Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15238#sthash.VXkhcCs3.dpuf
Lincolnshire: Seorang ibu lima anak mendedahkan dia makan segulung tisu tandas setiap hari.
Jade Sylvester, 25, berkata, dia mula berselera makan tisu itu ketika hamil anak bongsunya, Jaxon.
Wanita yang berasal dari Gainsborough, Lincolnshire, itu berkata: “Selepas dua bulan mengandungkan Jaxon, saya tiba-tiba menghidam untuk makan tisu tandas. Sehingga sekarang saya tidak tahu mengapa.
“Keinginan itu datang tiba-tiba. Saya sukakan teksturnya di dalam mulut saya, bukan rasanya. Saya sukakan kekeringannya.
“Berkali-kali saya dinasihatkan keluarga supaya berhenti kerana ia akan menjejaskan kesihatan. Tetapi saya tidak boleh berhenti.”
Meskipun melahirkan anaknya lebih 15 bulan lalu, Jade masih tidak boleh menjauhkan dirinya daripada tisu itu.
Dia mengaku memakan sebahagiannya ketika dalam tandas.
Menurutnya, jenama yang menjadi kegemarannya ialah keluaran sebuah pasar raya tempatan, bukan produk yang lebih mahal.
“Lain jenama lain rasanya,” katanya.
Jade berkata, dia menyangka selera terhadap tisu tandas itu akan terhenti sejurus selepas melahirkan anak kelimanya.
“Saya berusaha bersungguh-sungguh melawan keinginan itu. Tetapi saya tewas. Sebaliknya, setiap kali saya melawan, setiap kali itu saya akan makan lebih banyak.
“Setakat ini, ia belum mendatangkan sebarang masalah kesihatan kepada saya,” katanya.
Wanita itu juga berkata, dia cuba menyorokkan tabiatnya daripada kelima-lima anaknya.
Tetapi kadang-kala ada anaknya yang ternampak dia makan tisu berkenaan.
“Mereka akan menjerit dan memintya saya memuntahkannya,” kata Jade.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:06 AM
No comments:
Post a Comment