Pages

Thursday, March 6, 2014

Facebook mahu beli firma pembuat dron



AP
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan sebuah pesawat Solara 50 keluaran Titan Aerospace.


NEW YORK - Laman jaringan sosial Facebook kini dalam perbincangan untuk membeli sebuah firma pembuat dron berkuasa solar, Titan Aerospace, menurut laporan blog teknologi Techcrunch dan laman berita kewangan CNBC.
Memetik kenyataan kedua-dua laman web berkenaan melaporkan pembelian tersebut melibatkan urusniaga berjumlah AS$60 juta (RM196.2 juta).
Jurucakap kedua-dua firma berkenaan enggan mengulas berhubung laporan itu.
Namun, menurut laporan berkenaan, pembelian itu selaras dengan matlamat projek internet Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk menghubungkan lebih lima bilion penduduk dunia yang masih belum berhubung menerusi internet.
Menurut data terkini, penduduk dunia kini dianggarkan mencecah tujuh bilion orang.
Dron- dron berkuasa solar itu akan dilancarkan ke atmosfera Bumi untuk berfungsi sebagai satelit pemancar wi-fi di kawasan pedalaman seluruh dunia. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2v8PQdQXY 
Hakcipta terpelihara 

No comments: