gambar kecil, Sutain.

“Bagaimanapun, kami ragu-ragu dengan laporan itu. Dia tidak kelihatan kecewa atau bimbang,” kata jurucakap itu.

Menurutnya, jiran Zhang yang disoal polis berkata, lelaki itu tidak berusaha untuk mencari Sutain. Sebaliknya, dia dilihat gembira dengan ketiadaan anaknya itu. 

Tiga hari selepas laporan itu dibuat, polis menemui mayat mangsa setelah seorang pekerja penyelenggaraan membuat laporan menemui tangan manusia ketika membersihkan tandas berkenaan.

Zhang disyaki kerana tingkah lakunya tidak sama seperti kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak.

“Selepas disoal siasat, dia mengaku membunuh Sutain kerana kecewa mangsa gagal menjadi anak yang baik dan memalukan keluarga,” kata jurucakap itu.

Zhang kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

No comments: