Pages

Friday, October 10, 2014

Syarikat Slovakia cipta kereta terbang



REKA BENTUK kereta yang dikenali sebagai AeroMobil yang dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Slovakia. - Agensi


BRASTISLAVA, Slovakia – Sebuah syarikat di sini berjaya membangunkan sebuah kereta yang boleh terbang dan percaya kenderaan tersebut sedia untuk dipasarkan di seluruh dunia, lapor MailOnline kelmarin.
Kereta keluaran syarikat AeroMobil tersebut dijangka diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran di Festival Peneraju di Austria pada 29 Oktober ini.
Seorang jurucakap syarikat berkenaan, Tatiana Veber berkata, kereta yang dikenali sebagai AeroMobil itu boleh terbang sejauh 692 kilometer dengan setangki minyak penuh.
Katanya, sayap kenderaan itu juga boleh dilipat bagi membolehkan bergerak seperti kereta biasa dan muat untuk diletakkan di tempat letak kereta.
“Kami sudah membangunkan sebuah kereta konsep yang boleh terbang sejak tahun 1990 dan generasi ketiga kereta ini merupakan yang paling berjaya walaupun masih terdapat sedikit kelemahan.
“Kami juga menerima respon positif daripada beberapa beberapa pakar penerbangan yang memuji reka bentuk dan penyelesaian teknikal kenderaan ini,” katanya.
Menurutnya, masih terdapat beberapa bahagian yang perlu diperbaiki lagi sebelum impian melihat kereta terbang menjadi salah satu pengangkutan utama di jalan raya menjadi kenyataan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3FhYQ3kHK 
Hakcipta terpelihara 

No comments: