Pages

Thursday, March 6, 2014

Rela hidup bersama lelaki miskin, bisu


Sana’a: Seorang wanita jelita yang diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya yang kaya menolak untuk kembali kepada lelaki itu.

Dia sebaliknya memutuskan untuk terus bersama suami barunya yang miskin dan bisu.


Bekas suaminya membayar sebanyak YR100,000 (RM1,520) kepada lelaki bisu berkenaan untuk menjadi cina buta supaya mengahwini bekas isterinya.

Islam melarang pasangan yang bercerai dengan talak tiga berkahwin semula kecuali selepas wanita itu berkahwin dan bercerai dengan lelaki lain.


Lelaki yang menjadi cina buta itu menerima wang berkenaan selepas menerima syarat yang diberikan iaitu menceraikan wanita itu selepas sebulan mengahwininya.


Akhbar Al-Rai berkata, lelaki itu memilih lelaki bisu berusia 35 tahun untuk mengahwini bekas isterinya yang berusia 28 tahun atas dasar dia miskin dan sudah bersetuju menceraikannya selepas berkahwin. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/06

No comments: