Antara gaya misai dan janggut yang menjadi perhatian pada Pertandingan Misai dan Janggut Dunia 2014 di Oregon, baru-baru ini. – Agensi
PORTLAND 27 Okt. – Beratus-ratus lelaki membanjiri pusat bandar Oregon, Amerika Syarikat untuk menyertai Pertandingan Misai dan Janggut Dunia 2014 yang berlangsung di Keller Auditorium, kelmarin.
Mail Online melaporkan, seramai 300 peserta dari sembilan buah negara yang menyertai pertandingan tersebut memperagakan misai dan janggut yang unik untuk memenangi 17 kategori dalam pertandingan berkenaan.
Pada pertandingan itu, pelbagai rupa bentuk misai dan janggut dihasilkan oleh para peserta antaranya gaya bergulung, berduri atau membiarkannya tanpa hiasan.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah misai terbaik, misai gaya bebas, janggut gaya bebas, jambang terbaik dan fesyen janggut terkini.
Pertandingan itu diadili oleh lima orang pengadil antaranya Ratu Cantik Miss Oregon 2014, Rebecca Anderson dan penulis buku One Thousand Beards, Allan Peterkin.
Peserta tempatan, Madison Rowley memenangi pingat emas kategori ‘Garibaldi’ setelah menang tipis menewaskan peserta veteran Mike Johnson dengan janggut lebat yang menakjubkan.
Dia memenangi pakej ke Leogang, Austria secara percuma untuk ke Pertandingan Misai dan Janggut Dunia 2015.
No comments:
Post a Comment