ROM 9 Okt. - Bukan semua individu selesa berbaring dalam buaian yang tergantung beribu-ribu kaki di udara dan dikelilingi kawasan pergunungan.
Tetapi bagi mereka yang sukakan tempat-tempat yang tinggi, aktiviti lasak di kawasan pergunungan Alps di utara Itali, seolah-olah memberi ketenangan dan inspirasi kepada golongan ini.
Menurut Mail Online, mereka yang terdiri daripada kumpulan atlet sukan lasak sanggup mengembara semata-mata mahu mengambil bahagian dalam International Highline Meeting di Monte Piana, Itali, baru-baru ini.
Aktiviti lasak itu pertama kali dilancarkan pada 2012 selepas Monte Piana dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk sukan lasak tersebut.
Kini aktiviti lasak itu dijadikan acara tahunan yang disertai ratusan ahli.
Kumpulan sukan lasak itu menghabiskan masa selama seminggu untuk menjalani aktiviti tersebut dalam keadaan harmoni dan tenang yang dikelilingi suasana hijau yang mendamaikan.
Dalam suasana semula jadi yang menghijau serta keindahan air terjun, kumpulan lasak itu juga pernah mencuba aktiviti-aktiviti lasak seperti berjalan melintasi gaung dan air terjun dengan menggunakan tali, namun tidak semua ahli kumpulan itu berjaya melakukannya.
Mereka cuba mencontohi atlet sukan lasak dari Perancis, Jean Francois Gravelet, yang pernah melintasi air terjun Niagara Fall menggunakan tali sebesar tiga inci pada ketinggian 48,768 meter pada 1859.
Kumpulan itu juga dilihat merebus telur sambil berehat menikmati keindahan alam sekitar ketika berada dalam buaian tergantung itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141010/lu_10/Baring-atas-buaian-gantung-cari-ketenangan#ixzz3Fh88OsfN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment