Walaupun hanya berusia 19 bulan, Bobbi Boyden pandai menghiburkan penontonnya dengan rutin tarian yang dipelajarinya menerusi video muzik penyanyi Beyonce Knowles.
Mail Online melaporkan, ibunya, Stephanie Boyden, 32, berkata, Bobbi sememangnya gemarkan perhatian.
“Pada awalnya, kami mencari muzik yang sesuai untuk pertandingan ratu cantik Bobbi dan kawan saya mencadangkan lagu Single Ladies kerana seperti Beyonce, anak saya juga gemar menari.
“Kami memainkan lagu itu dan Bobbi mula menari. Setiap kali dia mendengar lagu itu, dia akan menari,” kata ibunya.
Bobbi mula menyertai pertandingan ratu cantik kanak-kanak Jun lalu bersama kakaknya, Eleanor, 10, dan Demi, 8, dan dia Bobbi telah memenangi beberapa pingat.
Menurut Stephanie, dia menghabiskan wang sebanyak 5,000 pound (RM26,352) dalam masa tiga bulan untuk pakaian dan wang pendaftaran ratu cantik yang disertai Bobbi dan dua lagi anaknya.
“Satu pakaian berharga 200 pound (RM1,054) dan walaupun Bobbi hanya boleh memakai pakaian itu sebanyak dua kali, saya tidak berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan untuknya,” jelas Stephanie.