NEW DELHI 14 Mac - Seorang bayi perempuan di India, mengejutkan para doktor apabila bayi tersebut mempunyai dua kepala, satu keadaan yang dinamakan sebagai dicephalic parapagus atau kembar Siam luar biasa.
Bayi seberat 3.37 kilogram yang mempunyai dua kepala, dua tulang belakang namun berkongsi badan yang sama itu, dilahirkan Urmila Sharma, 28, di Hospital JK Hindu, Haryana, utara India, Rabu lalu menerusi kaedah pembedahan, lapor Mail Online.
Urmila, 28, dan suaminya Subhash, 32, yang mempunyai seorang lagi anak perempuan, tidak menjalani sebarang imbasan ultrabunyi sepanjang tempoh kehamilan kerana kemiskinan.
Perkara itu menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui keadaan bayi yang dikandungnya.
Pakar obstetrik, Dr. Shikha Malik yang menyambut kelahiran bayi itu berkata, peluang untuk bayi tersebut hidup rendah, namun pihaknya sedang memantau rapi keadaannya.
Jelasnya, oleh kerana bayi berkenaan berkongsi badan yang sama, mereka tidak boleh dipisahkan kerana dibimbangi bakal berlaku perkara yang tidak diingini.
Keluarga itu kini berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan kami akan cuba sedaya mungkin bagi membantu mereka, ujar Dr. Shikha. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140315/lu_04/Bayi-dua-kepala-dilahirkan#ixzz2vyXo2iLu
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment