Tabatha Bundesen, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' yang meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu. |
ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Tabatha Bundesen, 29, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
'Grumpy Cat' mula popular selepas adik Tabatha mengambil gambar kucing tersebut dan memuatnaiknya ke laman forum Reddit, lapor Assiociate Press.
Keunikan kucing tersebut yang menghidap sindrom 'dwarfism' yang membuatkannya 'bermuka garang dan pemarah'.
Mimik muka kucing tersebut terlalu unik, lantas dikenali sebagai 'Grumpy Cat' dan digunakan di laman-laman sosial sebagai 'meme'.
'Meme' atau jenaka bergambar merupakan salah satu ekspressi tidak terhad warga internet terhadap perkara-perkara yang relevan kepada subjek.
Tabatha mampu berhenti kerja sebagai pelayan restoran pada hari pertama 'Grumpy Cat' meraih populariti, sekaligus memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.
Kucing betina itu dijangka akan terus meraih populariti dan menjana pendapatan untuk tuannya.
No comments:
Post a Comment